Rabu, 27 Julai 2011

54 tahun otak kita kena kongkong dengan pemerintah

Shamsul Amri:Sudah 54 tahun merdeka, kita masih dikongkong-M'insider

Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.

Shamsul Amri ketika menjawab berhujah pada Wacana Apa Selepas 9 Julai di Shah Alam hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.

“Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.

“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.

Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.

Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.

“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.

“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.-M'insider

SPR pula kata depa tak ada kuasa, yang ada kuasa ialah pemerintah yang berkuasa di Putrajaya.Yang diminta celup jari di hari mengundi yang pemerintah nak cuba sistem biometrik!Gila! Jawapan main tarik tali antara pemerintah dan SPR hanya sekadar mahu melepaskan tanggungjawab mereka .Kalau tanya pemerintah pulak mereka akan jawab," tu kerja SPR sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihanraya."

Otak rakyat dirobotkan Umno-Bn supaya mereka boleh berkuasa hingga dunia kiamat.Bayangkan siaran radio dan TV RTM tak pernah berubah sejak ditubuhkan daripada menyiarkan propaganda murahan yang memualkan apabila ditonton. Umno-Bn ingat rakyat macam hidup di tahun 80-an dan 70-an.Mereka pandang belakang bukan maju ke depan!

1 ulasan:

  1. Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.

    Lapan? yg pasti hanya empat tuntutan Pihak bersih.
    Yg lain tuntutan, satu utk SPRM, hentikan politik kotor? ditujukan kepada pihak mana? dalam negara ini ada bermacam2 jenis parti politik. Media sudah tidak lagi relevan dlm isu Bersih. Bermacam media boleh dibaca n diakses. tepuk dada tanya hati. mananya sekatan media tu?
    Dlm institusi awam pun bermacam jenis kepala parti berkhidmat. mungkin ada sedikit kekurangan dalam institusi awam. sepatutnya 'kepala' yg memimpin sesebuah pentadbiran awam yg bertanggungjawab dlm hal ini. Amanah dan tanggungjawab telah diberi, maka 'kepala' inilah harus mengubah sesebuah jabatan menuju kearah yg lebih baik. Kerajaan telah beri amanah, maka semarakkan lagi amanah yg telah diberi. Itu yg sepatutnya. Empat lagi tuntutan, SPR telah jawab. Entahlah kalau jenis yg tak faham, berilah seribu jawapan pun tidak akan faham.

    BalasPadam