Rabu, 12 Mei 2010

Adakah Umno akan mengamuk sakan jika dah tak berkuasa?

Kata PM Najib jangan sampai Umno jadi pembangkang! Dah jadi dah pun tapi cuma di Selangor, Kelantan ,Pulau Pinang dan Kedah. Perak pun hanya nyawa-nyawa ikan tu pun guna Mahkamah untuk rampas kuasa di Perak.

Kata -kata PM Najib itu jelas beliau sendiri rasa takut dan goyang dengan kedudukan beliau yang dipalit dengan macam-macam isu termasuk skandal kapal selam scorpene dan Altantuya.Dalam dunia ni mana ada kerajaan yang kekal berkuasa sampai bila-bila! Ya memang BN menang di Hulu Selangor, Bagan Pinang tapi bolehkah pilihanraya kecil jadi ukuran untuk pilihanraya umum? Pilihanraya kecil di Ijok Pakatan Rakyat kalah mai pilhanraya umum Pakatan Rakyat menang.

Banyak tafsiran boleh dibuat bila Najib kata 'jangan sampai Umno jadi pembangkang'!. Umno akan lakukan apa saja untuk terus berkuasa perintah negara. Tak boleh cara baik cara ugutan, main kasar ,gedebe Umno guna! janji terus berkuasa.

Demi untuk terus berkuasa berkawan dengan zionis pun Umno sanggup, cium ibu jari kaki Obama Umno sanggup, buat iklan berjuta pun sanggup nak promote bini, apa-apa saja janji menang!

Cuba kita tengok di Britain setelah 13 tahun Parti Konsevertif kembali berkuasa mengalahkan Parti Buruh yang jadi talibarut Amerika Syarikat bunuh umat Islam Iraq akhirnya tumbang . Rakyat Britain yang bukan Islam tolak Parti Buruh. Kita boleh turut tumbangkan Umno . Kuasa ada pada kita ,pada rakyat untuk tumbangkan Umno! Adakah Umno akan mengamuk sakan jika tak lagi berkuasa jadi pembangkang buat selama-lamanya?

1 ulasan:

  1. kata2 seorg ahli Kelab Penyokong PAS (KPP)...sy akan menyokong PAS selagi PAS mendaulahkan ISLAM...bygkan org bkn ISLAM sanggup perjuangkan islam inikan org melayu yg dah tentu ISLAM sejak lahir lg,,renung2kan dan fikir2kanlah...wawahua'lam

    BalasPadam