Sabtu, 30 Jun 2012

RM273,799.57 dibelanjakan untuk cuti peribadi Najib di Milan

Kerajaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan
Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga.

Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi.
Rombongan itu disertai polis pengiring, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan. Kesemua perbelanjaan ditanggung kerajaan ekoran itu tugas rasmi mereka, kata Liew .

"Walaupun YAB perdana menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia. 

"Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB perdana menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti. 

"Atas dasar keselamtan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat tidak seharusnya timbul," katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang tidak berpuas hati dengan jawapan sebelumnya oleh menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung perbelanjaan lawatan ke luar negeri Najib.-malaysiakini


Kenapa tak cakap dalam rombongan tu turut ikut ialah Bik Mama dan keluarga Najib?Takkan Najib cuti tak bawa famili?


Kenapa guna duit pembayar cukai untuk urusan peribadi tidak dsiasat SPRM?Bagaimana jika libatkan bukan puak gerombolan sudah tentu kena siasat dengan SPRM.Siapa berani buat laporan polis.?Perkasa,Gaps,Pewaris,Ngo pro Umno buat la laporan polis ni baru betul-betul rugi guna duit rakyat untuk berseronok bukan hanya betempik kosong kata demo Bersih 3.0 merugikan peniaga Melayu.


Pemimpin kerajaan negeri PR jangan ikut perangai buruk pemimpin Umno-BN jika mahu bercita-cita tawan Putrajaya.Jika tidak hanya sekadar tukar kerajaan tapi perangai sama!

Kartunis Zunar tak boleh dibeli dengan duit

Zunar tolak anugerah dari Najib-Malaysiakini
Kartunis politik Zunar berkata beliau menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Ahad lepas.


"Saya tidak mahu anugerah atau wang. Apa yang saya mahu adalah
hak saya. Kembalikan hak saya," kata kartunis yang nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, kepadaMalaysiakini."Di bawah pentadbiran Najib saya ditangkap, buku saya telah diharamkan dan dirampas, polis menyerbu pejabat saya dan sekatan dikenakan di atas penerbit, pengedar dan pencetak daripada mencetak dan menerbitkan buku saya.

"Kembalikan hak saya, benarkan saya untuk menerbitkan buku-buku saya dan hapuskan sekatan ke atas saya, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk hadir," tambahnya.

Zunar (atas) turut mengulas tentang apa yang dilihatnya sebagai usaha Najib untuk membuat para kartunis akur kepada kehendak kerajaan.

Zunar menceritakan bagaimana beliau telah didatangi penganjur bersama acara itu  Cartoonist At Work (CAW) dan Putera Umno yang mahu beliau menjadi salah seorang penerima anugerah pencapaian kartunis.

"Saya menolaknya saya rasa ia merupakan satu cubaan untuk membeli dan menutup mulut saya," kata Zunar sambil menegaskan bahawa penaung CAW sebenarnya Sohaimi Shahadan, seorang anggota exco Putera Umno.

CAW baru-baru ini menerima geran RM5 juta daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menghasilkan kartun tempatan dan produk animasi.-M'kini


Haa Zunar bukan Hasan Ali, bukan Zul Kulim,bukan Zahrain,bukan Mohsin dan juga Gobala.Mereka-mereka ni bergelar yb tapi hari-hari kena sumpah dengan rakyat sebab jadi pengkhianat kepada parti mereka.Zunar bukan YB tapi masih ada prinsip bukan lapaq duit macam puak tu.Makan elaun hasil rakyat yang benci Umno-BN.

Jumaat, 29 Jun 2012

Khir Toyo buat lawak..cakap saja lah sial penyapu bawa ke mati

Khir Toyo sah tidak bertanding pru 13

 Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Dr Mohamad Khir (gambar), anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama: “Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain.”
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam, bernilai RM3.5 juta.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.
Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.
Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.
“Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah,” kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000. — Bernama
Memangla tak boleh bertanding pru 13 kerana ada kes mahkamah dan didapati bersalah.Takkan muda lagi dah saja-saja Khir tumpu kepada keluarga dan nak berehat.Ha Ha..Bangkai gajah mana boleh tutup dengan tudung saji.Bagi la alasan lain.


Khir masih beruntung walaupun bersalah dan mahkamah jatuh hukum setahun penjara tapi boleh bebas hidup dan makan bersama anak bini kat rumah tak sama macam Anwar,macam Mat Sabu terus dihantar ke penjara.


Khir dah tak boleh bertanding dan Umno sendiri dah terajang Khir.Sial penyapu  bawa ke mati.Dunia ni macam roda Khir oiii kadang di atas kadang di bawah.Mengaku sajalah kata Khir dah terpinggir dalam Umno.Umno takut sial penyapu Khir akan tambah derita Umno dalam pru 13 akan datang.Silap haribulan Putrajaya pun hilang daripada genggaman Umno.
Pada November 2007 semasa Khir Toyo jadi MB Selangor dalam satu majlis anugerah bulan kualiti 2007di Shah Alam Khir hadiahkan sebatang penyapu kepada wakil Majlis Daerah Hulu Selangor.Baca di sini.Kejadian ini amat memalukan dan jatuhkan maruah si penerima.Bala datang selepas itu dalam pru 12 pada tahun 2008 dengan stunami yang benamkam Umno-BN di Selangor dan empat negeri yang lain.Khir Toyo masa tu laungkan slogan 'sifar pembangkang' di Selangor.Angkuh dan bongkak yang amat tapi kuasa Allah SWT tak ada siapa pun mampu melawan.


Kata orang tua-tua dulu."Hari ni hari aku ,sok-sok hari kau pulak..Ada ubi ada batas ada hari boleh balas."Tapi biarlah Allah SWT saja yang menentukannya.

Tolak calon keparat makan elaun hasil rakyat lawan Umno

Saya baca dalam Sinar harian online tulisan Dr Aminuddin Mansor yang tulih Ramai Calon Bebas Bertanding Pru 13.Dr tu sebut antara mereka-mereka yang akan bertanding sebagai calon bebas dalam pru 13 akan datang ialah Hasan Ali, Braheng Ali, Mohsin,Zahrain ,Zul Kulim,Tan Tee Beng dan Wee Chee Keong. Mereka-mereka ni dikatakan akan jadi kuasa ketiga dalam pru 13 akan datang.

Pengkhianat-pengkhianat ni dikatakan ada pengaruh sendiri dan kekuatan sendiri.Bagi saya saya yakin jika si pengkhianat-pengkhianat ni yang kini bukan bebas tapi jadi penyokong Umno-BN jika bertanding dalam pru 13 akan datang mereka tidak akan diterima pengundi baik penyokong BN mau pun penyokong PR.Mereka akan hilang deposit.

Si pengkhianat2 ni memang layak dihumban ke dalam lubang jamban saja layaknya bukan diberi peluang berada dalam parlimen Malaysia.Penat-penat rakyat yang benci kepada Umno-BN bagi undi kepada mereka , makan elaun hasil penat lelah rakyat lawan Umno tiba-tiba jadi pembelot apabila dapat tawaran lumayan daripada agen yang mengajak mereka lompat parti.Jika dulu setiap hari melawan Umno-Bn kini jadi mesra Umno -BN.

Apa yang si lebai Mohsin (MP Bagan Serai gambar bawah) buat dalam parlimen?Apa yang diperjuangkannya?Berjuang untuk perut sendiri ada la!Berapa banyak dapat duit apabila lompat keluar daripada PKR?Lebai mangkok pengkhianat ni hanya keluar muka dalam media apabila umum keluar parti saja lepas tu dah tak laku.
Begitu juga dengan si Hasan Ali,Braheng Ali dan juga Zul Kulim (gambar bawah)yang sedap mentekedarah elaun hasil titik peluh rakyat lawan Umno.Semua mereka kaki kencing bijak macam burung yang pandai berkata-kata tapi akhirnya lempar taik kepada parti yang pernah bagi mereka peluang jadi YB!
Layak ka muka-muka pengkhianat dan pembelot ni jadi kuasa ketiga?Saya yakin rakyat yang kena tipu dengan mereka sedang berdoa kepada mereka untuk dapat balasan yang setimpal.

Nak kenal amat senang kalau nak tengok pemimpin PR tak kira la dia duduk dalam Pas sekalipun yang jeneh lapaq sangat dengan duit Umno ni .Mula-mula jadi tawar hebiaq dengan segala kezaliman Umno-Bn.Pemimpin lain sibuk dengan program melawan Umno si lapaq duit Umno akan sibukkan diri dengan pertubuhan NGO.Bab-bab nak lawan Umno ni serah pada orang lain.Mai la isu apa pun si lapaq duit Umno tak akan kritik dan tutuh Umno lagi.Sebab apa?Mulut dah lekat gam kasut dengan Umno.Dah jadi berat nak lawan Umno.Duduk dalam parti lawan Umno tapi makan taik Umno.Banyak yang jeneh ni bukan sorang dua.

Si lapaq duit Umno ni akan cuba menyondol-nyondol bawah ketiak Umno kalau boleh nak duduk atas riba pemimpin tertinggi Umno atas nama NGO.Sapa pun tak boleh kata apa sebab dia cerdik juga nak bodohkan pemimpin parti dia. Dia dah lupa pengundi dan  rakyat benci Umno bagi elaun ahli parlimen kat dia!Kalau tidak tak merasa jadi ahli parlimen.Manusia ni tak kira dia ustaz sekali pun main dengan duit,betina dan kuasa boleh tumbang sheikh.Banyak dah tengok depan mata bukan auta.Janganla kita kena tipu sampai dua tiga kali.

Khamis, 28 Jun 2012

Bakal besan Najib ditangkap di Dubai?


Daniyar’s mom arrested in Dubai?-Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Maira Nazarbayev, mother to Prime Minister Najib Tun Razak’s future son-in-law Daniyar Nazarbayev, is believed to have been arrested in Dubai as she was about to fly off to Europe for a vacation.
A source familiar with the investigation against the 50-year-old Kazakhstan native told FMT that she was arrested on Friday by the Dubai police based on a wanted notice issued by Interpol, acting on behalf of the Kazakhstan’s Ministry of Internal Affairs.
FMT could not officially confirm her arrest with the Dubai authorities. E-mails to her spokesperson Ronn Torossian also remain unanswered.
“She is being held in custody in Dubai now. She is represented by three US law firms and she has a New York-based PR firm to help her protect her image,” the source told FMT.
“She was arrested at the Dubai airport on June 22,” added the source.
Maira had landed in Dubai on June 18 from the US, on her way to Europe for a holiday with family and friends.
She had then released a media statement through Torossian, stating that she was free to travel and rejected claims that she was wanted by Interpol for various crimes.
She had said that American media reports about the Interpol “wanted” notice were completely inaccurate. Photographs of her in both the New York airport and the Dubai airport were also sent to media organisations to show that she was free to travel.
Her son Daniyar is engaged to Najib’s daughter Nooryana Najwa.Baca semua di sini.
Berita sebelumnya bakal menantu Najib didakwa menipu AS20 juta di Amerika Syarikat.Bala datang bertimpa-timpa.Tu belum betul-betul berbesan kalau dah berbesan agak-agak bala apa lagi nak mai?

BB Plaza :Contoh Melayu makan Melayu

Ini bukan berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tapi berlaku di Kuala Lumpur ,Wilayah Persekutuan yang ditadbir kerajaan pusat.


Di mana Perkasa,Pukida,Towkey Ikan Bakar Sekincan, pesara komando Tentera awat tak demo sama?60 peratus peniaga di BB Plaza adalah orang Melayu.Lawan la kalau berani.Takkan senyap ja.


Di Pulau Pinang setiap minggu ada saja demo oleh Perkasa dan Umno yang tak puas hati bila Pulau Pinang terlepas daripada genggaman BN.Semua tak kena ,semua tak betul apa yang dibuat kerajaan negeri.
Ini yang dikatakan Melayu telan Melayu.Baru nak untung dan senang sikit tempat cari rezeki nak kena roboh.Tu pun masih tak sedar-sedar orang kita siapa sebenarnya yang aniaya kaum sendiri.


Takkan sama-sama 1Malaysia tak boleh tolong?Kroni kenyang yang bawah hanya jadi macai upahan saja.Takkan tak sedar-sedar lagi?
Berkaitan;
Projek MRT:Penyewa, peniaga demo protes roboh BB Plaza-Sinar harian online
200 berdemo bantah roboh tempat berniaga-Malaysiakini

Pembunuh di Memali tak mau gantung ka?

Saya hadir demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan kerana penyokong Ambiga atau penyokong A.Samad Said.Malah tok guru pondok yang hebat-hebat juga hadir sama macam saya bukan kerana Ambiga atau Pak Samad Said.Semua yang hadir mahu supaya 8 tuntutan yang dibawa Bersih 2.0 ditunaikan pihak pemerintah regim UMno-BN.Bukan datang nak buat kacau di Dataran Merdeka ,bukan datang nak baling batu dan telor ayam kepada pihak polis jauh sekali untuk timbul huru-hara!

Adakah saya dan ratusan ribu yang hadir dalam demo Bersih 3.0 dianggap penderhaka hanya kerana minta regim Umno-bn tunaikan 8 tuntutan ini?
Ahli parlimen Sri Gading Mohamed Aziz dalam parlimen mintak supaya Pengerusi Bersama Bersih Ambiga dihatuhkan hukuman gantung sampai mati atas alasan menimbulkan kekacauan dan kononnya derhaka kepada Yang di Pertuan Agong.Kenapa ahli parlimen Sri Gading tu tak kata sama A.Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih 2.0 turut digantung?Kenapa jugak tak minta Hishamuddin Rais ajk Bersih turut digantung?Umno menunjukkan sikap rasis terhadap kaum lain tapi dalam masa yang sama minta simpati pengundi kaum India dan Cina supaya Undi BN supaya BN perintah Malaysia sampai kiamat.

Umno ingat semua undang-undang di negara ini berada dalam kocek baju mereka.Umno ingat apabila pemimpin mereka cakap semua kena ikut dan buat.Umno ingat polis,badan kehakiman mereka yang punya bila cakap semua jadi undang-undang.Kepala butuh hang pa!

Kalau semua rakyat tuntut pilihanraya dibersihkan nak digantung sampai mati macam mana dengan  pembunuh umat Islam dan bangsa Melayu di Memali yang lawan ISA pada 19 November 1985?.Tak mau gantung ka sampai mati?Gantung sampai mati juga jadikan warga asing sebagai rakyat Malaysia untuk jadi pengundi.Gantung juga yang kata menatang kepada Raja.Ni hanya kerana pertikai no plate WWW1 bukan main lagi terloncat-loncat kata derhaka kepada raja.Yang jual tanah rezab Melayu tak ada sapa pulak yang rasa sedih.Yang rembat saham bumiputera RM52 bilion semua buat pekak badak..Tak ada rasa apa pun.

Marilah kita berdoa supaya regim zalim Umno-Bn ini tumbang dalam pru 13 akan datang.Berubahlah wahai orang Melayu .Seluruh dunia kini bangun lawan regim zalim takkan kita hanya tengok dan lihat tidak mau lakukan perubahan.

Terbukti bahawa apa yang dicakap adalah benar bahawa MyKad ada tarikh luput.Hanya kad pengenalan jenis MyKas mempunyai tarikh luput -M'insider.Baca juga Apa pendirian bersih daftar pemilih (Harakahdaily)

Rabu, 27 Jun 2012

Pilihanraya musim haji tetap bercanggah dengan Islam-Presiden Pas

Haji , pilihanraya dan Umno-Presiden Pas (harakahdaily)
Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.  Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.

Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN  walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi  sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.Baca semua di sini.

Selasa, 26 Jun 2012

Yang jantan jadi menteri wanita yang betina teringin nak jadi menteri pertahanan.

Untung jadi PM dan Menteri kat Malaysia ni.Bini boleh masuk campur hal ehwal yang berkaitan dengan urusan seorang Menteri dan urusan seorang Perdana Menteri.Bini-bini menteri ni depa ingat depa pun menteri juga bukan hanya jadi 'menteri yang bertahan atas katil' saja malah lebih daripada tu.Teringin nak masuk campur urusan luar yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Tapi apa nak heran na..Najib pun jadi menteri wanita ha ha dah terbalik kuang da wooii.Yang jantan  jadi menteri wanita yang betina teringin pulak nak ambik alih jawatan menteri pertahanan haha.Perkara yang jarang kita dengar dalam dunia ni ialah 'isteri merogol suami'.Sama macam orang jantan jadi menteri wanita dalam dunia ni hanya Malaysia saja jawatan menteri wanita dipangku PM Najib.

Bukan apa dok gatal komen ni apabila bini Menteri Pertahanan Malaysia sms kat ketua Tarian Punggung Malaysia Ali Tinju yang berbunyi "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau-bilau depan Mindef".Baca di sini.Zahid Hamidi nafi kata bini dia sms ugut Ali Tinju yang mau berdemo depan Kementerian Pertahanan.Ali Tinju ni pernah berdemo dengan tarian punggung depan rumah Ambiga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 kerana tak puas hati dengan demo Bersih 3.0 28 April lalu


Baca juga;
Zahid :Sms isteri saya bukan ugutan-Malaysiakini
Woit Ali hang ingat hang dalam kelompok 1Malaysia ingat tak kena warning dengan bini menteri ka?Kesiaan dah penat-penat buat tarian punggung kena ugut pulak dengan mak datin haha.
Mak-Mak Datin bini menteri ni tolong standbye angkat bungkuih apabila Umno-Bn hilang kuasa di Putrajaya!

Awat Umno terasa kalau tak zalim dan rasuah?

khatib;'Saya doa jatuhkan pemimpin zalim'-Sinar Harian online

 Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. 
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.-Sinar


Ni baru dinamakan berkhutbah .Kalau setakat nak cerita bab haid dan nifas,amalan sunat tu dalam kuliah maghrib pun banyak.
Kenapa Umno terasa kalau tak zalim dan rasuah?Yang terasa sangat tu pasai apa?Bukan kata kat Umno pun haha.

Isnin, 25 Jun 2012

Najib menteri wanita terakhir Umno-BN

Najib pertahan ambil alih kementerian wanita-M'kini
Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakannya mengambil alih kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio itu.

Perdana menteri berkata, tindakan itu hanya sementara dan selepas memenangi pilihan raya, menteri wanita akan dilantik menggantikannya.-M'kini


Pegang jangan tak pegang.Lepas pru dengan izin Allah SWT Umno-Bn tidak lagi akan berkuasa di Putrajaya.Najib akan jadi menteri wanita terakhir era Umno-BN.


Kenapa tak bagi saja kepada Rosmah untuk pegang jawatan menteri wanita?Kan Rosmah pandai bergaya dengan barangan mewah dan berjenama.


Ingat rakyat lupa skandal NFC apabila Shahrizat ditendang daripada jawatan menteri wanita apabila keluarganya songlap duit lembu NFC corp RM250 juta?



Rakyat Mesir berani buat perubahan kita orang Melayu bila lagi?

Calon Ikhwanul Muslimin Mesir Dr Mohammed Morsi telah diumumkan sebagai sebagai presiden baru negara Mesir kalahkan calon pro regim Mubarak Ahmed Syafiq dengan 51.7 peratus undi .Ahmed Syafiq dapat 48.3 peratus undi.
Rakyat Mesir bergembira di Tahrir Square dengan melaungkan kalimah Allah huakbar selepas Dr Morsi dimumkan sebagai Presiden Mesir yang baru
Tembakan bunga api sambut kemenangan Dr Mohammed Morsi di Tahrir Square
Rakyat Mesir solat syukur selepas kemenangan Dr Mohammed Morsi

Penyokong regim Mubarak menangis selepas Dr Mohammed Morsi menang kalahkan Ahmed Syafiq.Gambar adalah daripada Aljazeera .com.

Dengan ini berakhirlah era pemerintahan kuku besi regim Mubarak dan sistem monarki selama 60 tahun di Mesir.Mesir akan berwajah baru dan yang paling takut dan bimbang dengan kemenangan Dr Mohammaed Morsi ialah Zionis Israel yang jadikan rakyat Palestine sebagai 'makanan' mereka setiap hari.

Baiklah kita lihat pulak politik di negara kita kini di mana rakyat Malaysia sedang bangkit mahu keluar daripada pemerintahan regim Umno-Bn yang dah berkuasa selama 54 tahun.Bolehkah kita rakyat Malaysia berubah macam rakyat Mesir tolak pemerintahan kuku besi regim Mubarak?Mubarak kini dilaporkan tenat dan berada di penjara.

Pokok pangkalnya kita sendiri orang Melayu yang patut bersatu tumbangkan Umno-Bn bersama kaum lain jika mahukan perubahan.Kaum Cina dan India dah berubah hanya tinggal kita orang Melayu masih setia bersama Umno duduk dalam kapal Umno yang semakin karam.Kita orang Melayu tak kira parti apa pun kena tinggalkan Umno jika mahu lihat perubahan seperti yang berlaku di Mesir.Jika Melayu berubah maka tamatlah riwayat Umno.

Rakyat Mesir berpesta, menangis kegembiraan ,bersyukur pada Allah SWT kerana mereka telah merdeka daripada regim Mubarak dengan tumpasnya calon pro Mubarak Ahmed Syafiq.Kita pulak orang Melayu melompat seronok sebab dapat RM500,dapat RM100, dapat subsidi tayar teksi sedangkan dalam masa yang sama puak gerombolan semakin rakus telan wang rakyat.Masih bagi sokongan walapun telan duit lembu NFC corp untuk satu keluarga sebanyak RM250 juta.Terlepas pulak daripada pendakwaan di mahkamah.

Kita dihina dengan nilai hanya RM500,RM100,bagi tayar teksi 4 biji supaya menyokong Umno-BN.Umno ingat nilai kita hanya setakat tu saja.Bagi RM500 dan RM100 diulang-ulang dalam media arus perdana yang dikuasai Umno-BN dengan kata 'janji ditunaikan'!Cuba kira tengok nilai RM500 tu untuk 54 tahun?Hanya berapa duit saja kita dapat.Pemimpin mereka sekali telan RM250 juta!Kroni hutang RM589 juta tak payah bayar.

Jika kita mahu merdeka kali kedua kita wajib tumbangkan Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Berdoalah kepada Allah SWT supaya parti Umno tumbang menyembah bumi dalam pru 13 ini.
Berkaitan;
Celebration in Egypt as Morsi declared winner-Aljazeera
Morsi Sah Presiden Mesir-Beritaharian online
Morsi diistihar menang Presiden Mesir-Harakahdaily
Mohd Morsi Presiden baru Mesir-Sinarharian online

Ahad, 24 Jun 2012

Melayu Najib maki dengan kata HARAMJADAH,dengan orang Cina Najib pujuk

Kita tentu masih ingat siapa yang kata HARAMJADAH kepada orang Melayu.Orang tu tak lain tak bukan ialah Najib sendiri.Najib tak kata kepada orang Cina dan India HARAMJADAH tapi apabila orang Melayu lawan Umno Najib sanggup kata HARAMJADAH!

Kini Najib pujuk orang Cina dengan kata Abaikan label 'pendatang' (Malaysiakini)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa masyarakat Cina supaya tidak tersinggung dengan golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang kerana kenyataan itu dibuat oleh "yang tidak berapa betul."

Katanya golongan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu berniat untuk melukakan perasaan masyarakat Cina dan pentadbirannya tidak berkongsi pandangan sebegitu.

Dalam masyarakat mana sekalipun wujud segelintir individu seperti itu, katanya dalam dialog bersama kira-kira 2,000 anak muda masyarakat Cina di Universiti Malaysia petang ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab satu soalan daripada peserta berkenaan berhubung tindakan kerajaan ke atas golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang.

Katanya lagi, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat wujud seorang penceramah agama daripada gereja kecil di Florida yang mahu membakar al-Quran.

Tambahnya, pentadbiran beliau mengiktiraf golongan Cina sebagai warga Malaysia sepenuhnya di negara ini.-M'kini


Adakah orang Melayu tak rasa apa-apa apabila Najib maki Melayu dengan kata HARAMJADAH?Najib adalah daripada kelompok Melayu yang maki Melayu.Najib ingat orang Melayu dapat RM500, Melayu dapat RM100 Najib boleh maki Melayu ikut suka!Pandai na pujuk orang Cina, hati Melayu tak payah jaga sebab Najib ingat maki dengan kata HARAMJADAH tetap akan sokong Umno!


Najib ingat bila dia pujuk orang Cina depa akan beralih sokong Umno-BN.Najib ingat kita ni apa?

Sabtu, 23 Jun 2012

Mana hilang buah kati Najib?

Apa lagi yang ada pada PM Malaysia yang bernama Najib Tun Razak?Debat tak berani,demontrasi tak boleh,pertahankan pru 13 boleh dibuat di musim orang Islam kerja haji,parti-parti politik hanya dibenarkan buat siaran rakaman untuk nyatakan pandangan dan pendirian politik parti masing-masing dalam TV RTM dalam pru 13 akan datang.Semua tak boleh.

Najib tak berani kata bahawa tiada pru 13 di musim haji supaya umat Islam yang nak kerja Haji rasa lega.
Pemimpin Umno yang berani berdebat jadi tekanan pada Najib sebab tu Najib kata Debat bukan budaya kita.Najib berulang kali dicabar berdebat atas sebarang tajuk dengan Ketua Pembangkang tapi Najib pandai berkuntau lidah untuk elak berdebat.Kata boleh buat lawannya boleh demam, sekarang sapa yang demam?

Isu skandal  jual beli kapal selam Scorpene di mana Najib didakwa minta komisen RM3bilion pun Najib tak berani untuk buka mulut kata sesuatu.Semua Najib serah kat Zahid Hamidi Menteri Pertahanan untuk jawab sedangkan kes tersebut semasa Najib jadi Menteri Pertahanan.

Takkan tunggu Rosmah bagi isyarat baru Najib berani buat keputusan.Takkan Najib tak dak biji.Mana hilang buah kati Najib?

Budaya kita baling batu , telor dan kata haramjadah bukan debat

Kata PM Najib dalam laporan Malaysiakini Najib:Debat bukan budaya kita antara lain Najib kata ,"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
"Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu negara petang ini.
Ditanya sekiranya lanjut sekiranya beliau menolak untuk berdebat dengan Anwar, Najib sekadar berkata rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... Yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  katanya.

Najib turut berkata, bukan soal debat yang menjadi keutamaan, sebaliknya, maklumat kepada rakyat mesti dikhabarkan.

"Sama ada kemampuan kita laksanakan, tunaikan ataupun pembangkang (yang) lebih meyakinkan rakyat," kata Najib lagi.-m'kini

Kalau nak debat pun takut,nak sangat buat pru 13 musim Haji kerana takut kalah apa lagi yang ada pada Najib.Malu la dapat PM macam Najib cakap tak ketawan hala flip-flop.


Kalau debat bukan budaya apa budaya yang baik untuk selesaikan isu berbangkit?Takkan budaya kita ialah baling batu dan telor dalam ceramah parti lawan?Takkan budaya Umno ialah buat kacau,pukul dan tumbuk penyokong parti lawan?


Takkan budaya kita macam Najib yang kata Haramjadah kepada  peneroka yang enggan terima penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd.Budaya kita terajang rakyat yang berdemontrasi yang hanya bawa garam dan botol air mineral.


Budaya kita versi Najib sebar video lucah sampai tak kira waktu.Budaya haram jadah yang sesuai dengan Umno itu budaya kita.Budaya kita yang tak sesuai dengan Umno itu bukan budaya.


Satu cara supaya gerombolan terus berkuasa ialah gerombolan tidak mahu rakyat jadi celik dan peka dengan isu semasa.Jika rakyat terus diasah pemikiran mereka jadi tajam dalam berpolitik maka riwayat Umno akan tamat serta merta.
Ini gambar johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011.Kalau debat bukan budaya kita buat apa ajar budak -budak sekolah berdebat.

Jumaat, 22 Jun 2012

Mai layan lagu..buat apa dok berebut 'harta rampasan perang'



Woitt apa sudah jadi di SUK Selangor?Takkan nak buang seketul taik keras pun riuh satu negeri haha.Malu la..pru dah dekat.Ingat la sikit kini anak muda dah meluat dekat Umno jangan bunuh semangat anak muda yang benci Umno.Buat apa nak berebut harta rampasan perang.Pakat-pakat bagi la kepada rakyat marhaen buat apa nak kecoh-kecoh.Jangan bangga sangat dengan aset RM2bilion kerajaan negeri kalau gerombolan cap keris telanjang kembali berkuasa habis kena bedal.Bagi la kepada rakyat jangan simpan semua.

Ingat rakyat kini Melayu,Cina dan India nak tumbangkan Umno-BN bukan kerana nak sangat hang pa berkuasa.

Pengerusi SPR jangan la buat lawak

SPR: Siaran manifesto parti politik di RTM secara rakaman-M'insider

Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitiviti kaum serta agama.
“Kalau buat secara langsung, RTM mungkin tak boleh kawal apa dia nak cakap nanti,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menjadi tetamu dalam program Terus Terang di stesen radio Nasionalfm di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata penyiaran sesuatu bahan tertakluk kepada penyuntingan dan merupakan peraturan biasa yang bukan sahaja terpakai kepada parti politik tetapi juga orang ramai.
“Saya harap parti politik tidak mempolitikkan syarat ini, sebaliknya gunakan peluang yang diberi untuk menyuarakan manifesto, dasar, perjuangan atau program parti masing-masing,” katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada 7 Jun lepas berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.
Akses media yang bebas dan adil adalah antara 22 saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April.
Abdul Aziz berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya akan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka menerusi RTM jika mendapat kelulusan daripada SPR.
Beliau berkata ini bagi memastikan hanya parti politik yang berdaftar dan bertanding sahaja layak mendapat keistimewaan tersebut.
Mengenai waktu siaran, Abdul Aziz berkata perkara itu akan ditentukan oleh RTM dengan mengambil kira nilai berita selain memberi jaminan semua parti yang bertanding akan mendapat jumlah waktu siaran yang sama.
 “Kalau siar pukul 3 pagi siapa nak tengok? Kalau adapun mungkin tak ramai. Penyiaran pada waktu perdana akan dipertimbangkan dan SPR dengan KPKK akan perkemaskan perkara ini,” jelasnya.
Beliau berkata setiap parti diberi peluang untuk menyiarkan bahan mereka di TV1 dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa wajib, manakala penyiaran dalam bahasa lain boleh dibuat menerusi stesen radio.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata tempoh kempen dalam PRU ke-13 nanti mungkin melebihi 11 hari atas permintaan pelbagai pihak, termasuk parti politik.
Beliau berkata tempoh tersebut dirasakan sesuai walaupun terdapat tuntutan daripada pihak tertentu yang mahu kempen pada PRU-13 dijalankan selama tidak kurang 21 hari.
“Ada juga permintaan supaya tempoh kempen tidak terlalu panjang kerana pada mereka kempen di Malaysia sangat meletihkan bukan sahaja kepada calon tetapi juga kepada petugas media kerana perlu bertugas ‘around the clock’,” katanya.
Abdul Aziz bagaimanapun berkata SPR akan meneliti perkara itu dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk kos pengendalian yang mungkin tinggi jika kempen dibuat dalam tempoh yang panjang. — Bernama

Buat apa nak buat rakaman, video Bersih3.0 polis pun hingga kini tak keluar-keluar lagi sebab edit belum habis.Janganla buat lawak bodoh.Kalau rakaman sapa nak tengok.Bolasepak Euro pun dibuat secara live semua perlawanan, peminat bolasepak tunggu sampai subuh sebab nak tengok live kalau rakaman balik kerja baru tengok haha.Kalau anak jantan buat la pukul berapa pun rakyat mesti tunggu.


Ni bukan zaman 80-an rakyat diperbodohkan dengan video Memali yang cuba bodohkan orang Melayu.Potong sana potong sini edit sana edit sini lama-lama jadi macam baju tak cukup kain.




Betulkah si Zara tu Melayu Islam?

Ada kawan email kat saya dia bukan Melayu isu Zara Shafruddin katanya wanita Melayu berasal daripada Malaysia,Pulau Pinang menikah dengan anak bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd yang bernama Nicholas Rudd di Gereja St James ,King St ,Sydney.Berita ni sebenarnya dah dua bulan disiarkan oleh the telegraph pada 12 April,2012.Cuma saya terlepas pandang baca email kawan saya tu yang berbangsa Cina.
Saya cuma persoalkan benarkah si Zara ni berbangsa Melayu dan beragama Islam?Kalau Islam kenapa menikah di Gereja?Kalau tengok pada nama tu memang orang Islam.Kalau di Iraq orang yang bernama Tariq Aziz adalah seorang Kristian.Adakah Zara dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tapi nama ikut Islam?

Baca la sendiri di sini dan sini.


Apa tandanya bila Datuk Nazri kata buat pru cukup 5 tahun?

Elak pilihanraya awal-Berita harian online
Nazri sedia jadi penggerak inisiatif pastikan PRU diadakan genap 5 tahun
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata ada inisiatif supaya pilihan raya umum (PRU) hanya boleh diadakan apabila mandat pentadbiran kerajaan selama lima tahun tamat.Beliau yang secara peribadi bersetuju supaya ia dipertimbangkan menjadi undang-undang juga bersedia menjadi penggerak kepada inisiatif itu.
Menurutnya, sekarang ada gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan kalau boleh pilihan raya umum hanya diadakan apabila pentadbiran kerajaan mencukupi tempoh mandat lima tahun dan bukan lebih awal daripada itu.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran inisiatif itu tetapi menjelaskan ia boleh dibincang untuk dilaksanakan pada masa depan kerana tidak sempat diperkenalkan sebelum PRU-13.

“Hari ini sistem kita adalah mengikut Westminster. Saya difahamkan Westminster baru-baru ini pun bersetuju untuk memastikan ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ (tempoh pentadbiran yang mesti dipenuhi oleh kerajaan sedia ada sebelum PRU diadakan). 
“Mungkin ini satu perkara yang boleh kita bincang jika memberi lebih manfaat kepada negara. Lima tahun bermaksud lima tahun dan tidak boleh adakan pilihan raya (umum) sebelum tempoh itu.

“Saya secara peribadi berasakan bahawa ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ sebab apabila pilihan raya, rakyat memahami bahawa mereka mengundi wakil rakyat mereka untuk selama lima tahun,” katanya. 

Sistem Westminster adalah sistem parlimen kerajaan demokratik model Kerajaan British, iaitu Parlimen United Kingdom. Istilah itu berasal dari Istana Westminster, iaitu Parlimen United Kingdom.

Mohamed Nazri juga berkata, pelaksanaan sistem ‘lima tahun bermaksud lima tahun’ itu membolehkan Ahli Parlimen berkhidmat lebih lama, terutama bagi yang baru menjadi wakil rakyat, berbanding jika PRU diadakan lebih awal daripada tempoh penuh mandat pentadbiran.

“Bukan senang dapat menjadi Ahli Parlimen. Ada setengah orang tiga empat kali bertanding, baru dapat jadi. Ada sesetengah, umur sudah lanjut baru bertanding tapi menang,” katanya.

Mengenai isu supaya tarikh pembubaran Parlimen ditentukan lebih awal yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Mohamed Nazri berkata, ia adalah persoalan dasar yang perlu dikaji, terutama dari aspek perundangan, manakala tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menentukan tarikh PRU apabila Parlimen dibubarkan.

Menjawab celahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pula, beliau berkata, sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) terpulang kepada pucuk kepemimpinan kerajaan terbabit, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak Perdana Menteri, manakala DUN hak Menteri Besar atau Ketua Menteri.-Berita harian online

Adakah PM Najib mau tunggu sehingga Mac 2013 untuk buat pru 13?Adakah ini bermakna tiada pilihanraya tahun ini?Yaa lagi lambat lagi bagus.Lagi banyak yang akan diburaikan penyelewengan BN sehingga tahun depan.
Tunggulah hingga cukup 5 tahun sebab ini yang terakhir buat Umno-Bn berkuasa di Putrajaya.Haha

Khamis, 21 Jun 2012

Al-Quds-Al-Quds juga..jangan lupa Umno-Bn bayar Apco RM77 juta!

NAJIB menerima cenderahati daripada Dr Moh’d Akram (lima dari kiri) ketika menerima lawatan Ahli Majlis Institut Antarabangsa Al Quds di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.
AHLI Lembaga Pengarah Ketua Komuniti Perhubungan Antarabangsa Palestine/Lebonan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni (kiri), membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kanan),


Aiit..takkan Nasa tak bawa pi jumpa Presiden Pas dan Murshidul Am Pas?Takkan bawa jumpa Najib dan Muhyiddin ja.Apa nasib rakyat di kawasan parlimen Bachok yang diwakilinya?Apa reaksi pemimpin tertinggi Pas?Apa reaksi ketua-ketua Pas di Bachok?Seronoknya dapat jadi pengerusi Al-Quds Malaysia.Berapa elaun sebulan?Tentu lumayan.Jenguk-jenguk la sama rakyat di Bachok.


Kalau masuk jumpa Najib dan Muhyiddin melalui pintu UG sudah sudah tentu kena hempok tapi masuk jumpa Muhyiddin dan Nasa atas nama Al-Quds sapa berani kata apa.


Dua tiga hari ni media arus perdana gambarkan kepada kita betapa sayangnya Najib dan Muhyiddin Yaasin kepada rakyat Palestine.Bantuan dihulurkan kepada rakyat Palestine sebanyak RM15.8 juta untuk bina kolej di Al-Quds,Baitulmaqdis.


Lupakah kita jumlah yang dibayar kepada Apco Worldwide syarikat Yahudi Israel yang jadi penasihat kerajaan BN sebanyak RM77 juta?Baca di sini.Lupakah kita dengan kapal dagang Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang?Baca di sini.
Adakah Nasa nak betulkan remoih pemimpin Umno yang tercalar dalam isu Apco?
Orang Pas di bawah bermandi hujan, duduk dalam keleboq (selut) dalam himpunan hijau nak pi Putrajaya yang di atas dah duduk semeja.Al-quds -Al-Quds lama-lama kena angkut!Macam mana nak lawan Umno,nak tutuh  Umno lagi ..semua dah kena palam.Ini politik macam-macam boleh jadi.

PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas."-Dr Asri

Asri:PRU tidak mungkin semasa musim haji-sinar harian online
 Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan ketika musim haji bagi mengelakkan implikasi dan kesan politik ke atas parti yang memerintah.

Malah kata Asri, beliau juga yakin bahawa parti yang memerintah tahu akan kesan buruk atau sengaja mencari isu jika memanggil PRU13 ketika musim haji.

PRU13 peringkat Parlimen akan diadakan apabila Perdana Menteri memutuskan untuk membubarkan Parlimen. PRU13 dijangka diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Musim haji tahun ini akan bermula pertengahan September.

Malaysia pernah mengadakan PRU pada musim haji.

"Saya tidak fikir kerajaan akan mengadakan pilihan raya," kata Asri kepada Sinar Harian Online ketika ditanya sama ada beliau yakin PRU13 akan diadakan ketika musim haji sebagaimana dikhuatiri oleh parti pembangkang khususnya Pas baru-baru ini.

"(Disebabkan) mereka bimbang, mereka melontarkan isu berkenaan, tetapi saya rasa tidak begitu (tidak akan diadakan PRU13)," kata beliau yang sentiasa mengikuti dengan dekat, menganalisis dan mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.

Ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini juga berkata, tindakan mengadakan PRU semasa musim haji seakan "sengaja solat di tempat orang lalu lintas."

"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Hal ini disebut oleh pelbagai ulama seperti al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari," katanya.

Asri juga berkata, orang yang sengaja memilih tempat lalu lintas itu yang berdosa.

"Ulama hendak memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas," katanya.

Rabu, 20 Jun 2012

Orang Felda wajib baca duit RM15 ribu tu makanan terakhir sebelum kena sembelih

Skim cepat kaya Pak Man Telo Felda-Sakmongkol.blogspot.com (Datuk Ariff Sabri)

Saya harap anak2 Felda akan beritahu emak dan ayah perkara ini.
Jumlah saham yang di keluarkan:-

per
Saham2 yang di tawarkan
Peratus(%)
Jumlah saham
1
Saham sedia ada yg di tawarkan
33.1
1,208.9 juta
2
Saham baru yang di tawarkan
26.9
   980.0
3
JUMLAH
60.0
2,188.90

Sebanyak 2.1889 billion saham akan di jual kedalam pasaran. Pembeli nya? Sebahagian besar apa yang sebutcornerstone investors. Warga Felda ada 5.5% sahaja. Atau 200. 6 juta saham sahaja. Peneroka hanya dapat beli 91 juta sahaja saham. Awak bukan ada duit. Najib tahu ini. Isa sama tahu ini. kalau kita tak beri , mana kamu ada duit. Yang ambik saham dan yang tak ambik saham- semua telah di haramjadahkan oleh Najib.
Katalah dari penjualan ini, Felda dapat RM 10 billion. Tanya Najib dan Muhyidin dan Isa Samad- berapa Felda dapat? 40%? Kalau 40% mereka akan dapat RM 4 billion. RM 6 billion pergi kepada menteri yang control Felda- PM Najib. Kita tahu apa Najib akan buat dengan duit tersebut. Ke hulu dan kehilir- hulur sana dan hulur sini. Maka jadilah BR1M- Beli Rakyat 1 Malaysia.
RM 4 billion tunai ni apa Felda akan buat? Kena bayar hutang EPF. RM 3 billion. Hutang EPF kena bayar sebab itu wang rakyat. Maka tinggal RM 1 billion. Berapa lama Felda boleh bertahan sedangkan Felda memerlukan RM 3 billion setahun untuk beroperasi?
Lama kelamaan, yang baki 40% yang tidak di jual- ada orang yang gatal mahu jual jugak. Bolehkah yang baki 40% itu selamat? Dengan Isa dan Matlaon2 dalam Felda yang ada, boleh kita jamin 40% baki yang tidak dijual , akan selamat dalam tangan Felda?
Yang baki 40% yang tidak di jual di pegang oleh siapa? Oleh Felda. Bagi pihak Felda siapa pegang? Yang pegang ialah Felda Asset Holdings Corporation. (FAHC). Cikgu Isa Samad kata, kita akan beri kepentingan kepada KPF. Dalam bentuk Amanah Wawasan Felda. Entah jadi atau tidak kita belum tahu.
Jika KPF memindahkan kepentingan nya dalam Felda Holdings apa mereka dapat? Adakah mereka dapat kepentingan lansung dalam FGV? Tidak ada pelabur2 mahu berurusan dengan koperasi!. Koperasi organisasi komunis, mana boleh sesuai dengan penjudi kapitalis?
Cuba fikirkan. KPF akan hanya di beri kepentingan dalam orang tengah- FAHC. Apa jadah nya FAHC? Felda Asset Holdings Corporation. Dan cuba fikirkan lagi. FAHC pegang 40% dari jumlah keseluruhan saham. Pulangan nya bergantung kepada kecekapan pengurusan FGV mendapatkan untung. FAHC dapat dividen yang di tentukan oleh FGV. FAHC kemudian menentukan dividend yang akan di agihkan kepada peneroka. Bukan FGV. Cuba tanya lagi. Bolehkan FAHC jamin mereka boleh beri dividen sebanyak 15% yang sekarang di terima oleh peneroka?
Jangan lompat dan terkinja kinja terlalu awal. Malu kita orang Melayu, dapat duit dari Najib, terlompat lompat macam jakun.
Cuba lihat bagaimana saham di agihkan.
per
Jenis pembeli
Peratus(%)
Jumlah saham( Juta unit
1
Yang di pilih oleh MITI
11.5%
419.5
2
Pembeli institusi
41.1%
1495.8
1 +2
Jumlah
52.6%
1915.30
4
Orang awam
2.0%
73.0
5
Peneroka Felda
2.5%
91.2
6
Kakitangan Felda
3,0%
109.4
5+6
jumlah
5.5%
200.6

JUMLAH KESELURUHAN
60.0%
2188.9





Saya harap peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih.  Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
 Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4, maka ketika hari pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM 3200. Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang simpan sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari cornerstone investors menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda akan jual untuk mendapat untung dan membayar hutang pinjaman beli saham. Bila semua warga felda jual, tidak ada lansung kepentingan warga felda dalam fgv. Ketika itu fgv akan di kuasai dan di miliki oleh orang bukan felda.
Entah2 Isa Samad kalau dia masih pengerusi Felda dan Dato Sabri akan gatal mahu turut jual saham 40% yang Felda pegang. Maklum sahajalah , harga saham menggunung sebab cornerstone investors bermain kasino dengan saham peneroka felda.
Boleh kah kita harapkan warga Felda akan menyimpan saham yang di beli mereka sebagai pelaburan jangka masa panjang? Sedangkan orang Melayu lain yang bukan Felda yang ada pelajaran dan pengetahuan lebih tinggi, sudah di buktikan akan menjual, maka demikian lah juga warga Felda. Bukankah orang Melayu ada rekod menjual RM 52 billion nilai saham daripada RM 54 billion yang telah di jualkan kepada mereka? Ini bukan saya yang cakap- tapi kerajaan yang cakap. Dibawah DEB, dari RM 54 billion nilai saham- pegangan Bumiputra hanya tinggal RM 2 billion.
Jadi kalau Najib atau MUhyidin harapkan orang Felda akan simpan saham sebagai pelaburan jangka masa panjang, mereka hanya mimpi di siang hari.
Di mana koperasi felda (KF)? Tempat orang felda mengadu nasib dan buat pinjaman? Bukan kah KPF memiliki 51% dari Felda Holdings? Tapi mereka di tinggalkan dari skim cepat kaya Pak Man Telo tajaan Najib dan Isa. Saya masih tidak faham, macam mana FGV boleh offer kepada pembeli awam apa yang mereka tidak miliki sepenuhya?  Katalah semua lembaga pengarah KPF bersetuju, atau di paksa bersetuju atau di rasuah dan di sogok untuk bersetuju kepada penyeneraian FGV, bagaimana kepentingan 51% di pindahkan? Jika di pindah, apa dapat dan berapa nilai nya? Sekarang ketika dapat RM 15,000 dan RM 3-4 ribu sedikit bulan lagi, orang Felda buat tak kisah sebab `bergumbira’ Najib beri ang pow, tapi setelah itu apa? Masa orang Felda sesak, mintak itu dan ini tak dapat, masa itu sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur.
Sesuatu yang kita ada dalam tangan dan kita boleh kuasai, kita serahkan kepada orang lain. KPF tidak ada apa apa lagi. 40% dari saham keseluruhan, di miliki oleh perbadanan Felda- Felda asset holdings cororation( FAHC).  KPF dapat dividen dari FAHC bukan FGV. Mengapa mesti ada perantaraan antara peneroka dan FGV jika benar2 peneroka di utamakan? Jawab nya, Najib dan Isa dengar cakap pelabur2- bahawa koperasi tidak boleh di percayai. Ertinya, Najib dan Isa tidak percaya kepada peneroka. Sudah tidak percaya pun, masih mahu melompat lompat bila di rasuah RM 15,000.
Berapa felda dapat? Bila dapat jangan lupa bayar hutang dengan EPF sebab duit EPF duit rakyat. Kalau rakyat kerdil hutang, kamu cari sampai lubang cacing. Felda hutang, kena bayar. RM 6 billion semua nya. Atau baki hutang tersebut. Selebih nya, tolong simpan, sebab sekrang kamu telah kehilangan RM 2.5- 3 billion setahun. Felda memerlukan sebanyak ini untuk menampung operasi pentadbiran dan menjaga kebajikan peneroka dalam tanah rancangan. Felda masih pegang 40% saham- adakah pegangan ini menjamin felda dapat sehingga 3 juta setahun? Dan siapa nak beri divdien 15% setiap tahun kepada ahli koperasi?
Hooray untuk masa depan Felda dan anak cucu warga Felda.
Apa pasal lah yang bodoh sangat. Walaupun Najib bergegar cakap langganan untuk pembelian saham ini, 30 kali ganda, ianya tidak mendatangkan kesan apa apa keatas harga pengapungan. Semua orang tahu, sentiment pasaran saham ialah sentiment kasino judi. Langganan itu hanya menvercerminkan ramainya orang yang tdiak kena mengena dengan industri sawit mahu menunggang diatas usaha Felda.
Yang membeli semua nya mahu mengambil kesempatan membuat untung yang segera. Jika seorang yang berjaya membeli 15,000 unit atau 15 lot, maka dia akan mendapat untung potensi sebanyak 60,000. Mamat yang tidak pernah menjejak kaki dalam rancangan Felda boleh untung RM 60,000 jika berjaya membeli 15 lot. Itu sudah jauh meninggalkan untung yang mamat peneroka dapat sebanyak RM 3000. Walhal kamu warga Felda yang mana jika tidak ada kamu, matlaon lain tidak boleh menikmati untung.
Dari contoh ini, sudah nyata di pihak yang mana Najib Razak memyebelahi.