Rabu, 30 November 2011

Kali ni memang Shahrizat selak kain sungguh la , PKR dakwa beli merc duit lembu

Keluarga Shahrizat beli kereta mewah guna dana NFC-Keadilandaily.com

KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.
Menurutnya lagi,  dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.
KEADILAN turut mendedahkan 15 cek  berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan  Thailand.
Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.
“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).
“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.
Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.
Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.
“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?
“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya.-Keadilandaily

Ketua Wanita Umno kata dia belum selak kain lagi, kalau selak...melihat gelagat Sharizat yang naik sheikh memang memalukan dalam tv tiga suku.Gelak ketawa mak cik-makcik wanita Umno yang dilembukan Sharizat yang naik sheikh dengan pemimpin PKR melambangkan betapa rendahnya nilai moral wanita Umno yang jadi pak yet pemimpin mereka.Mereka di pak yet kan dalam persidangan tahunan Umno. Kalau itulah gelagat wanita Umno apatah lagi lembu-lembu jantan Umno yang sanggup bela skandal yang memalukan negara.Mereka berganding bahu bela segala najis pemimpin mereka.

Tidak ada seorang pun yang berani kritik kelaku rendah moral pemimpin mereka.Ketawa dan ketawa saja yang mereka pandai.Anak-anak yang tonton kelaku Sharizat turut ketawa.Agaknya kalau Sharizat jumpa Ketua Wanita Keadilan sudah tentu ditarik-tarik tudung dan rambut Zuraida Kamruddin.Sharizat boleh masuk bertanding Maharaja Lawak Mega gerenti jadi juara.Gelagat Sharizat yang menyinting lengan berjaya tutup salah laku keluarga beliau dalam persidangan Umno.Tapi apa nak heran, bini PM Najib lagi hebat daripada Sharizat yang didakwa ibu bagi segala kemewahan.Bermula dengan cincin RM24 juta, beg berjenama Birkin dan juga gelang tangan yang mahal-mahal belaka.

Ada orang komen dalam facebook kata kalau Sharizat nak buka kain buka lah, telanjang pun tak pa lembu mana ada tau malu. eeeeeeeeee

Lembu feedlot:Anak mami pertahan anak mami

Skandal NFC:Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat-M'insider

Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan “keluarga” mereka.
“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.
“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka,” kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.
Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu.
“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Reezal lagi.
Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal.
“Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka,” katanya lagi.
Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya  Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis.-M'insider

Sokong jangan tak sokong.Persidangan Umno kali ini memang betul-betul jadi persidangan lembu-lembu.Tak ada tajuk lain yang dibincangkan , bermula persidangan terus bincang isu lembu yang rugi RM250 juta milik keluarga Ketua Wanita Umno Sharizat.


Siapa ini Reezal Merican kalau bukan spesis dengan Sharizat hihi.Sama-sama anak mami tanjung.Ini yang dikatakan assobiyyah ha ha.Mamak pertahan mamak.Woiit ini namanya sokong bawa rebah.Rugi RM250 juta duit rakyat dipertahankan.Bukan duit sendiri.Beli kondo mewah, keluarga Sharizat ditaja duit lembu buat umrah bukan duit sendiri.


Mana ada bincang pasal Melayu yang hidup merempat tepi jalan.Tak ada.Hanya retorik menjerit sampai terkeluar anak lidah, menyembur air liur nak pertahan Melayu.Mana ada bincang bagaimana saham Melayu Bumiputera lingkup dan lesap RM52 Bilion...tak ada.Yang ada kaki bodek dan kaki 'jack 3 tan' bodek pemimpin atasan supaya dicalonkan dalam pru 13.Yang ada anak mami pertahan anak mami, mamak pertahan mamak, jauh sekali nak pertahan 
Melayu.Selamatkan anak cucu kita daripada ditipu hidung besar macam serombong kapal!

Kenapa isu lembu ini digegarkan dalam persidangan Umno?Adakah Sharizat tak sedar kata beliau dah kena main dengan Umno sendiri.Ha ha..eloklah tu lembu kena tipu dengan lembu.

Lembu betina Umno naik angin mau angkat kain, telanjang pun tak pa

Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran-Malaysiakini

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

NONESambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.

"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.

Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.

"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.

Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.-Malaysiakini

 Sharizat tidak menafikan bahawa projek lembu feedlot tu dah rugi RM250 juta.Kenapa Sharizat serang dan mau selak kain terhadap parti lawan?Kerugian RM250 juta adalah dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.Awat tak mau selak kain kepada Ketua Audit Negara.Sapa mau tengok kalau nak selak pon ha ha.Dah expired ha ha,Kenapa alih isu?Nasib baik la yang dengar cakap Sharizat hanya lembu-lembu tua bergincu merah dalam persidangan Umno.Nasib la dapat Ketua Wanita Umno macam ni.Nak selak kain selak la, telanjang pun tak pa hihi eeeee

Semua pakat jadi lembu kena cucuk hidung dengan lembu dalam kondo.Gelak la makcik Umno gelak jangan tak gelak.Hang pa semua dah kena tipu dengan lembu betina yang ada dalam kondo.Tak sedar-sedar kata dah kena tipu.Tak percaya cuba tanya bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz tentang lembu betina ni.Apa agaknya Rafidah nak jawab?

Sapa kata lembu betina tak ada kaitan dengan lembu jantan?Kalau tak ada kaitan macam mana boleh beranak pinak?Ha ha.Sama -sama jadi lembu sebab tu bodoh bila bercakap.Selamatkan anak cucu anda wahai orang Melayu supaya tak dilembukan oleh pemimpin Umno yang gila kuasa, harta dan pentingkan perut sendiri.Kuasa di tangan anda.

Jihad untuk perut

Muhyiddin:PRU 13 'ibu segala pilihanraya', mahu ahli Umno jihad-M'insider

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”
Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.
“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.
Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”
“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.
“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup  dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.
Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.
Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.
Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”
“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.
Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.
“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.-m'insider

 Jihad untuk agama, bangsa konon...Inilah namanya jihad untuk perut dan kroni.Umno kalah saja maka habislah Rosmah Mansor, habislah Najib, habislah Muhyiddin.Segala kemewahan yang mereka kecapi sejak 53 tahun akan musnah.Janganlah perrbodohkan orang Melayu kata jika Umno berkubur Melayu berkubur.Yang berkubur Melayu Umno bukannya lain-lain Melayu.Yang gelisah ialah Melayu untung atas angin yang berkeliaran di Putrajaya cari komisen projek yang disubkan kepada towkey besar.


Jangan jadi syirik dan khurafat kata Umno berkubur Melayu hilang kuasa!Melayu yang bijak dan cerdik berlambak di Malaysia ni bukan hanya yang bergantung bawah ketiak Umno.Tak cari makan dengan Umno pun ramai orang Melayu hidup senang.Bodohkan lembu-lembu dalam persidangan Umno boleh la.Jangan nak hina Melayu seolah-olah Melayu ni tak tau nak buat apa tanpa Umno.Bodoh piang sama macam Ketua Penerangan Umno yang bodo yang teramat sangat.

Selasa, 29 November 2011

Ketua Penerangan Umno paling bodo

Saya suka membaca tulisan blogger sakmongkol A47 (Dato' Mohd Ariif Sabri) walaupun beliau orang Umno.Tulisan-tulisan beliau melambangkan sikap ahli Umno yang mahu berubah dan tidak mahu jadi pencacai kepada pak yet-pak yet Umno atau senang cakap tak mahu jadi tongkoi kayu yang mudah dipacak di mana-mana untuk dibuat pagar!Tapi apalah yang boleh dilakukan beliau kerana suara-suara lantang seperti beliau dalam Umno hanya dibakul sampahkan sama macam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang mahu buat reformasi dalam Umno-Bn dan kerajaan tapi hanya sekadar jadi kain buruk saja dalam Umno.Suara beliau tak laku dalam Umno.Majlis beliau di UIA pun kena gam.Orang macam Datuk Saifuddin kalau zaman Tun Madey dah lama masuk penjara.Umno yang ada sekarang tak dapat nak buat begitu kepada Datuk Saifuddin kerana Umno sendiri sedang tenat bertarung nyawa dengan bantuan tabung okisgen untuk terus bernafas.Kalau tidak dah lama duduk dalam pagar besi.


Kata blogger sakmongkol dalam blog beliau Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan adalah seorang ketua yang dangkal dan tak cerdik dan tak buat matematik sebelum bercakap.Kalau dulu orang tertawa kepada bekas MB Kedah Sanudi Junid buat projek tanam padi atas bumbung kini rakyat sedang tertawakan Ahmad Maslan apabila buka mulut saja orang dah tahu kata dia tak cerdik bila bercakap.Umno memang tak suka orang cerdik dan bijak takut pijak kepala kawan!Lagi banyak yang macam lembu ragut rumput lagi bagus .Nak jadi macam lembu dalam kondo hanya ada sekor dua saja.

Ahmad Maslan dan kedangkalannya-sakmongkol A47

Anggota UMNO diminta tidak mendabik dada dengan kejayaan parti mendaftarkan 3.4 juta anggota setakat ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata, jumlah sebesar itu belum menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. “(Ini kerana) ahli Umno hanya satu per empat daripada 12 juta pengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Agenda Melayu ke-7 anjuran Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara, di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini kira-kira tiga juta anggota Umno adalah pengundi berdaftar. Justeru katanya, semua anggota Umno perlu berusaha keras meraih sokongan pemilih lain, terutama yang ‘di atas pagar’. “…..kita kena dekati dan tarik pengundi selebihnya untuk menyokong Umno dan BN,” katanya.

Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO. Nampak sangat dia malas membaca- kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader- semua orang dah tahu hal ini.

Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semua nya 5.7 juta. Calun UMNO mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380 juta pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun UMNO hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli UMNO sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna, 1 juta lebih ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun UMNO.

UMNO tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. UMNO dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65% penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari?

Ertinya, Ahmad Maslan tidak perlu mengulangi kelemahan UMNO. Dia lebih perlu menjawab mengapa rakyat meluat melihat UMNO. Sekurang kurang nya, presiden UMNO lebih teliti dalam observasi nya. Orang dah kenal sangat sifat sifat orang UMNO yang ek- baju linen, kereta besar, cermin mata hitam dan lain lain lagi- petanda2 luaran. Dan orang tahu , kebanyakan pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan adalah- tin kosong.

Ahmad Maslan ini sendiri semasa jadi ketua penerangan UMNO akan sentiasa memulakan ucapan nya dahulu dengan mencerita hal diri nya sendiri. Bagaimana dia yang tak tahu apa2 pun, tiba2 di angkat oleh Dato Najib jadi pegawai yang in charge felda, kemudian di lantik timbalan menteri dan terus ketua penerangan.

Boleh jadi kerana kamu, Ahmad Maslan sudah jampi Dato Najib dengan serapah 7 petala langit dan 7 petala bumi dan apa apa lagi. Semua orang yang mendengar ucapan Ahmad Maslan pada masa itu tertanya tanya, apa jadah nya kaitan cerita nasib baik kamu dengan tugasan yang mendepani organisasi UMNO? Syukur lah kamu bernasib baik tapi jangan melembukan ahli UMNO yang lain dengan cerita karut marut dan buah fikiran yang dangkal.

Belum sempat saya habis baca ulasan nya mengenai UMNO ada 3.4 juta ahli( yang semua mahu menunggang UMNO) saya terbaca komen nya dalam ucapan nya di sebuah forum Melayu pasca PRU13. Ini satu lagi buah fikiran yang dangkal lagi.

Macam mana Melayu hilang kuasa dan kedudukan? Melayu akan hilang kuasa kalau mereka tidak ada pelajaran, kalau mereka tidak kompetitif dan sebagai nya. Melayu tak hilang kuasa jika tidak bertali urikan UMNO. UMNO yang banyak menjahanamkan kepentingan melayu. Tajuk forum yang terlebih baik ialah Melayu UMNO pasca PRU13. Hari ini, kepentingan Melayu boleh di perjuangkan diatas wadah apa sekali pun- ianya bergantung kepada dedikasi dan kepandaian yang empunya diri.

Kita tanya Ahmad Maslan- bila Shahrizat bertindak sebabagi pemudah-cara pemberian grant kepada Dr Salleh, ada dia fikir mengenai kepentingan bangsa Melayu? Apakah Dr Salleh akan senang dapat grant tersebut ketika rekod nya mengurus Technology Park Malaysia sangat buruk kecuali merit yang dia ada ialah dia suami Shahrizat Jalil? Tidak bukan. Sebab dia mahu melembukan semua orang Melayu. Setelah sebulan isiu feedlot ini di bangkitkan baru sehari dua, Shahrizat kata, dia takde kena mengenai dengan isiu feedlot? 
Dan bila kita membayar pembelian kereta APC oleh Deftech dengan membayar RM6 billion lebih tinggi dari harga RM 1.2 billion, duit RM 6 billion itu untuk orang Melayu? Dan di mana UMNO menghilangkan diri bila MAS yang sepatutnya menjadi kebanggan negara Malaysia, sedang di canibalise supaya beberapa orang membuat wang yang banyak.

Si Ahmad Maslan ini betul2 tidak membaca apa guruh yang sedang membuak di kalangan orang Melayu. Orang Melayu melihat UMNO hari ini, organisasi yang membenarkan perlanunan dan samun dan rompakan keatas orang Melayu sendiri. Dan kalau Ahmad Maslan membaca dengan teliti lagi, dia akan dengar orang ramai berkata- Ahmad Maslan can shove his remarks up that part of his anatomy where the sun does not shine!

Hanya lembu-lembu Umno-BN sokong RUU

Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

 Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.
Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.-Malaysiakini.

Kebencian rakyat kepada Umno-Bn akan bertambah dari hari ke hari.Dalam dunia tidak ada satu negara pun yang tidak ada demontrasi jalanan.Myanmar yang dianggap kuku besi tu pun tak teruk macam Malaysia yang mengaku negara demokrasi tapi pintu untuk rakyat berhimpun secara aman semakin tertutup rapat.Apa kejadahnya undang-undang ini sampai rakyat yang berhimpun boleh kena denda sampai RM20,000!Memang gila babi la woiii! Rakyat bukan mahu daripada 30 hari dimaklumkan kepada pihak berkuasa turun jadi 10 hari tapi mahu akta ini dihapuskan terus.Mengarut dan cengkam rakyat.

Mengapa BN takut sangat dengan demontrasi jalanan?Adakah takut jadi macam Mesir, Tunisia,Syria,Bahrain?Setiap hari kini rakyat mereka ke jalanraya bukan duduk demo dalam kelambu atau dalam stadium nak tuntut perubahan.Akta RUU ini untuk menipu rakyat , menipu parti lawan supaya Umno-Bn terus berkuasa selama-lamanya.Senang nak menipu dalam pru kerana semua akta dah dikuku besikan.Rakyat yang melawan dah tak boleh nak buat apa-apa jika BN menipu dalam pilihanraya.Satu orang kena denda RM20,000 kalau 10 ribu ke jalanraya berapa Bn untung?

Akta RUU ini muncul setelah timbul isu pendatang haram dan warga asing diberikan MyKad supaya puak-puak ni boleh mengundi dalam pru 13 akan datang.Ini punca RUU diwujudkan supaya senang nak kawal rakyat bangun memberontak di jalanraya.Bolehkah Umno-Bn kawal kemarahan rakyat jika rakyat dah naik geram yang keterlaluan?Mereka takkan pikir lagi pasal denda RM20 ribu kalau dah naik minyak.Mereka akan terkam dan sanggup kejar walaupun lembu-lembu istimewa yang ada dalam kondo!

Pastikan semua ahli parlimen PR berada di Dewan Rakyat tolak akta RUU!

RUU perhimpunan aman akan dipinda hari ini-Malaysiakini

Kerajaan akan meminda rang undang-undang perhimpunan aman yang mencetus kontroversi kerana didakwa bertujuan menyekat kebebasan rakyat.

Usul pindaan berkenaan akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat hari ini.

Usul pindaan berkenaan melibatkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada sepuluh hari.

Fasal 12(1) rang undang-undang tersebut turut dipinda untuk memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam, menurut usul pindaan ke atas Fasal 12(2).

Selain itu, tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari, menurut pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Rayuan berkenaan adalah berhubung sekatan dan syarat perhimpunan oleh polis yang turut melibatkan tarikh, masa, tempat dan cara perhimpunan.

Kerajaan bagaimanapun tidak meminda kuasa yang luas dalam rang undang-undang berkenaan yang mencetus bantahan keras pelbagai pihak kerana mengharamkan semua bentuk demonstrasi jalanan.-Malaysiakini

Rakyat bukan mahu akta RUU dipinda tapi ditolak dan tidak dilaksanakan!Kepada semua ahli parlimen PR anda jangan buat taik dengan pelbagai alasan untuk tidak hadir ke dewan rakyat hari ini lawan dan bantah akta ini.Anda  dipilih rakyat, makan elaun duit rakyat jadi tanggungjawab anda semua untuk lawan habis-habisan supaya kerajaan batalkan RUU! Tak guna lagi RUU ini dipinda sikit-sikit untuk kelabukan kita semua.Mansuh terus itu yang rakyat mahukan!Jika ahli parlimen PR tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk bantah akta RUU hari ini anda memang tidak layak jadi wakil rakyat !Jangan jadi macam akta Kg Baru ramai ahli parlimen PR tidak ada di Dewan Rakyat.Lepas tu bagi macam-macam alasan kenapa tak hadir.Jangan cakap besar nak bela rakyat tapi bila time undi tak ada di parlimen!

Ribuan peguam, orang ramai berhimpun bantah akta -Malaysiakini

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

 Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.-Malaysiakini
 
NONE

Tempat berpaut Braheng Ali berkecai jika Umno hilang kuasa

Presiden Perkasa Ibrahim Ali kata Umno perlu kekal relevan untuk kaum Melayu.Braheng Ali bimbang jika Umno hilang kuasa tiadalah lagi tempat Braheng nak berpaut.Pru 2008 , Braheng berpaut kepada Pas dan Pas terpedaya dengan Braheng dengan membenarkan Braheng guna lambang Pas untuk bertanding di parlimen Pasir Mas.Walaupun Pas ada pengalaman dalam sepak terajang politik tapi main dengan Braheng ni tewas Pas dalam percaturan politik Braheng.Kini Braheng menyerang Pas bertubi-tubi walaupun Braheng menang di Pasir Mas kerana orang Pas undi Braheng .Saya yakin depa undi bukan kerana Braheng tapi kerana lambang Pas yang digunakan Braheng.

Apa lagi yang nak diharapkan kepada Umno untuk bela nasib orang Melayu?Layakkah orang macam Braheng, Zul Kulim bercakap pasal Melayu kerana mereka sendiri melompat dari satu dahan ke satu dahan untuk berteduh?Sana berak sini kencing.Tapi inilah politik.Hari ini berkawan lusa tulat jadi musuh.

Saya nak cabar Umno tolong tangkap penjenayah dan perompak saham bumiputera RM52 bilion yang lesap baru bicara soal nak bela bangsa Melayu.Perlu relevankah Umno kepada Melayu bila segala syarikat GLC yang dikuasai pemimpin Umno rugi dan bangkrap?Taik rasuah dan samseng bahkan mulut longkang boleh jadi Pengerusi Felda.Kini baru peneroka sedar bahawa ketua mereka mulut longkang dan celupar!

Di mana Braheng nak berteduh dan berpaut jika Umno dikuburkan dalam pru 13?Saya yakin jika Braheng terus betanding di Pasir Mas Braheng Ali akan kalah dan orang Kelantan akan tunjuk jalan keluar terbaik buat Braheng .Kaki lompat dan kencing rakyat tak akan diterima rakyat Kelantan baik Umno mau pun Pas.

Berani Najib pecat Isa Samad?

Peneroka Felda beri Najib kata dua Isa Samad atau undi-M'insider

Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.
Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.
Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.
Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.
Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.
Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.
Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.
Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.
Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.
Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan luku dia”.
Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.
Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”
Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.
“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.-M'insider

Berani Najib pecat Isa Samad sebagai Pengerusi Felda?Kenapa Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?Ini soalan ada hubungkait dengan Isa Samad dan Najib sendiri.Siapa pemegang amanah isu Port Dickson kalau bukan Isa Samad.Isa Samad walaupun terbabit dengan kesalahan politik wang atau rasuah dalam Umno masih diangkat sebagi wakil rakyat dan Pengerusi Felda kerana ada keistimewaan tertentu pada Isa Samad yang tidak ada pada orang lain.Hanya Isa Samad dan Najib saja yang tahu.

Kata orang tua-tua , Orang kalau tembun pendek , betis macam pelapik tiang kena berhati-hati.Orang macam ni kalau berdiri nak pegang langit.

Isnin, 28 November 2011

Lagi kisah lembu pertahan lembu dalam kondo

Kata orang berak tengah jalan sapa mau mengaku.Buah cempedak dah jadi nangka.Makan dah kenyang tutuh sampai sengkak lepas tu lepas tangan.Berkuntau lidah pertahan anak beranak rugi bela lembu feedlot RM250 juta.Apa nak kisah cukup dengan kata 'Saya tiada kena mengena dengan NFC'.Masih bangga kata ikhlas nak pertahan agama, bangsa dan negara!Macam nak muntah hijau bila Ketua Wanita Umno Shahrizat kata lagu tu.

Bukan takat lembu-lembu jantan pertahan lembu dalam kondo malah lembu-lembu betina pun tumpang sekaki kata lembu dalam kondo tak salah malah tak ada kena mengena langsung dengan lembu dalam kondo.

Rakyat pula diberitahu selang beberapa minit dalam iklan di tv RTM dan swasta supaya menonton siaran langsung himpunan lembu jantan dan betina esok, lusa ,tulat dan tungging.Apa tujuannya?Tak lain tak bukan untuk perbodohkan rakyat supaya turut dilembukan mereka apabila mereka bersidang.

Persidangan ini juga kata jangan singgung kaum lain dan jaga hati semua pihak.Untuk apa?Lembu -lembu nasihat lembu supaya jaga adab dan etika.Ada ka patut!Jadi tak adalah lagi adegan cium keris telanjang dalam himpunan lembu-lembu kali ini.Tak ada lagi cakap berapi-api nak bunuh bukan Melayu sebab nak jaga hati bukan Melayu supaya sokong lembu dalam pru 13 akan datang.Seperti biasa himpunan ini akan dihangatkan dengan semangat nak pertahan maruah Melayu , bangsa Melayu yang mereka sendiri gadaikan dipajak gadai bukan Melayu.

Masihkah anda percaya kepada si pembohong yang kata ISA telah dihapuskan tapi dalam masa yang sama guna akta ISA tangkap rakyat tanpa dibicarakan.Malah siap tuduh bukan-bukan kata militan, pelampau dan mahu bunuh orang! Bohong sekali dua boleh la tapi kalau hari-hari cakap bohong , buat akta berhimpun lagi zalim lepas tu iklan dalam media perdana kata ruang untuk rakyat berhimpun semakin hebat tak payah permit tapi kena bagi tau dalam masa 30 hari (Mynmar 5 hari ja), penganjur kena denda paling kurang RM10 ribu jika trak info kat pihak berkuasa .Kalau undang-undang baru ni ok kenapa Majlis Peguam lawan dan sanggup turun di jalanraya?

Sabtu, 26 November 2011

Politik memang tak boleh elak dalam masjid

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya.Malam ni ramai juga umat Islam yang ke masjid ada la lebih kurang 60 orang untuk sambut kedatangan tahun baru Islam 1433H.Ada yang buat bacaan surah Yaasin dan tahlil dan baca doa akhir tahun dan awal tahun sempena kedatangan 1Muharram.Bagi yang kata bidaah mereka tidak hadir .Bagi saya senang saja itu hak masing-masing.Ikut fahaman masing-masing la.

Lepas solat Isya' ada pulak jamuan nasi putih gulai kawah.Semua pakat makan tambah-tambah dalam musim hujan ni makan lalu sangat.Lepas makan pakat sembang kisah politik tanah air.Ada yang kata ,"Ni gulai kawah daging lembu Sharizat ka?" Ada yang bergurau kasar kata tak boleh makan, ada yang kata makan saja la kalau lembu Sharizat pun lagi sedap sebab duduk dalam kondo bukan senang nak merasa!Yang bersembang tu termasuk dua orang polis pencen dan seorang anggota polis pangkat sarjan.Polis pangkat sarjan tu kata melawak ,"Jaga-jaga sikit cakap tu saya rakam ni." ha ha.Seorang polis yang dah pencen tu kritik sakan kerajaan yang ada, sementara polis pencen yang sorang lagi cepat-cepat angkat kaki sebab dia tak tahan telinga sebab dia kata dia 1Malaysia punya orang..

Habis tajuk lembu Sharizat RM250 juta, terus sambung kisah akta baru Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (RUU) yang hangat diperkatakan kini lebih zalim daripada akta polis sedia ada dalam hal perhimpunan aman.Kata jemaah masjid ,"Kenapa Suhakam kata RUU ni kena tarik balik, tentu ada sebab musababnya.Kenapa kerajaan tak dengar cakap Suhakam.Apa guna Suhakam kalau cakap Suhakam tak laku?" Saya kata kepada pak cik polis pencen tu bergurau," cakap baik-baik sikit pak cik nanti elaun pencen pak cik kena tarik."Kata pak cik tu kat saya,"Apa...ingat duit pencen tu duit mak-bapak depa yang punya ka?" Hi hi.Sarjan polis tu pulak kata, "Tuan-tuan nak pangkah sapa pun tu hak tuan-tuan.Undi adalah rahsia."

Habis macam mana nak elak daripada cakap-cakap politik dalam masjid dalam dunia kini tanpa sempadan.Yang bukak internet kini dalam bandar la boleh kata semua golongan termasuk warga emas.JAIS hanya boleh halang supaya jangan bawa politik masuk dalam masjid tapi yang datang masjid depa langsung tak ambik kisah arahan JAIS.Depa kata ini hak asasi masing-masing nak cakap bab apa pun termasuk dalam masjid.Isu politik kini bukan hanya jadi cakap-cakap kedai kopi tapi juga cakap-cakap dalam masjid.Yang sembang politik dalam masjid tu bukan lekeh -lekeh punya orang ada penolong pengurus bank, cikgu, ahli perniagaan, bercampur dengan semua golongan .Depa bukan jadi JKK Umno atau ketua Umno cawangan yang langsung tak nampak muka.

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1433H

Hari ini Sabtu 30 Zulhijjah 1432H (26 November 2011) adalah hari terakhir bagi kalendar Islam 1432H.Kita akan berada di tahun baru Islam 1Muharram 1433H.Begitu cepat masa berlalu sekejap saja sudah bertukar tahun.Apa sumbangan kita kepada agama Islam tercinta?

Ramai umat Islam kini tidak ambil tahu akan kedatangan tahun baru Islam mereka lebih suka sambut tahun baru Masehi daripada menyambut kedatangan tahun baru Islam.Jadi tidak hairanlah kini ramainya umat Islam sendiri jadikan agama yang mereka anuti sebagai bahan mainan samaada dalam bidang lakonan, lawak jenaka dan sebagainya.Hukum Islam dihina oleh penganutnya sendiri bila ada pihak-pihak yang perjuangkan hukum Islam mahu Islam dimartabatkan diperingkat tertinggi negara.Mereka kata dengan lantang bahawa Hukum Islam tidak akan dilaksanakan di bumi Malaysia yang bertuah ini.Ini bukan si kapir yang cakap tapi orang Islam yang dah buat haji yang cakap.

Mereka tidak yakin dengan hukum Islam tapi dalam masa yang sama desak pihak lain untuk buat Islam.Munafik!Cabar mencabar ini membawa kepada si kapir pun jadi berani hina Islam yang berpunca daripada sikap orang Islam sendiri hina hukum-hakam Islam.Mereka jadi bacul bila orang kapir hina Islam diam membisu tak kata apa.Lemah untuk lawan si kapir yang hina Islam sebab dah jadi 'abang-adik' pakat hina Islam.Malah si kapir jadi 'abang besar hina Islam depan mata pemimpin Islam!

Selamat menyambut tahun baru Islam 1433H
Di bawah ini dicopy daripada blog zanas untuk kebaikkan kita semua. Wallahua'lam

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca  pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Harga minyak dan elektrik diturunkan jika PR perintah Malaysia

 Anwar :'Umno jangan mimpi nak nak tawan negeri dipimpin Pakatan'-M'insider

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan  cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor,” tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
“Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor,” katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
“Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
“Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok,” katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.
“Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri,” katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
“Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
“Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?” katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.

Terpulang kepada para pengundi untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih dalam pru 13 akan datang.Segala tawaran jika tidak jadi kenyataan kita pakat ramai-ramai tumbangkan pulak PR dalam pru14 .Ini banyak senang  punya hal.Kuasa di tangan anda.Cuba dulu baru tahu.

Di Selangor dah terbukti PR bela rakyat bawahan.Semua rakyat Selangor termasuk Umno amat terasa dengan 20meter padu air percuma setiap bulan.Kalau tak mau air percuma boleh tukar kerajaan ha ha.
Kepada kerajaan BN selesaikan dulu 8 tuntutan rakyat sebelum panggil pru 13.Jika tidak rakyat akan ke jalanraya.

Jumaat, 25 November 2011

Peguam mau turun di jalanraya petanda Umno-BN akan musnah

Peguam akan berarak bantah Bil Perhimpunan Aman-Malaysiakini

Empat tahun selepas "Walk for Justice" 2007, Majlis Peguam Malaysia sekali lagi memanggil ribuan peguam untuk berarak di Kuala Lumpur bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang telah dibentangkan di Parlimen.

Perarakan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi Selasa depan dan mereka akan berjalan dari Kelab Taman Perdana Diraja ke Parlimen, yang dijadual membahaskan rang undang-undang tersebut, yang dibentangkan pada 22 November lalu.

Satu memorandum akan diserahkan kepada kerajaan di akhir perarakan tersebut.

Pada tahun 2007, lebih 2,000 peguam menyertai perarakan Majlis Peguam sejauh 3.5km yang dikenali sebagai "Walk for Justice", di Putrajaya untuk mendesak penubuhan suruhanjaya diraja bagik menyiasat kes 'Pita Lingam'.

Langkah tersebut, serta protes awam yang lain, telah memaksa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.-Malaysiakini

Ini kes bahaya bagi BN.Sama macam tahun 2007 apabila para peguam turun ke jalanraya pru 12 tahun 2008, Umno-BN hilang 5 negeri.Pak lah terpaksa berundur jadi PM.Kini nasib yang sama bakal menimpa Najib.Berapa negeri pulak akan hilang daripada tangan BN ha ha.


Nak  berarak di jalanraya ni bukan JKK Umno, Ketua Kampung tapi para lawyer yang reti undang-undang.Golongan profesional.Apa lagi yang tinggal pada Umno-BN.Golongan profesor yang bukan kangkong tolak BN, Laywer bantah BN, Cina tolak Bn, India tolak BN, Melayu tolak BN yang tinggal makcik Felda sokong BN hihi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas , tolak rayuan Peguam Negara

Berita melalui email ke dalam blog ini;
Shah Alam, Jumaat 25 NOVEMBER 2011
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Abdul Rahim Bin Uda pada hari ini telah menolak Rayuan Peguam Negara dan seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 orang OKT  Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.

Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.   
Pada tahun 2009 kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut. 

Pada hari ini (25 November)  bertepatan  11 TAHUN YANG LALU ...kerana pada tarikh  25 NOVEMBER 2000 mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak Polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas bagi menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil 'Perhimpunan 100 Ribu Rakyat yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Jalan Klang.    
Hakim Dato' Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya pada hari ini menyatakan bahawa antara lainnya bahawa pihak Pendakwaraya gagal 'menimbulkan keraguan munasabah' tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan beribu-ribu pengguna-pengguna lain  lebuhraya  tersebut berkumpul secara 'spontaneous' (secara tidak dirancang / secara spontan) di Lebuhraya Kesas disebabkan kesesakan di Lebuhraya tersebut.  

Tegasnya lagi Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak Polis menggunakan 'loud hailer' tersebut dapat didengari secara jelas oleh orangramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh YB Yusmadi Yusoff ( juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang) dan Puan Farah Farhana(Gambar di atas).

Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri ( bekas Setiausaha Agung Keadilan), Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.  

Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap "double standard" Kerajaan BN kerana baru semalam (24 haribulan)  Perdana Menteri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat bagi 'menghapuskan' Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.   


PM berbohong bawa Malaysia ke arah demokrasi kata Mat Sabu

Pas akan sertai Bersih 3.0 -Harakahdaily

PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan  dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.

"Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut.

Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.-Harakahdaily

Umno macam dajjal mau rasuah Pas buat UG

Apa dia dajjal?Klik dan baca di sini.Saya ada buat posting semalam Muhyiddin minta ubat tahan lama untuk bergeli-geli dengan Pas.Hari ni saya nak sambung sikit lagi pasal sikap Umno bila mau ajak Pas tidur sebantal buat kerajaan perpaduan.Kerajaan perpaduan ini pulak tak akan wujud jika tidak ada persetujuan antara kedua belah pihak.Maknanya Umno tak menggatal jika pihak yang satu lagi tak main kenyit-kenyit mata dengan Umno hi hi.

Siapa yang gila talak atau sama-sama gila talak?.Seperti biasa apabila gendang perpaduan dipalu pihak Pas akan bersuara dengan berkata 'Pas tetap bersama Pakatan'.Maka suara-suara pemimpin Pas yang mau ber UG dengan Umno akan mati kutu ha ha.Tambah-tambah yang berhutang .Senyap dan menggertap gigi geram.Nak keluar parti tak mau tunggu Pas pecat.Sebab tu buat perangai macam Zul Kulim hingga dipecat PKR.

Nak bagi royalti minyak dengan syarat duduk dalam satu pasukan kata TPM Muhyiddin.Adakah ini bukan rasuah?.Tun Madey kata Umno parti rasuah.Makan rasuah macam makan babi.Tu Tun kata samaada dia makan sama kita mana tau.Allah SWT Maha Mengetahui.Kalau sama-sama makan rasuah maknanya semua pakat makan babi la!

Ini kerana Kelantan diperintah oleh Pas sejak 1990 lagi tu Muhyiddin cakap lagu tu.Perkara yang sama berlaku semasa Pas berkuasa sebentar pada tahun 1999 di Terengganu..Royalti minyak ditarik balik dan diganti dengan duit sedekah.Mungkin ada sebab musababnya ujian Allah SWT ini kepada Pas semasa berkuasa di Terengganu dulu.Adakah ini bukan sikap dajjal?Sokong aku dapat apa saja lawan aku buruk padahnya.

Muhyiddin juga semasa umum kerajaan pusat bagi bantuan kepada sekolah agama di Kedah mengingatklan rakyat Kedah jangan ulang kesilapan dengan sokong Pas dan PR di Kedah.Bagi duit suruh sokong ingat duit yang Muhyiddin bagi tu duit Umno ka?Hanya yang buat-buat buta saja kata tu duit Umno.

Kalau asal bagi bantuan dan kebajikan semua kena sokong Umno-Bn lebih baik parti-parti yang ada di Malaysia ni dibubarkan lepas tu semua pakat masuk Umno ha ha.

Khamis, 24 November 2011

Menteri keras kepala rakyat akan bangkit di jalanraya

Saya rasa dalam banyak-banyak Menteri kabinet yang tunjuk keras kepala dengan rakyat ialah Menteri Dalam Negeri Hisahmuddin Husein sepupu kepada PM Najib.Mungkin sikap bebal dan keras kepala ini kerana PM Najib dah mula tidur macam mantan PM Pak Lah.Sikap keras kepala dan bebal ini di lihat sejak sebelum dan selepas demo jalanraya Bersih 2.0 hingga kini.

Beliau tidak belajar daripada pemimpin negara Arab yang keras kepala dan kepala keras terhadap rakyat mereka akhirnya ada yang hanyut ke laut Merah (Mubarak), Ben Ali lari ke luar negara, dan terkini Presiden Yaman Ali Abdullah Salleh yang terpaksa berundur akibat desakan berterusan rakyat Yaman yang mahukan pembaharuan dalam politik negara mereka.

Ketika PM Najib umumkan akta zalim ISA dihapuskan dua bulan lalu dan pembebasan terakhir tahanan ISA minggu lalu akta ISA yang kotor itu masih digunakan lagi dengan menangkap rakyat dan warga asing di bawah akta tersebut.Mulanya mereka kononnya dianggap militan dan cuba cetuskan keganasan lepas tu dituduh pulak cuba bunuh Adun.Beputar dan pandai bersilat lidah untuk halalkan tangkapan di bawah ISA.Apa punya menteri perangai buruk siku, muka tak malu ingat rakyat ni macam tak boleh nilai apa depa cakap.Sekejap begitu sekejap begini ingat undang-undang negara macam tok wan depa yang punya.

Apabila rakyat pertikai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011  termasuk Suhakam suruh tarik balik kerana menganiyai rakyat Menteri ni berkeras kata tak akan tarik balik.Bodoh sombong jadi menteri jauh sekali untuk jadi juara rakyat tapi jadi juara dera rakyat.

BN yang ada kini bukan mahu dengar kehendak rakyat tapi depa mau rakyat dicucuk hidung macam lembu-lembu yang depa bela sampai rugi RM250 juta.Yang kenyang towkey lembu sampai boleh beli kondo RM9.8 juta satu unit.

Kita rakyat dikepung.Lepas satu akta digubal dan dipinda tidak ada satu pun yang menyenangkan rakyat tapi makin mencengkam rakyat.Rakyat kritik akta polis depa tukar dengan akta yang lebih zalim untuk berhimpun.Penyakit gila babi ni bukan makin berkurang malah semakin menjadi-jadi.Kata Naib Presiden Pas Haji Mahfuz Omar depa buat akta rakyat sengsara ibarat 'keluar mulut harimau masuk mulut buaya'.

Kini Najib umumkan hapus akta darurat yang berkuatkuasa sejak 1966, pinda AUKU.Semua nak pinda sebab pru dah dekat.Boleh percaya ka?Umum hapus ISA tapi masih guna ISA tangkap orang sesuka hati!Hapus darurat tapi RUU diperketatkan sampai rakyat nak berhimpun dalam kedai kopi pun jadi takut!

Rakyat yang sedar dan tidak mahu kena cengkam dengan pemimpin kuku besi tiada pilihan , mereka terpaksa ke jalanraya macam demo Bersih 2.0 yang dihalang, dikekang setiap pintu utama jalan ke ibukota Kuala Lumpur tapi masih puluhan ribu muncul di kotaraya.Hingga kini pemimpin yang bebal dan keras kepala ini masih memikirkan macam mana puluhan ribu rakyat ini masuk ke ibukota 9 Julai lalu.Apco pun pening daripada mana depa datang.

Di Mesir kini sudah masuk hari ke 6 demontrasi anti kerajaan yang dikuasai tentera setelah tumbangnya Mubarak.Kerajaan tentera yang kuasai Mesir masih tunjuk sikap keras kepala tidak dengar tuntutan rakyatnya buat pembaharuan dan buka ruang demokrasi walaupun Mubarak dah tumbang sejak 9 bulan lalu.Akibatnya rakyat Mesir kembali ke jalanraya.Baca di sini.

Berhimpun depan hospital tak boleh tembak gas, meriam air boleh

Antara akta Rang Undang-Undang baru untuk berhimpun bagi rakyat antara kain menyebut, "Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat."

Pada tarikh bersejarah9 Julai lalu pihak polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke perkarangan Hospital Tung Shin bagi menakutkan penunjuk perasaan yang berlindung di bangunan hospital tersebut.Hingga kini walaupun jelas kes itu benar pihak berkuasa kerajaan Umno-Bn hanya senyapkan saja kes tersebut.

Buatlah undang-undang apa pun , hapuskan ISA, hapuskan akta kolej dan universiti tapi bila kerajaan mau tangkap sesiapa saja depa boleh tangkap.Undang-undang yang depa buat tolak tepi.Hapus tangkap tak hapus pun tangkap.Ini namanya undang-undang gila babi.Adakah BN akan dengar nasihat Suhakam macam di bawah?

Suhakam:Hentikan Bil Perhimpunan Aman-Malaysiakini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

“Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

"Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya.

Muhyiddin minta ubat tahan lama untuk bergeli-geli dengan Pas

Muhyiddin :'Lebih mudah lebih indah' jika Pas-Umno bersatu-M'insider

Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Mengulangi pendirian yang pernah diketengahkan beberapa kali sebelum ini, Muhyiddin  yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
“Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,” katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.
Isu kerajaan perpaduan antara PAS-Umno sudah banyak kali ditengahkan sejak pilihan raya umum 2008.

 Woit! nak bagi, bagi ja la royalti tu.Ini idea untuk Umno terus berkuasa jika Pas sanggup bersama Umno.Jika Pas bagi ubat tahan lama ni kepada Umno , sampai kiamat Umno berkuasa.Umno sanggup lakukan apa saja dalam keadaan sekarang termasuk minta nyawa demi mau kekalkan kuasa.

Kepada pemimpin Pas yang mahu bergeli-geli dengan Umno dipersilakan.Memang tak dinafikan ada orang Pas yang kini senada dengan Umno malah cakap pun macam orang Umno.Tambah-tambah kepada yang tak dapat jadi calon dalam pru 13.Esok-esok bila Umno dah kuat kembali kena terajang keluar ikut lubang tingkap.Kena cerai ikut lubang tingkap bukan ikut pintu rumah.Politik cari makan macam ayam itik memang banyak.Contoh Mat Ezam, Zul Kulim terdesak kerana wang dan pangkat dan gelaran terjun masuk dan sokong gerombolan.

Kini Umno menaruh harapan tinggi untuk bergeli-geli dengan Pas demi pru 13 akan datang.Suara dan irama ini akan berterusan hingga pru 13 muncul.Siapa yang rasa goyang dan tergoyang dengan lagu perpaduan ini alamatnya memang tak kuat iman ha ha.Boleh blahhh la ..Saya ada message kata kawan saya pada tanggal 19 November dengan kata ,"Hari ni genap lah 26 tahun berlakunya peristiwa zalim pemimpin Umno-Bn bunuh orang Pas di Memali." Dia jawab dengan kiasan, Bukan Umno bunuh tu tapi Dap." 

Tambahan 3.41pm

Mahfuz:Pas tetap 'pasukan Pakatan', tak akan sertai 'pasukan Umno'-M'insider


PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai “anggota pasukan” Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai “angkuh dan sombong.”
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan.
“PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS.
“Itu sudah jelas. Jadi mengapa nak terus mengajak kami? Jadi ia tidak lain tidak bukan untuk memberi persepsi bahawa PAS ini seolah-olah sombong dan angkuh, tidak mahu menerima pelawaan Umno,” kata Mahfuz ketika dihubungi sambil menegaskan PAS bukannya sombong tetapi tidak mahu menerima kerjasama politik Umno.
“Itu jelas. Kami akan kekal dalam pasukan Pakatan Rakyat untuk menggantikan pasukan Umno-BN,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pelawaan-pelawaan sedemikian khususnya ketika menjelang pilihan raya umum dan lebih-lebih semasa musim perhimpunan agung parti itu.
Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya minggu depan. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
Idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik PAS-Umno menjadi perhatian sejak selepas perubahan landskap politik negara tiga tahun lalu.
“Saya pun tidak hairan jika mereka jadikan ia sebagai satu isu dalam perhimpunan mereka,” kata beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, antara lain berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah dan “mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Kerajaan negeri dimaksudkan Kelantan yang dipimpin oleh PAS sejak 1990.

Amaran kepada pengguna jangan makan sos tiram 1Malaysia

Kementerian Kesihatan arah sos titram 1Malaysia ditarik-Malaysiakini

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

 “Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

 “Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.-M'kini

Sayangilah kesihatan anda nampak cantik di luar dan murah sekupang dua tapi jika boleh bawa mudarat lebih baik buang dalam longkang. Untuk rakyat barang rejek tapi untuk menteri semua kualiti.Saya percaya tidak ada satu  barang pun barangan KR1M di rumah mereka.Malah amah yang bekerja di rumah mereka pun tak makan barangan KR1M!

Media arus perdana yang dikuasai Umno tidak highlight kan benda ni yang penting ialah isu gigi anak-anak di Kelantan berlubang dan berkarat kerana kononya minum air keroh.Mereka takut Haji Najib dan Hajah Bik Mama mengamuk kalau sentuh 1Malaysia  idea Haji Najib.

Rabu, 23 November 2011

Bersih3.0:Jangan cakap saja tentukan tarikh segera

Akta perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera-Harakahdaily

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.

"Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan.

Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan.

Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000.

"Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka.

"Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya.

Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap.

"Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya.-Harakahdaily

Jangan cakap saja.Tetapkan tarikh supaya kita ramai-ramai turun dijalanraya.Cakap saja tak guna dah lama dengar.Pilihanraya semakin hampir.Jika pru diadakan tanpa membuat pembaharuan dalam pilihanraya Umno-Bn akan terus perintah negara ini sampai kiamat.Lain yang disuruh pinda lain pulak yang BN buat pembaharuan.Apa guna RUU ini ?Satu sen pun tak dak nilai bagi yang memahami malah menjerut tengkok rakyat untuk dilokap dan diterajang pihak berkuasa lagi teruk.

Takkan lepas pru 13 baru nak buat Bersih 3.0? Ini namanya kerja Pak Pandir dan Lebai Malang hihi.Kata mesti dikota baru ada ummmph.Buat macam Mesir  hari ni cakap hari ni buat.Baca di sini.


PENUNJUK perasaan veteran memakai topeng bagi mengelak  gas pemedih mata ketika menyertai protes  di Dataran Tahrir, semalam.
PENUNJUK perasaan veteran memakai topeng bagi mengelak gas pemedih mata ketika menyertai protes di Dataran Tahrir, semalam.-Gambar Beritaharianonline.

Umno -Bn takut jadi macam Arroyo jika tumbang pru 13

Arroyo kena saman pula

Keluarga mangsa bunuh 2009 tuntut RM1.03j

MANILA: Saudara mara 57 mangsa pembunuhan beramai-ramai di selatan Filipina pada 2009 menyaman bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo semalam berhubung pembunuhan itu yang didakwa mereka boleh dihalang.
Sekurang-kurangnya dua sekutu Arroyo, termasuk bekas gabenor wilayah autonomi Islam itu, antara 100 suspek yang dibicarakan atas tuduhan bunuh dalam pertumpahan darah bermotifkan politik paling buruk di negara itu.
Mangsa termasuk 32 pekerja media, menjadikan kejadian itu pembunuhan wartawan paling buruk di dunia.

Arroyo ditahan minggu lalu atas dakwaan mengarahkan bekas gabenor, Andal Ampatuan Sr, dan seorang lagi pegawai melakukan penipuan dalam pilihan raya dua tahun sebelum pembunuhan itu berlaku.

Arroyo mengutuk pembunuhan itu dan menafikan mengetahui mengenainya tetapi peguam plaintif, Harry Roque berkata, dia sepatutnya tahu Ampatuan dan anaknya memang berbahaya.

Roque memfailkan saman semalam, menuntut ganti rugi 15 juta peso (RM1.03 juta) menuduh Arroyo sengaja tidak mempedulikan pencabulan hak asasi manusia selama sedekad di wilayah itu dan sebaliknya menjalin hubungan baik dengan Ampatuan yang terbukti penting untuk dia terus berkuasa dalam politik.
Wartawan, pemandu dan pembantu mengiringi keluarga dan penyokong saingan politik Ampatuan dalam perjalanan memfailkan pencalonan dalam pilihan raya wilayah apabila sekumpulan lelaki bersenjata diketuai bekas datuk bandar Andal Ampatuan Jr menahan dan membawa mereka ke bukit berhampiran sebelum dibunuh dan ditanam beramai-ramai.

Keluarga Ampatuan adalah sekutu politik Arroyo tetapi selepas pembunuhan itu, mereka disingkirkan daripada partinya. Arroyo turut mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah Maguindanao, membolehkan tentera dan polis menangkap suspek dan cuba memulihkan keamanan.

Roque berkata, walaupun tiada bukti Arroyo adalah dalang di sebalik pembunuhan beramai-ramai itu, bekas pemimpin itu bukan saja membiaya dan memberi senjata kepada keluarga Ampatuan tetapi turut melindungi mereka. – Beritaharianonline

Ini yang menakutkan Umno-BN kalau tumbang dalam pru 13 akan datang.Sebab itu kuatkuasakan hak-hak rakyat berhimpun jadi lebih zalim dan kejam.Nak kekang macam mana kalau rakyat tetap tolak undang-undang zalim tersebut.Buatlah undang-undang apa pun ,sekatlah selagi boleh jangan tak sekat.Tapi kuasa rakyat , tangan rakyat yang pangkah menentukan siapa yang akan perintah negara ini.


Fail Memali  akan dibuka semula.Pembunuhan kejam oleh regim Umno-Bn di Memali boleh buka mata rakyat siapa sebenarnya yang rakus bunuh insan tak berdosa di Memali.


Pelingkup wang rakyat , seleweng duit saham bumiputera RM52 bilion yang lesap akan dibongkar satu persatu.Biar kita lihat macammana rakusnya Umno mentekedarah makan daging anak bangsa sendiri.Kemana wang itu dibelanjakan?

Projek beli senjata pertahanan negara akan dibongkar untuk melihat siapa yang sapu komisen jual-beli senjata.Beli 'besi buruk' mahal  macam beli kereta baru.

Anak muda dah tak sabar untuk mengundi gulingkan regim yang dah tua ini ke lubang kubur.Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia bersatu hati, dengan satu matlamat, satu iltizam tumbangkan Umno-Bn dalam pru 13.Jangan biarkan anda menanggung dosa membiarkan kerajaan 'rasuah wal punah' ini terus perintah negara ini.Anda mampu mengubahnya!Jangan biarkan negara ini terus dikuasai oleh lembu-lembu yang bernama Umno-Bn.Menyesal dulu ada untung menyesal kemudian dah tak berguna.

Utusan malukan rakyat Kelantan termasuk Umno serang Kelantan, budak-budak gigi berlubang

Tulis Utusan 95% kanak-kanak Kelantan rosak gigi (klik dan baca)ha ha.Dah habis modal ka?Bagaimana dengan gigi anak cucu Mustapa Mohamamd, Braheng Ali, TGNA.Awang Adek.Depa ni semua rakyat Kelantan.Takkan media macam Utusan serang Kelantan dengan isu budak-budak gigi berlubang ha ha ha.Gila ..memang gila.Macam mana dengan tuntutan royalti minyak yang dituntut rakyat Kelantan?

Takkan nak palam isu minyak dengan hanya kata budak-budak di Kelantan gigi berlubang.Gigi berlubang ada di Selangor dan 1Malaysia.Tak caya cuba tanya pakar gigi Khir Toyo apa punca gigi berlubang sampai boleh beli rumah berjuta ringgit!Bukan takat gigi berlubang gigi berkarat pun banyak sebab kuat hisap rokok dan kaki mabuk taik arak.Tak caya cuba tanya pemimpin Umno!

Bagaimana dengan Kedai Rakyat 1Malaysia yang jual produk susu krim yang merbahaya di pasaran hingga ditarik balik?Ini bukan takat budak-budak yang bahaya tapi bapak budak dan mak budak juga bahaya.Tak habis-habis dengan modal nak tipu Melayu dengan isu yang begitu memalukan.Utusan bukan takat hina rakyat Kelantan malah turut hina orang Melayu dengan tanggapan orang Melayu otak takat tumit tak sampai pun kepala lutut.Senang sungguh Utusan nak tipu dan hina otak  Melayu.

Undang-undang haramjadah lagi mahazalim

Bil perhimpunan aman haramkan protes jalanan-Malaysiakini

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat bagi menjamin kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.

Dijadual untuk bacaan kedua pada minggu depan, rang undang-undang itu dibentangkan serentak dengan rang undang-undang lain untuk meminda Akta Polis, yang antaranya menyaratkan permit polis diperoleh sebelum mengadakan perhimpunan.-M'kini

Undang-undang baru ini lagi buruk dan lebih celaka daripada akta polis sedia ada yang mahu dimansuhkan.Lebih mencengkam setiap urat nadi rakyat yang mahu kebebasan bersuara.Lebih dasyat daripada undang-undang yang ada di negara Myanmar.Undang-undang ini buat duit untuk kerajaan kaut untung dengan mendenda penganjur sebanyak RM10 ribu jika tiada notis awal.


Apa lagi yang ada kepada anda anak muda?Anda kena bersedia ke jalanraya.Yang pinda akta perhimpunan aman tapi bagaimana dengan 8 tuntutan supaya pru dibersihkan daripada segala noda dan dosa menipu dalam pilihanraya.Kenapa ini tidak ditunaikan?8 tuntutan ini yang kita mahu bukan pinda akta berhimpun jadi lagi buruk dan dasyat!

Undang-undang baru ini jika diluluskan menjadikan kita rakyat macam lembu dalam kandang bukan dalam kondo!Di negara Arab yang dilanda kebangkitan rakyat mahukan kebebasan bersuara sekarang ini tak payah permit malah pihak berkuasa sendiri dah mula bersama rakyat berhimpun secara haram.Kita rakyat Malaysia dikepung kiri kanan depan belakang apabila mahu berhimpun.Tak sedar-sedar lagi ka kata kita dibangsatkan oleh undang-undang yang zalim ini?

Tengok gambar di bawah ni eeeeeeee tak payah permit sampai bila nak jadi lembu BN ni?
Protes di Dataran Tahrir berterusan malam tadi, mengecam majlis tentera Mesir. Ekoran tekanan kerajaan sementara menjanjikan pilihan raya Julai depan. — Foto Reuters
Protes di Dataran Tahrir berterusan malam tadi, mengecam majlis tentera Mesir. Ekoran tekanan kerajaan sementara menjanjikan pilihan raya Julai depan. — Foto Reuters/M'insider

Selasa, 22 November 2011

Laporan polis terhadap puak lembu

Skandal NFC:Wanita Pakatan Buat Laporan Polis-KeadilanDaily
Wanita Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah terpilih di seluruh negara bermula esok berhubung penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, tindakan itu untuk memberikan tekanan dan sebagai gesaan awal supaya polis menyiasat penyelewengan membabitkan peruntukan RM250 juta dana awam itu.
Laporan polis dibuat secara serentak jam 10 pagi esok berikutan kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil sebarang tindakan.
Zuraida berkata, laporan polis tersebut akan dibuat terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin (selaku bekas menteri pertanian), dan menteri pertanian sekarang, Datuk Seri Noh Omar.
“Maka kami mewakili suara seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh wanita Malaysia amnya mengambil usaha tindakan bersepadu bersama seluruh pimpinan Wanita KEADILAN Negeri untuk melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah agar perkara ini disiasat segera,” kata Zuraida ketika sidang media di parlimen hari ini.
Tambah beliau laporan tersebut antaranya akan dibuat di IPD Kangar, IPD Kota Setar, IPD Teluk Intan manakala di Selangor di IPD Shah Alam serta IPD Dang Wangi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pada sidang media yang sama berkata isu ini penting kerana melibatkan wang rakyat.
“(Kita) KEADILAN bukan membuat dakwaan yang tidak berasas dan setelah (laporan dibuat) itu tanggungjawab anda (SPRM dan PDRM) untuk menyiasatnya,”
“(BN) memberi alasan bahawa KEADILAN kononnya membesar isu ini untuk menghapuskan karier Ketua Wanita Umno tersebut. Dakwaan ini langsung tidak bermotifkan politik,” tegasnya.-keadilandaily
Kalau dulu gerombolan polis pencen, askar pencen,JKKP , Perkasa buat laporan polis terhadap Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu kerana tuduh Mat Sabu angkat Mat Indera sebagai pejuang Melayu zaman penjajah kini tak ada mana-mana kumpulan yang sama berani buka mulut untuk buat laporan polis terhadap lembu-lembu yang pelingkup wang rakyat RM250 juta.Depa meraung-raung malah jatuh air mata kerana Mat Indera dianggap pejuang Melayu.Tapi bila duit rakyat diguna beli kondo mewah berjuta ringgit depa senyap sebab disumbat dengan bajet 2012 untuk puak-puak pencen ni.

Hapus ISA:Haji Najib Pembohong

Dua bulan lalu, PM Najib berjanji untuk mansuh ISA tapi minggu lalu, 13 lagi ditahan ISA.Ternyata perangai Najib tidak pernah berubah dan terus menipu rakyat walaupun bergelar haji- Suara Keadilan terbaru edisi cetak bil 42.


Baca pula apa kata sepupu Najib , Hishamuddin Husein Menteri Dalam Negeri mengenai tahanan tanpa bicara.Hishamuddin :Penahanan tanpa bicara dikekalkan-Malaysiakini

Debat Lembu:Jangan tak jadi sudah la

TVS akan siar siaran secara langsung debat Rafizi-KJ-TVSelangor.com


TV Selangor (TVS) akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya sekiranya acara debat yang membabitkan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjadi kenyataan.

Ketua Pengarang TVS, Sheridan Mahavera berkata TVS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya.

"TVS mempunyai krew dan peralatan yang lengkap untuk menyiarkan siaran secara langsung dan selama ini pun banyak siaran secara langsung berhubung pelbagai 'event' termasuk ceramah dan konvensyen telah dilakukan dengan jayanya.

"Buat masa ini siaran langsung kita telah mencapai lebih dari 3,000 pelayar dalam satu-satu masa masa.

"Kemampuan 'server' kita juga mampu untuk melayan lebih 60,000 pelayar dalam satu masa." jelas Sheridan.

TVS dapat dilayari melalui www:tvsnews.net.

Pada 19 November lalu PKR mengeluarkan surat undangan rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
 
Pencabarnya Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli melalui surat itu berkata, tindakan itu diambil ekoran kesedian Khairy, seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Mengambil kira jadual kerja seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin, 12 Disember 2011," surat itu dipetik. -TVSelangor.com

Jangan tak jadi sudah la.Berdegar -degar mahu debat bila dah sampai masa dan tarikh ditetapkan jangan cakap kata tak dapat datang sebab anak demam, bini ajak shopping, Pak Lah ajak pi makan kenduri ha ha ha.Lawan jangan tak lawan.Pecah rekod dunia sekiranya debat lembu ni berjaya dilangsungkan.Pertama kali di dunia .Kalau tak jadi memang rugiii.Boleh masuk buku rekod dunia.

Kita  tunggu jawapan Khairy isu lembu beli kondo mewah RM9.8 juta, Keluarga Sharizat ditaja duit lembu feedlot untuk buat ibadah Umrah.

Perhatian..ini bukan isu peribadi kerana perniagaan lembu ini libatkan wang rakyat RM250 juta bukan duit sendiri keluarga Sharizat.Kalau duit sendiri itu lain cerita.Kalau duit sendi buat umrah seratus kali pun tak pa, cium batu Syurga seratus kali pun tak tapi kalau guna dana wang rakyat untuk joli keluarga sendiri kita rakyat berhak untuk ambik tahu.Kita rakyat pembayar cukai bukan pendatang haram.

Isnin, 21 November 2011

Takkan Umno bertengkar berebut lembu?

Muhyiddin akui Umno masih dilanda masalah dalaman-M'insider

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.
“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita pada sidang media di sini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar. Tetapi, saya percaya itu tidak cukup. Lebih banyak perlu dilakukan,” katanya lagi sambil berkata bekas perdana menteri itu masih mengambil berat tentang parti dan mahu melihat ia kekal relevan dan menerajui kerajaan.
Malah Muhyiddin dan Najib sendiri telah berulang kali menasihatkan ahli-ahli Umno supaya mengelakkan masalah dalaman untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Dr Mahathir antara lain mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.
Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.
Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.
“Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.” Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, “saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja.”
“Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku,” kata beliau lagi.
Hari ini, ketika mengulas lanjut Muhyiddin berkata antara cabaran besar yang dihadapi oleh pemimpin dan anggota Umno ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Umno dan BN.
Justeru kata Muhyuiddin, cabaran yang dihadapi oleh parti pada masa ini bukan mudah.
Katanya, jika zaman dahulu, parti lebih mudah mendapat sokongan rakyat kerana banyak yang pada waktu itu memahami dan dapat menghayati sejarah lampau.
Sehubungan timbalan presiden Umno ini menambah, “jadi, cara nak menguruskan perubahan ini tidak serupa dahulu.”
“Dulu mudah sahaja, orang cakap semua orang ikut.
“(Tetap) hari ini dengan ilmu, teknologi dan informasi, kita kena bijak menguruskan keadaan,” kata beliau lagi.-M'insider

 Bertengkar apa?Takkan berebut lembu dalam kondo?