Khamis, 17 November 2011

Jangan makan racun

Susu 1Malaysia ditarik balik , sos cili masih di pasaran-M'kini

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi.-m'kini

Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata.Ini kebenarannya bahawa barangan1Malaysia memang merbahaya untuk dimakan.Kalau tak bahaya kenapa tarik balik ? Media Umno hanya hebohkan Najib jadi popular tapi berita makanan dan barangan 1Malaysia yang memudaratkan pengguna disenyapkan.Najib didahulukan rakyat dibiarkan mampoih pun tak apa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan