Khamis, 3 November 2011

Talian hayat Umno pengundi pos, peneroka Felda, Felcra dan orang kampung yang buta maklumat

Rakyat cerdik , tak 'makan' putar belit Umno-Harakahdaily

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang. Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.
Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.
"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno BN.
"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik," ujar Mohamad.
Beliau berkata Umno BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.
"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap," tambahnya.
Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.
"Umno BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin  yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit," katanya.-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan