Rabu, 16 November 2011

Najib dengan lembu mana lagi popular?

Baca la UIA: Populariti Najib mantap, tiga pemimpin Pakatan termasuk Anwar susut.(Klik) Lepas baca tarik nafas panjang-panjang fikirkan pasal Laporan Audit Negara 2010 yang banyak menjahanamkan wang rakyat yang disedut masuk ke dalam kroni gerombolan.

Jangan terkejut tentang kajian populariti Najib naik mencacak ketika ini kerana pilihanraya sudah dekat.Tiada yang lebih baik melainkan hanya dikabarkan kepada rakyat bahawa hanya Najib yang layak jadi PM Malaysia.Laporan ini akan keluar dalam muka depan akhbar perdana sebagai satu azimat untuk Najib hadapi pilihanraya.

Ini kajian sama macam ramalan cuaca.Kajian Merdeka Center lapor  Najib alami penurunan populariti dan kajian oleh Unit Kajian Media dan Pilihanraya UIA kata populariti Najib meningkat.! Kajian swasta kata lain kajian kerajaan kata lain.Mana satu hang pa nak follow ikut suka hang pa!

Cuba buat kajian pulak dalam masa sekarang ini siapa lebih popular antara Najib dan Lembu Feedlot  yang dilaporkan rugi RM250 juta oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.Duduklah di manapun..di masjid , surau atau kedai kopi sembang santai paling popular kini ialah kisah 'lembu duduk dalam kondo mewah' RM9.8 juta.

1 ulasan: