Jumaat, 18 November 2011

Kerajaan Lidah Biawak Dan Ikut Suka Aku

Amnesty :Tangkapan ISA lawak bagi reformasi Najib-Malaysiakini

Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

amnesty international"Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi," kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia.

"Janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka.

"Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang."

 Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah ditahan mengikut ISA kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

Najib semasa perutusan Hari Malaysia pada 16 September lalu mengumumkan pentadbirannya akan melakukan "reformasi" ke atas beberapa undang-undang yang berbentuk menindas,  termasuk ISA.

Bagaimanapun pengkritiknya ragu-ragu dengan keikhlasan pengumuman itu dan berkata ia adalah semata-mata helah untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum akan datang.-M'kini

Siapa PM Malaysia yang sebenarnya?Adakah Hishamuddin Hussein, Bik Mama atau Muhyiddin Yaasin?Atas arahan siapa mereka ditahan di bawah ISA?Kenapa cakap flip-flop?Atau adakah ini perancangan untuk malukan Najib yang tak habis-habis?Adaaaaa saja bala yang timpa Najib.Lepas ni bala apa yang akan muncul malukan Najib sebagai PM?


Najib sebenarnya mahu umum tarikh pru selepas balik daripada Mekah setelah isu  beg Birkin dan cincin Rosmah RM24 juta reda.Tapi isu lembu feedlot yang tinggal dalam kondo telah menyekat Najib untuk umum tarikh pru 13.Bala dan segala bala bertimpa-timpa seperti tiada kesudahan.Malang sungguh nasib Najib sebagai PM.Orang akan kata kalau ISA yang diumum dihapuskan tapi terus tangkap rakyat di bawah ISA siapa mau perrcaya bahawa hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman tidak diganggu gugat?AWat cakap lidah bercabang.Adakah ini kerajaan lidah biawak atau Ikut Suka Aku?
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan