Rabu, 16 November 2011

Lebih baik makan susu cap gantung lagi selamat

Cara BN nak tolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan buka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kini dipertikaikan keikhlasan mereka samada betul-betul nak tolong rakyat yang mau beli barang murah tapi tak ada kualiti.Bukan takat tak ada kualiti malah boleh bawa penyakit dan maut.Siapa yang untung?Sudah tentu pihak yang uruskan KR1M yang untung.

Untung jadi keutamaan nilai kesihatan dan kualiti tak penting.Rakyat dapat penyakit tu soal lain.Sos cili dan susu krim dikatakan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan pengguna.Siapa yang ambik kisah?Malah mereka pertahankan apa yang mereka buat.Kalau takat murah 30 sen tapi boleh bawa penyakit dan nyawa terancam sila beli di KR1M.Lebih baik makan susu cap gantung gerenti selamat!

Sepatutnya sos cili dan susu1Malaysia dihantar ke rumah Najib, Muhyiddin dan menteri kabinet untuk depa makan sebelum rakyat makan.Di negara kita untung jadi keutamaan kalau di luar negara pembuat, pengedar dan penjual terbabit sudah tentu didakwa di mahkamah kerana memudaratkan pengguna.

Berkaitan;
Standard users:Hentikan jualan sos cili 1Malaysia-Malaysiakini
Susu formula 1Malaysia pula jadi sasaran Pua-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan