Khamis, 10 November 2011

Dulu Awang Adek nak jadi MB, kini Tok Pa pula nak jadi MB Kelantan

Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib-M'insider

Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."
Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.
"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.
"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.
Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.
Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.
Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.
Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.
Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.
Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.-m'insider

Macam mana nak tanya Najib , ahli Umno pun mau Najib letak jawatan untuk selamatkan Umno-Bn. Takkan tak mau tanya pendapat Ku Li ahli veteren Umno yang juga MP Gua Musang.Ku Li dah tubuh NGO Amanah untuk bersuara dari luar Umno kerana suara Ku Li dah tak laku dalam Umno.Semua nak jadi MB sejak zaman Anuar Musa tabal Sultan tengah padang, zaman Awang Adek dan kini Tok Pa pulak mencuba nasib.


Umno Kelantan hanya pandai nak merebut jadi MB tapi pekakkan telinga tuntutan rakyat Kelantan untuk dapatkan royalti minyak daripada kerajaan pusat.

1 ulasan:

  1. dulu awang adek, sekarang mustafar akhirnya nik aziz juga yg dapat

    BalasPadam