Sabtu, 26 November 2011

Politik memang tak boleh elak dalam masjid

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua umat Islam dan rakyat Malaysia khususnya.Malam ni ramai juga umat Islam yang ke masjid ada la lebih kurang 60 orang untuk sambut kedatangan tahun baru Islam 1433H.Ada yang buat bacaan surah Yaasin dan tahlil dan baca doa akhir tahun dan awal tahun sempena kedatangan 1Muharram.Bagi yang kata bidaah mereka tidak hadir .Bagi saya senang saja itu hak masing-masing.Ikut fahaman masing-masing la.

Lepas solat Isya' ada pulak jamuan nasi putih gulai kawah.Semua pakat makan tambah-tambah dalam musim hujan ni makan lalu sangat.Lepas makan pakat sembang kisah politik tanah air.Ada yang kata ,"Ni gulai kawah daging lembu Sharizat ka?" Ada yang bergurau kasar kata tak boleh makan, ada yang kata makan saja la kalau lembu Sharizat pun lagi sedap sebab duduk dalam kondo bukan senang nak merasa!Yang bersembang tu termasuk dua orang polis pencen dan seorang anggota polis pangkat sarjan.Polis pangkat sarjan tu kata melawak ,"Jaga-jaga sikit cakap tu saya rakam ni." ha ha.Seorang polis yang dah pencen tu kritik sakan kerajaan yang ada, sementara polis pencen yang sorang lagi cepat-cepat angkat kaki sebab dia tak tahan telinga sebab dia kata dia 1Malaysia punya orang..

Habis tajuk lembu Sharizat RM250 juta, terus sambung kisah akta baru Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (RUU) yang hangat diperkatakan kini lebih zalim daripada akta polis sedia ada dalam hal perhimpunan aman.Kata jemaah masjid ,"Kenapa Suhakam kata RUU ni kena tarik balik, tentu ada sebab musababnya.Kenapa kerajaan tak dengar cakap Suhakam.Apa guna Suhakam kalau cakap Suhakam tak laku?" Saya kata kepada pak cik polis pencen tu bergurau," cakap baik-baik sikit pak cik nanti elaun pencen pak cik kena tarik."Kata pak cik tu kat saya,"Apa...ingat duit pencen tu duit mak-bapak depa yang punya ka?" Hi hi.Sarjan polis tu pulak kata, "Tuan-tuan nak pangkah sapa pun tu hak tuan-tuan.Undi adalah rahsia."

Habis macam mana nak elak daripada cakap-cakap politik dalam masjid dalam dunia kini tanpa sempadan.Yang bukak internet kini dalam bandar la boleh kata semua golongan termasuk warga emas.JAIS hanya boleh halang supaya jangan bawa politik masuk dalam masjid tapi yang datang masjid depa langsung tak ambik kisah arahan JAIS.Depa kata ini hak asasi masing-masing nak cakap bab apa pun termasuk dalam masjid.Isu politik kini bukan hanya jadi cakap-cakap kedai kopi tapi juga cakap-cakap dalam masjid.Yang sembang politik dalam masjid tu bukan lekeh -lekeh punya orang ada penolong pengurus bank, cikgu, ahli perniagaan, bercampur dengan semua golongan .Depa bukan jadi JKK Umno atau ketua Umno cawangan yang langsung tak nampak muka.

1 ulasan:

  1. Panggil polis tangkap semua jemaah masjid. hahahha

    BalasPadam