Rabu, 23 November 2011

Bersih3.0:Jangan cakap saja tentukan tarikh segera

Akta perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera-Harakahdaily

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.

"Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan.

Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan.

Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000.

"Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka.

"Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya.

Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap.

"Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya.-Harakahdaily

Jangan cakap saja.Tetapkan tarikh supaya kita ramai-ramai turun dijalanraya.Cakap saja tak guna dah lama dengar.Pilihanraya semakin hampir.Jika pru diadakan tanpa membuat pembaharuan dalam pilihanraya Umno-Bn akan terus perintah negara ini sampai kiamat.Lain yang disuruh pinda lain pulak yang BN buat pembaharuan.Apa guna RUU ini ?Satu sen pun tak dak nilai bagi yang memahami malah menjerut tengkok rakyat untuk dilokap dan diterajang pihak berkuasa lagi teruk.

Takkan lepas pru 13 baru nak buat Bersih 3.0? Ini namanya kerja Pak Pandir dan Lebai Malang hihi.Kata mesti dikota baru ada ummmph.Buat macam Mesir  hari ni cakap hari ni buat.Baca di sini.


PENUNJUK perasaan veteran memakai topeng bagi mengelak  gas pemedih mata ketika menyertai protes  di Dataran Tahrir, semalam.
PENUNJUK perasaan veteran memakai topeng bagi mengelak gas pemedih mata ketika menyertai protes di Dataran Tahrir, semalam.-Gambar Beritaharianonline.

1 ulasan:

  1. Malayu ni bangsa ketuanan raja. Hangpa kena ubah tugas raja baru boleh ubah otak Malayu untuk Malayu berubah. Bukti sejarah para pejuang Malayu kemerdekaan Malaya dari penjajah British adalah spesis Malayu yg bukan bertuankan raja.Malayu yg bebas fikirannya dan ada agama dan cintakan bangsa untuk berjuang.
    Kat Mesir tak dak raja2.

    BalasPadam