Isnin, 21 Mei 2012

Pas setapak kedepan Umno tiga tapak kedepan nak peluk Pas puas-puas

Kata Ustaz Nasharuddin Mat Isa ahli majlis syura Pas Pusat isu muzakarah Pas-Umno,"Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan itu mungkin payah untuk diterima oleh tapi saya harap kepimpinan kedua-dua parti berlapang dada dalam mengusahakan sesuatu untuk kepentingan ummah dan negara dalam semua aspek," katanya yang ditemui pemberita pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota, di sini hari ini.-sinarharianonline.
Nampak betapa manisnya senyuman penuh makna Muhyiddin Yaasin Timbalan Presiden Umno kepada ustaz Nasa di rumah beliau.Saya diberitahu kenduri rumah ustaz Nasa turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, Tan Sri Rozali towkey Syabas dan juga sahabat baik beliau Hasan Ali Jati.Moga anak ustaz Nasa bahagia hingga keakhir hayat.Selamat pengantin baru.

Seperti yang saya katakan muzakarah Umno-Pas ni isu basi yang ditimbulkan kembali untuk tutup segala bangkai busuk yang melanda Umno.Isu utama kini ialah hadapi Umno dalam pilihanraya akan datang bukan layan kerenah Umno.Umno nak tutup keganasan regim mereka yang jadikan rakyat mangsa keganasan pihak polis.

Murshidul Am Pas Tok guru Nik Aziz kata nak muzakarah boleh tapi Umno kena tinggalkan ideologinya kembali kepada Islam, terima rakan Pas iaitu Dap dan PKR untuk turut sama berbincang."Kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"Umno kena terima PAS sekali dengan Pakatan (Rakyat). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu hari ini.Baca di sini.
Syarat ni sampai kiamat pun Umno takkan terima!Tu saya kata muzakarah ni takkan jadi hanya jadi cakap-cakap kosong saja.Umno akan salahkan Pas bila Pas kenakan syarat nak muzakarah.


Musrhidul Am Pas tu kata lagi hari ni,"Setiap perjumpaan mesti ada syarat, nak kahwin  pun ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," kata beliau di sini, hari ini.Terdahulu beliau menyaksikan perjanjian antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd dan Modipalm Engineering Sdn Bhd bagi pembinaa Kilang Sawit Tapis di sini.Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kerjasama Pas dengan DAP tanpa perlukan syarat.Katanya, "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."-sinarharianonline


Presiden Pas pulak kata nak muzakarah kena bersihkan dulu pilihanraya!“Muzakarah tiada makna jika pilihan raya tidak bersih,” katanya kepada Harakahdaily selepas pengisytiharan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini malam tadi.-lapor harakahdaily.


Nampaknya apa yang disuarakan Ustaz Nasa lebih lunak dan mesra Umno berbanding dua pemimpin tertinggi Pas.Semua pemimpin Umno mau muzakarah apabila isu muzakarah Pas -
Umno ditimbulkan.Depa kira nak berzakar tanpa syarat haha janji mau jumpa pemimpin Pas boleh peluk-peluk lepas tu dijadikan modal politik.Gambar Najib lawat MB Kelantan semasa dihospital pun dijadikan modal politik tambahla dalam keadaan sekarang ni bahang pilihanraya dah dekat kalau dapat peluk Murshidul Am dan Presiden Pas syoknya...


Pas langkah setapak ke depan Umno tiga tapak ke depan nak peluk Pas.Haha..ini politik bila-bila pun jadi politik.Jangan nak sembang deras la kata jangan kira politik hanya demi Islam dan negara.Mohong semua tu!


Di Terengganu Umno yang kata Pas parti ajaran sesat hingga kini tidak berani berdebat dengan Pas sebab apa Pas dikatakan parti ajaran sesat.

2 ulasan:

  1. Nasaruddin Mat Isa selama ini berjuang bersama PAS berjuang kepala butuh apa? Memanglah orang yang tak cukup inci ini banyak masalah, macam Isa Samad juga.

    BalasPadam
  2. walaupun kita tak setuju ngan beliau tp akhlak kena jaga bro .... ust nasa bukan individu yg mempunyai pengaruh yg besar dlm pas ketika ini ... biarkan dia dgn pendapatnya ... kita perlu terus mara ke depan .... insyaAllah tanda2 bahawa kita akan dikurniakan Putrajaya oleh ALLAH SWT semakin jelas ... ingat ! oleh ALLAH SWT bukan daripada makhluk ...

    BalasPadam