Tolak salah laku BN, kata veteran MCA-Malaysiakini
Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.
"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.
"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak
kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.
"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakinidi pejabatnya di Melaka minggu lalu.
Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.
Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.
"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?
"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.-m'kini
Sementara itu bekas 'kaki pukul dan boxing Mike Tyson Malaysia' yang juga bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor berfatwa kata Pakatan mahu 'pertumpahan darah' pada 28 April.Minggu lepas beliau dilaporkan berkata Nik Aziz 'Bapa segala kafir' yang dilaporkan NST.
Macam-macam fatwa bangang dan gila keluar selepas demo Bersih 3.0 berlalu.Ada yang kata haram.Ada yang kata didalangi fahaman komunis.Ada yang kata mahu tumbang kerajaan secara kekerasan.Ada yang kata ikut contoh macam di Mesir,Libya,Tunisia dan Yaman.Macam-macam ada.Polis ganasi rakyat ditukar jadi rakyat pulak yang ganas!
Tapi yang betul-betul jadi gila selepas demo Bersih3.0 ialah pemimpin Umno dan gerombolan jadi gila.Gila jual burger depan rumah Ambiga.Gila menari pungkoq depan rumah Ambiga.Mau buka pasar malam depan rumah Ambiga.Gila dan sasau tak tau nak buat apa sebab yang hadir demo Bersih3.0 lebih daripada 300 ratus ribu manusia.
Yang pasti hingga kini 7 lagi tuntutan Bersih belum ditunaikan.Mereka spin dan tukar tajuk utama rakyat yang mahukan pilihanraya dibersihkan sebelum pru 13 diadakan.Umno dan gerombolan hanya bangangkan diri sendiri ingat rakyat bodoh macam mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan