Isnin, 28 Mei 2012

Bukit Jalil 120 ribu ,Putrajaya 2 juta, tapi pilihanraya tak buat juga

Dalam himpunan ulangtahun Umno di Bukit Jalil minggu lepas akhbar milik Umno Utusan Malaysia kata seramai 120,000 hadir dalam himpunan tersebut.Gegak gempita termasuk Najib seronok dengan jumlah kehadiran yang turut diangkut dengan bas dan diberi duit saku untuk hadir rai ulangtahun tahun Umno.Najib kata dalam himpunan di Bukit Jalil tu, "Kalau macam ni esok pi jumpa Agong bubar parlimen."Akhirnya parlimen tak bubar pun Najib pi melawat UK dan Amerika Syarikat.Tu la PM kita yang suka melawak bohong!

Himpunan di Bukit Jalil tu berakhir dengan tragedi kemalangan jiwa penyokong Umno. Mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut ialah Roha Abdul selain penumpang yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan bas yang dinaiki di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban.

Dalam himpunan jutaan belia 2012 di Putrajaya pulak media Umno melaporkan seramai 2 juta orang hadir yang turut disediakan dengan pelbagai acara untuk tarik orangramai hadir.Kembang punggung pemimpin Umno yang kini seronok bermain angka ratusan ribu dan jutaan  rakyat yang kononnya kembali menyokong BN.Himpunan jutaan belia di Putrajaya juga berakhir dengan kejadian ngeri yang telah mencederakan 17 orang dan 4 orang dilaporkan parah dalam kejadian lumba kereta drag.Mak-bapak mangsa semua redha dengan apa yang terjadi dan berkata ini takdir.Sinar harian kata seramai 22 orang cedera dan 3 parah dilanggar kereta drag.

Kawan saya kata," Di Putrajaya 2juta belia berhimpun, di Bukit Jalil 120 ribu penyokong dan ahli Umno berhimpun apa lagi tunggu buat la pilihanraya!"

Berkaitan;
Kerajaan Najib masih lemah, kata Dr Mahathir-m'insider

2 ulasan:

  1. Najib dok tunggu laporan Rais 'bakar jamban' Yatim dulu tentang angka sebenar yang hadir...

    BalasPadam
  2. kalau mcm ni, kalau mcm tu..kesudahannya mana? buat jelaa skrg woi..haramjadah btui laaa( pinjam ayat sapa ntah ni)

    BalasPadam