Isnin, 21 Mei 2012

Polis mabuk atau khianat langgar pagar kediaman PM?

Baca betul-betul berita di bawah

Rempuh pagar kediaman PM bukan khianat-sinarharianonline
 Polis menolak kemungkinan kejadian lima anggotanya yang merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya awal pagi semalam ada unsur khianat, sebaliknya hanyalah kemalangan biasa.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam cedera apabila kereta jenis Satria Neo yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, anggota berusia antara 20 dan 22 tahun sedang bersiar-siar berhampiran di kawasan tersebut.
 

Menurutnya, dua mangsa, masing-masing mengalami patah hidung dan patah kaki, kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
 
"Tiga lagi cedera ringan. Siasatan awal tidak menolak kemungkinan mereka mengantuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu terlebih dahulu bagi menyiasat punca sebenar kejadian.

 
“Polis akan mengambil keterangan daripada mereka dalam masa terdekat,” katanya.-sinar


Kalau anggota polis tu bersiar-siar maknanya mereka di luar tugas.28 April lalu semasa demo Bersih 3.0 para demontrans didakwa gerombolan langgar kawat duri dan penghadang di Dataran Merdeka kerana atas arahan Anwar dan Azmin kini langgar pagar rumah PM atas arahan siapa?Haha.Takkan Muhyiddin yang suruh langgar?


Buat apa jam 5 pagi kalau tak bertugas?Tak mungkin anggota polis tu kaki skodeng haha


Kalau yang langgar pagar rumah PM tu baju kuning mampoih kena kerjakan dalam lokap.Tengok kuasa Allah SWT ..bayar cash!


Putrajaya bukan tempat yang sesak dan jem tambah-tambah jam 5 pagi.Mabuk atau khianat?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan