TV dan media regim Umno-BN semakin menggila buat propaganda kerana pilihanraya dah semakin dekat.TV regim Umno -BN seperti biasa dimulakan dengan berita dakyah dan propaganda di Pulau Pinang,Selangor,Kelantan dan juga Kedah.Kalau berita daripada negeri-negeri tu tak ada dalam TV regim Umno-BN maka sah dan kompom kata tu bukan TV Malaysia.
Isu air keruh di Kelantan disiarkan setiap malam dan para pelakon yang ditemu bual pulak macam iklan selingan dalam laporan berita yang disiarkan dengan gaya muka yang dibuat-buat.Dunia semakin maju ke depan tapi itulah Malaysia yang dikuasai puak regim Umno-BN tak habis-habis menipu rakyat siang dan malam.
Dua tiga hari ni isu Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim keluar parti Dap jadi isu besar bagi Umno.Najib puji kata Tunku Aziz seorang yang ada prinsip.Sepupu Najib yang juga Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein pujiTunku Aziz kata seorang yang ada prinsip.Keluar Dap , keluar Pas dan PKR semua ada prinsip.Tapi Najib yang kata haramjadah kepada peneroka Felda terlupa , Hishamuddin terlupa Kadir Sheikh Fadzir veteran Umno keluar Umno kerana kata ruang demokrasi dah tak ada dalam Umno.Anak arwah Tun Ghabar Baba iaitu Tamrin Ghafar yang juga masih Umno kini berkempen supaya rakyat tolak Umno dalam pilihanraya akan datang kerana Umno mahu jual negara dengan dakwaan bagi kad pengenalan (IC) kepada warga asing supaya undi BN dalam pru 13 akan datang.
Kepada orang Umno yang jenguk blog ni tolong tengok video di bawah kerana berita ni semua tak ada dalam media gerombolan regim UMno-BN.
Misai merah ada berani ko masuk Dap. Setakat main kat luar je. Chot !
BalasPadam