Khamis, 10 Mei 2012

Sah Pengerusi SPR pernah jadi ahli Umno, ketua panel penasihat bebas Bersih pulak puak kecam Bersih

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz dedahkan kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusuf pernah jadi ahli Umno walaupun dinafikan Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini.Kata Nazri Aziz dengan lawak bodohnya,""Yuran keahliannya dibayar ahli surau (tempat Aziz menetap pada masa itu)," katanya.Hal itu bukan perkara asing malah turut berlaku pada dirinya sendiri sebelum ini, kata Nazri lagi.
"Saya jadi ahli kerana ayah saya mendaftarkan saya," katanya yang turut berjenaka bahawa ayahnya mungkin bertindak demikian kerana tidak mahu beliau menyertai DAP.Baca di sini.

Walaupun kini Tan Sri Aziz kononnya dah tak jadi ahli adakah pengerusi SPR tu bertindak telus sebagai pengerusi SPR?Jadi tak heranlah kalau 8 tuntutan Bersih supaya pilihanraya jadi telus tidak ditunaikan.Media Umno kambuih tuntutan Bersih dengan siarkan propaganda kata demo Bersih 3.0 ganas.Rakyat disumbat dengan isu seks untuk alih keganasan polis yang paling dasyat dalam demo Bersih 3.0.

Kita juga dikejutkan dengan perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar selaku ketua panel penasihat bebas untuk kaji demo Bersih 3.0 28 April lalu.Faham-fahamlah bekas polis pencen nak siasat salah laku polis.Boleh percaya ka?Regim Umno-BN buat apa pun hanya sekadar lepas batuk atas tangga.Kata orang tua-tua 'kirim daging kat harimau sampai bila pun tak sampai-sampai'.Semua pakat buat lawak...lawak bodohkan rakyat!

Marilah kita semua rakyat Malaysia tumbangkan regim Umno-BN demi masa depan anak cucu kita.Jadilah rakyat yang berani melawan, bangkit daripada tidur yang panjang, mimpi yang enak lawan kezaliman regim Umno-Bn!

Kepada makcik Felda jangan buta mata hati dengan duit sogokan RM15,000.Ingat masa depan,fikir panjang-panjang dengan penyenaraian Felda  dalam saham FGVHB di bursa saham.Main saham ni ada turun ada naik.Jangan fikir masa naik saja dan lupa masa saham jatuh.
Ada saham yang julingkan mata kita dengan cara mula-mula listing di BSKL dengan harga yang begitu tinggi tapi akhirnya junam dan menjunam.
Cuba fikirkan macammana saham MAS yang wujud begitu lama boleh ditelan oleh Air Asia?Ini semua mainan gerombolan yang bijak atur segalanya.Bila rakyat bising MAS dan Air Asia tak jadi bergabung.Menyesal dulu tak rugi menyesal kemudian gigit jari.Bila semua dah tergadai menangis tak berlagu.

2 ulasan:

  1. panel bebas buat kerja menda ape suhakam tu dah tak laku ke kalau giti malaysia bukan negara demokrasi le kate demokrasi patu le che dat masuk hutan sebab dia tahu nak jadi kambing hitam

    BalasPadam
  2. Itulah..ameno ni banyak orang bangang.ujudkan panel bebas, tapi pilih pengerusi panel yang tak bebas. Macamana polis nak siasat polis? Tolonglah! Kalaupun bangang dan bodoh janganlah sampai melantun lantun!

    BalasPadam