Sabtu, 12 Mei 2012

Kalau berani hari ni jumpa Agong jangan cakap flip flop dan penakut

Malam tadi Umno sambut ulangtahun palsu Umno yang ke 66 tahun.Saya kata lagu tu sebab Umno yang ada sekarang bukan umurnya 66 tahun tapi baru setahun jagung saja iaitu 24 tahun selepas Umno lama diharamkan pada tahun 1988 zaman Tun Mahathir jadi PM .Mungkin putera dan puteri Umno dan budak-budak sekolah yang diangkut penuhi Stadium Bukit Jalil tak tahu sejarah asal usul Umno.
Mampoih pi la dengan Umno berapa pun umurnya!

Saya ingat malam tadi PM Najib nak umum tarikh pembubaran parlimen rupanya tidak hanya sekadar jual ubat dan minyak angin kepada ahli-ahli Umno dan penyokong Umno di Bukit Jalil.Apa yang Najib ucap tentang pilihanraya di Bukit Jalil hanya ucapan seorang Presiden Umno dan sebagai PM Malaysia yang paling penakut dalam dunia dan kaki flip-flop.Kata Najib;
"Oleh kerana bahang pilihan raya dah dapat kita rasai dan ramai sudah kena demam pilihan raya, saya lihat malam ini hebat."Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya sambil menerima sorakan dan tepukan hampir 100,000 ahli parti dari seluruh negara di majlis tersebut. Dengan penuh bersemangat, Najib bertanya: "Kita sudah bersedia? Kita boleh menang? Bila nak pilihan raya? Esok? Bulan Jun? Tahun depan?," katanya.
Hadirin yang rata-rata terdiri daripada golongan muda menyahut pertanyaan Najib dengan menjawab: " Sudah bersedia... Boleh menang."-petikan laporan Malaysiakini.
Seterusnya Najib ulangi amaran demi amaran yang pernah diucapakannya sebelum ini dengan berkata,"Ayuhlah! Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.
    
"Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti Umno, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup Umno, hidup Barisan! Selamat hari ulang tahun Umno," katanya.-petikan laporan malaysiakini.

Kalau Najib berani hari ni pi jumpa Yang Di Pertuan Agong!Jangan cakap saja haha.Jangan cakap macam haramjadah.Najib kata haramjadah tu saya kata haramjadah!
Bila Najib cakap berdegar-degar saya teringat kawan saya yang jadi kontraktor buat ubah suai rumah cerita kat saya semalam.Dia kata ubahsuai rumah yang dia buat dapat komplen jiran sebelah rumah sebab bunyi bising.Jiran yang komplen tu telefon kawan saya dan cakap dalam telefon dengan suara garau dan kasar ajak jumpa.Kawan saya tu pun datang dan panggil dia keluar tapi tak keluar-keluar hahaha.

Marilah kita berdoa siang dan malam bermunajat kepada Allah SWT agar puak-puak zalim,bongkak,sombong ni ditewaskan daripada terus berkuasa di Putrajaya.Jangan takut dan gentar dengan pemimpin zalim jadilah manusia yang berani seperti Nabi Musa AS yang berani lawan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.

Rugi Malaysia dapat PM yang penakut,tak ada pendirian,cakap berubah-ubah hanya pandai berkuntau lidah siang malam pagi petang.Saya agak la Tun Madey pun gelak dalam hati dengar ceramah Najib di Bukit Jalil.

2 ulasan:

  1. itulah najib anak haram jadah

    BalasPadam
  2. Tulisan orang yang mempunyai kebodohan yang hakiki...

    BalasPadam