Jumaat, 18 Mei 2012

Pecah lubang, bagi amoi Siam baru lulus projek pasir

Selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno parti yang dah busuk hingga keususnya kini nampaknya Umno bawah -bawah pun dah meluat dengan Umno dengan keluar parti Umno dan pecah lubang apa yang berlaku dalam Umno.Kini Naib Ketua Pemuda Umno Kampar Zamhuri Md Zin pulak ikut jejak langkah Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno .Kata Zamhuri yang keluar Umno seperti yng dilaporkan Harakahdaily “Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Ha ha da keluar baru telepon bagi projek.Jangan keluar masuk balik sudah la! Malu woi malu.Apa pun perangai jahat Umno semakin hari semakin terbongkar.Apo nak dikato..yang di atas telan berbilion ringgit yang di bawah dapat tanah liat haha

Edit 19-05-12 10.22 pagi .Tengok dan fikirkan.Ni tengah marah macam-macam boleh jadi.Kalau dah cool macammana?






3 ulasan:

  1. Datuk Radhi Manan ni idup lagi la ye? ingat dh mampos dh umno sekor ni... teringat masa aku sekolah dulu kt SYS Batu Gajah dia rasmi hari sukan,dia merangkap bekas pelajar dan Adun Tualang Sekah masa tu cerita pasal kenangan zaman sekolah dia ngan kawan2 berebut pisang kt asrama... kawan2 dia umno jugak kot?

    BalasPadam
  2. semalam dia umno hari ini dia pakatan besok dia cucuk buntut pas masuk umno balik jangan percaya melayu ini

    BalasPadam
  3. saya setuju dengan tanpa nama 11.23, pakatan jangan seronok sangat dengan apa yang di kata, selidikilah dulu, perempuan rakan kongsi disebelah dia pun ada kes polis, begitu juga dengan dia ni sendiri. berhati-hati lah...

    BalasPadam