Jumaat, 11 Mei 2012

Rakyat tak lupa lembu NFC sebab boleh masuk kondo

PRU 13:Isu NFC boleh jejaskan Umno-BN-Sinarharianonline
Kontroversi berkaitan dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang tercetus November lalu, dilihat sebagai antara isu masih 'segar' di kalangan pengundi dan boleh menjejaskan imej Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Ia antara penemuan kajian kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang baru dikeluarkan.

Daripada lebih 2,200 responden ditemui, yang terdiri daripada pengundi berdaftar, majoriti pengundi mengatakan mereka bersetuju yang isu NFC menjejekasn imej Umno kerana ia memberi gambaran parti teras Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Isu itu telah membawa kepada tindakan mahkamah ke atas Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Salleh Ismail manakala isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh senator berakhir 8 April lalu.

Kajian ini dijalankan dalam lingkungan tersebut.

Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan 68 peratus responden Melayu berada dalam kelompok sangat setuju dan setuju apabila diajukan soalan berkaitan.

Begitu juga dengan responden kalangan pengundi Cina - masing-masing 31 peratus sangat setuju dan 49 peratus setuju. Pengundi India yang sangat bersetuju dan setuju dengan soalan itu masing-masing 13 peratus dan 32 peratus.

Kontroversi NFC merupakan salah satu daripada empat isu yang menjadi pilihan responden apabila ditanya mengenai antara isu yang boleh menjejaskan prestasi BN pada PRU13.

Dua isu yang lain ialah kenaikan harga rumah yang melambung tinggi dan aspek berkaitan dengan integriti pemimpin BN-Umno.Baca semua di sini.


Haha macammana rakyat nak lupa dengan lembu Shahrizat ni.Lembu lain tak ada yang masuk kondo tapi lembu NFCcorp masuk kondo di Bangsar dan Temasek haha
Pergilah ke hulu banat mana pun isu lembu NFC ni telah sampai ke seantero dunia dan kampung-kampung.Tok Batin pun dah tahu kata ada lembu RM250 juta masuk kondo.
Macam mana rakyat nak lupa Naib Ketua Wanita Umno sendiri kata wanita Umno dipanggil lembu hahaha.Ingat sampai mati.Ni namanya idea untuk buang Shahrizat sebagai Ketua Wanita Lembu.Wanita Umno pun dah tak tahan dahh.
Dah berbulan-bulan isu lembu ni berjalan tapi rakyat tak lupa.Ini sebab lembu RM250 juta ni dah jadi saka yang bakal hancurkan Umno.
Selamat berhimpun wanita lembu di Bukit Jalil.Dengarlah amanat daripada 'bapa haramjadah' anda sebelum ditumbangkan dalam pru akan datang.

1 ulasan:

  1. kesian pd lembu,teringat pepatah dolu2..lembu punyer susu, wanita umno dpt nama.lol!

    BalasPadam