Jumaat, 25 Mei 2012

Kalau Menteri Agama pun cakap bohong dengan siapa lagi kita nak percaya?

Kurang kuota haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0-Harakahdaily
Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.


Roboh untuk buat yang baru


"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar).

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.-harakahdaily

Jamil Khir Baharom dalam laporan Utusan yang memetik laporan Bernama kata PM diminta campurtangan selesai masalah kuota haji berkata 
"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. 

Jamil Khir sebelum ini pernah didakwa salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  untuk bayar kos guaman pembatalan kes qazaf Anwar Ibrahim.Kes tersebut hingga kini senyap tanpa sebarang tindakan.

Kalau jadi menteri agama pun cakap tak boleh dipercayai dengan siapa lagi kita nak percaya?Pak Arab tu tak pikir pun pasal Bersih 3.0 yang dia tau hasil dan keuntungan beratus juta setiap kali musim haji tiba.Pak Arab tu juga hanya kira untung hasil minyak petroleum yang begitu banyak di Arab Saudi.Najib dan Jamil patut tanya dan belajar dengan pemerintah Arab Saudi macammana minyak petrol dan diesel di Arab Saudi begitu murah untuk rakyatnya bukan sibuk dengan kuota haji.

5 ulasan:

  1. Ada sahabat veteran saya yang pernah menceritakan tentang maklumat yang diterima oleh saudaranya yang merupakan anggota Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang mengatakan bahawa punca sebenar masalah kouta haji Malaysia adalah berpunca dari peristiwa kemangkatan Raja Fard.

    Ketika negara-negara lain menghantar pemerintah negara, sama ada perdana menteri mahupun presiden untuk bersama menghadiri majlis penghormatan terakhir dan pengebumian Raja Fard di Arab Saudi. Malaysia dari segi diplomasinya telah melakukan kesilapan yang besar apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dollah Badwi hanya menghantar Menteri Luar Negara iaitu Hamid Albar sebagai wakil negara menghadiri majlis tersebut, sedangkan yang sepatutnya hadir adalah Dollah Badwi sendiri. Bagi Kerajaan Arab Saudi, tindakan Malaysia itu dilihat suatu biadap dan penghinaan kepada kerajaan mereka. Bermula dari situlah kouta jemaah haji Malaysia bermasalah. Malah layanan yang diterima oleh jemaah haji Malaysia di sana ekoran dari peristiwa itu telah didiskriminasi dengan teruk apabila berhadapan dengan pihak imigresen Arab Saudi ketika hendak pulang ke Malaysia. Dinyatakan bahawa jemaah haji dari Indonesia yang bas mereka tiba lewat sedikit berbanding bas jemaah haji Malaysia ketika di airport telah diberi pelepasan imigresen dengan mudah, berbanding jemaah haji Malaysia yang diperiksa dengan teliti dan ketat.

    Jadi tuduhan Jamil KAGAT tu berhubung pemasalahan kouta akibat dari tindakan peserta Bersih 3.0 di sana adalah alasan semata-mata bagi menutup kebodohan pentadbiran Dollah Badwi dalam isu diplomasi mengakibatkan kesannya sekarang. PUNCA UTAMA MASALAH KOUTA BERMULA SEMASA TINDAKAN DOLLAH BADWI TIDAK HADIR DI MAJLIS PENGHORMATAN TERAKHIR DAN PENGEBUMIAN RAJA FARD.

    Untuk maklumat tidak berlaku demontrasi di sana, yang berlaku adalah para peserta di sana berpakaian Bersih 3.0 berkumpul dan bergambar dalam tempoh yang singkat. Jika benar seperti yang didakwa, Jamil KAGAT wajar menunjukkan video penuh demontrasi yang berlaku di dua kota suci itu.

    JAMIL KAGAT KAU JANGAN MIMPI NAK BERTANDING DI KEDAH. PENIPU TAKKAN MEMENANGI KERUSI DI KEDAH... CUBALAH KALAU RASA NAK KALAH DENGAN TERUK.

    BalasPadam
  2. Ape kurangnyer PAS.. kuat 'spin' gak.. kalau yg digelarkan 'ulamak' pun kuat 'spin'.. camner tu?? Kalau kate Umno/BN kuat 'spin' jangan la buat menda yg same.. Soalan same gak la.. "Saper lagi kita nak percaya" ???.. Sudah2 la.. lagi bagus fikirkan bagaimana nak kekalkan keamanan di tanah tumpah darah Malaysia bertuah ini..

    BalasPadam
  3. Siapa nak dipercaya?

    Percayalah siapa atau kumpulan mana yang sentiasa merujuk Al-Quran dan Sunnah sesuai dengan hadis Rasulullah SAW seperti yang dipetik dari Khutbah Terakhir Baginda SAW di Arafah, 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah iaitu "Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU."

    BalasPadam
  4. inilah malaysiaumno, islam menyelam..lol!

    BalasPadam
  5. SEMUA BARANGAN HAJI MALAYSIA KENA CHECK BBELUM MASUK KE SAUDI..DAH X JADI MACAM DULU DAH.

    TANNIAH PAS..

    NANTI BOLEH LA BUAT TAWAF 7 KALI PUSING PASAR SITI KHATIJAH

    BalasPadam