Rabu, 2 Mei 2012

Bersih 3.0 jana ekonomi lebih RM20 juta!

Demontrasi Bersih 3.0 dihadiri tak kurang 250,000 orang.Hanya yang rabun ayam saja kata 25,000 orang yang hadir.Semalam dok sembang dengan kawan-kawan pakat buat anggaran berapa duit turun ke Kuala Lumpur semasa demo Bersih 3.0 berlangsung.
Mula-mula kita kira
Harga baju Bersih paling murah pun RM15 kali 250,000 orang=RM3,750,000.00
Belanja naik bas/kereta/makan/minumRM100 kali 250,000 orang=25,000,000.00
Jumlah semua RM RM28.75 juta

Tu belum kira duit ubat untuk klinik sebab kena pukul,kena terajang, kena sepak sampai lebam dan berdarah dengan polis.
Siapa yang tutup kedai di Kuala Lumpur semasa demo Bersih 3.0 memang silap besar.Restoran Mamak kaut untung beribu ringgit sebab semua baju kuning penuhi restoran mereka.
Bersih 4.0 bakal menyusul lagi sebulan.Semua peniaga jangan tutup kedai supaya tak alami kerugian.Jangan dengar cakap gerombolan..silap besar!

1 ulasan: