Isnin, 7 Mei 2012

Gerombolan semakin gila bukan makin kurang selepas demo Bersih 3.0

Cuba perhatikan..puak gerombolan jadi riuh rendah selepas demo Bersih 3.0 bukan sebelum demo Bersih 3.0.Majlis Fatwa kata haram demo cetus huru-hara selepas demo Bersih 3.0.Lepas tu veteran tentera pulak buat bantahan terhadap demo Bersih 3.0 yang catat sejarah keganasan pihak polis paling ganas.Dah habis baru nak bantah dan buat laporan polis bukan macam Bersih 1.0 dan 2.0.


Bekas PM Tun Mahathir dah dua tiga kali ulang kata demo Bersih 3.0 yang dah berlalu tu mau guling kerajaan.Najib tumpang semangkok kata demo Bersih 3.0 mau guling kerajaan haha.Saya cuma nak kata takut kalah atau takut kena guling?Siapa nak guling siapa?Adakah tim Muhyiddin nak gulingkan Najib?
Adakah Umno takut dengan bayang-bayang sendiri belum kalah dah mengaku kalah?Haha
Mungkin Umno dan gerombolan terkejut dengan ratusan ribu baju kuning hadir demo di Kuala Lumpur pada 28 April lalu.Mereka ingat Bersih 3.0 tak dapat sambutan rakyat.


Ingat kes Scorpene sedang dibicarakan di Perancis yang akan beri kesan kepada Najib,Umno dan gerombolan.Hingga kini Najib diam seribu bahasa tak berani komen kes urusniaga jual beli kapal selam Scoperne yang libatkan duit ratusan juta ringgit masuk dalam akaun Perimekar kepunyaan Razak Baginda sahabat Najib.Lalu dimainkan isu Bersih ini supaya nampak gerun dan menakutkan rakyat supaya rakyat terlupa dengan skandal Scorpene.
Tun Madey pun sama tak berani sebut isu Scorpene takut kena sergah dengan 'First Lady of Malaysia'.Tun juga takut Umno-Bn kalah pru 13 akan datang yang bakal bawa nasib malang kepada pemimpin Umno-Bn yang banyak telan duit rakyat .Tempias juga akan kena kepada Tun sendiri kalau Umno digulingkan dalam pru 13 akan datang


Isu seks karut juga digembar-gemburkan seiring dengan memburukkan demo Bersih 3.0 yang akan diulang-ulang setiap hari dalam media Umno hingga Najib umum tarikh pilihanraya hujung bulan ini atau bulan Jun depan.Seolah-olah Umno suci bersih dan maksum daripada lakukan kezaliman kepada rakyat.Keganasan polis ditutup rapat rakyat dihidangkan dengan kisah lucah yang sudah sebati dengan Umno.


Yang ini kena cekik sebelum kena guling di Perak.
Cium jangan tak cium!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan