Isnin, 14 Mei 2012

Liong Siok bubuh garam kepada luka BN

Lupakan hasrat tawan Selangor-Liong Sik (Harakahdaily)
 Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan menang pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan bulan hadapan, kata bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik .

Beliau juga mengisyaratkan kepada BN supaya melupakan hasrat untuk merampas Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Ling berkata, BN tidak bersedia lagi kerana banyak isu melibatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang belum dapat diselesaikan.

"Waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ialah perdebatan tanpa jawapan. Bila hendak diadakan pilihan raya umum?

"Apabila anda fikir ia adalah masa yang terbaik, dari segi realiti ia menjadi sebaliknya, oleh itu peluang untuk melihat pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan Jun tidaklah begitu besar.

"Lebih tepat lagi, BN tidak pasti sama ada ia boleh menang pilihan raya umum.

"Saya fikir (BN) tidak bersedia lagi. Ada yang kata bulan Jun, tetapi saya tidak tahu adakah mereka berani (mengadakan pilihan raya), terdapat banyak krisis yang tidak diselesaikan," bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu akhbar Sin Chew.

Imej bersih PR

Mengenai Selangor, beliau menjangkakan BN tidak akan dapat merampas negeri itu dari PR dalam pilihan raya akan datang kerana imej bersih para pemimpin PR.

Menurut Ling, pemimpin utama kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang mempunyai imej yang baik.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri, Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dengan rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan rekod sedemikian membantu membina imej yang baik bagi mereka.

"Pada umumnya, orang-orang Cina tidak cenderung kepada BN, tetapi di Perak tidak ada pilihan lain.

"Di Johor, (BN) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan tetapi tidaklah sehingga ke peringkat ia terlepas (kerajaan negeri itu)," kata beliau.

Ling menyifatkan pilihan raya kali ini adalah yang paling sukar kepada BN.

"Pilihan raya kali ini adalah paling sukar kepada BN. Saya fikir BN masih lagi boleh menang kerana kerajaan begitu banyak menghabiskan wang di bawah pelbagai nama.

"Perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.-harakah


Ha ha Najib tanya kepada penyokong Umno dalam himpunan tahlil nyawa Umno di Bukit Jalil ,"Sudah bersedia..."lalu dijawab penyokong Umno dan ahli Umno "sudahhhh bersedia....".Tapi hingga kini parlimen tak bubar lari pi UK.Haha
Liong Sik tabur garam luka Umno-BN yang belum sembuh setelah hilang 5 negeri dalam pru 12.
Kata-kata Liong Sik memang benar orang Cina dah tak sokong BN.Orang Cina berani buat perubahan,berani melawan arus contoh Ketua Wanita MCA Melaka berani hadir demo Bersih 3.0 28 April lalu.
Memang Umno kuat kerana masih ada orang Melayu sokong Umno tapi kalau orang Melayu atas pagar dan Umno sendiri berani macam Ketua Wanita MCA Melaka maka Umno tumbang sebelum sempat buat pilihanraya.
Umno kuat dalam kubu sendiri, tabur duit sana sini tapi sampai bila nak jadikan duit sebagai umpan?Umno tabur banyak duit di Kelantan untuk menang tapi dah 21 tahun orang Melayu Kelantan tolak Umno.Duit bukan segala-galanya.
Umno bersorak sorai gegak gempita tapi bak kata orang guruh berdentum dentam,kilat sabung menyabung belum tentu Umno boleh menang besar lagi pru 13.Bersedialah Umno jadi pembangkang selepas pru 13.
Sebab itu juga tuntutan supaya pru 13 diadakan selepas bersihkan senarai pengundi,pengundi pos,media bebas dan lain-lain tuntutan Bersih tidak dilayan regim Umno-BN.Ini semua supaya Umno-BN menang dengan menipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan