Ahad, 20 Mei 2012

'Sapa tak hadir demo Bersih 3.0 satu kerugian'-Ketua Wanita MCA Melaka

Kian Sit Har tak menyesal sertai Bersih 3.0-malaysiakini
Ketua Wanita MCA Melaka Kian Sit Har berkata beliau tidak mengesali tindakannya hadir dalam perhimpunan BERSIH 3.0 bersama 5,000 orang di Dataran Pahlawan di negeri itu pada 28 April lalu.

"Saya gembira dan bangga bahawa saya tidak melepaskan peluang untuk berdiri bersama anak muda," kata bekas senator BN itu kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Kehadiran ramai anak muda dalam perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan satu perkara yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, kata Kian.

Kian Sit Har malacca mca wanita chief at bersih 3.0Golongan yang tidak menyertai perhimpunan itu "kerugian" kerana tidak berbuat demikian, katanya lagi.

Malah, ramai wanita jelita yang diperhatikannya hadir di bawah panas terik matahari dan melaungkan slogan "Bersih", kata Kian lagi.

Perkara itu menunjukkan golongan muda kini prihatin dengan negara, katanya.

Kehadirannya di perhimpunan itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meminta Kian berundur dari MCA.

Kian bukan ahli sembarangan dalam MCA. Beliau menyertai parti itu pada usia 17 tahun dan bertanggungjawab menubuhkan Wanita MCA Melaka pada 1975 – pergerakan yang diketuainya sehingga hari ini.-m'kini


Kenapa puak senaman punggung, puak jual burger depan rumah Ambiga tidak berdemo depan rumah Kian Sit Har dan juga depan rumah anak Tun Mahathir, Marina Mahathir?Kenapa hanya berani depan rumah Ambiga?Pi la kalau berani! Ha ha


Memang rugi sapa tak hadir demo Bersih 3.0.Tak dapat saksikan secara langsung pesta polis belasah , terajang,sepak dan tumbuk rakyat yang diarahkan oleh regim zalim Umno-BN.Tak dapat tengok rakyat baju kuning tengah makan kena tempik,kena sergah,kena belasah.Tak dapat tengok rakyat baju kuning kena sepak dan belasah ketika azan berkemundang di Masjid India.


Kini pemimpin Umno jadi gila setelah demo Bersih 3.0 berlalu.Tak berani buat pilihanraya,tak berani umum bila nak mengundi.Yang pasti rakyat akan keluar lagi di jalanraya biarpun pilihanraya diadakan selagi 8 tuntutan tidak ditunaikan.Ramai yang jadi ketagih nak berdemo depa sibuk tanya bila lagi kita akan kejalanraya haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan