Rabu, 23 Mei 2012

Besa la Braheng Oiii ni politik,Braheng pun politik juga

Saya rasa heran tengok kelaku pemimpin politik di Malaysia ni.Nak kata depa bodoh depa diangkat jadi pemimpin dan dipilih dalam pilihanraya.

Sejak akhir-akhir ni golongan seleberiti dan bekas penjawat awam dan pegawai kanan kerajaan pakat masuk parti Pas dan juga parti lain dalam Pakatan Rakyat.Bob L0kman,Aishah dan ada lagi banyak golongan artis sokong dan jadi ahli Pas.DayangKu Intan masuk PKR.Depa pakat terjun masuk dalam parti selain parti Umno.Depa pun mungkin dah meluat melihat kelaku pemimpin Umno yang jadi semakin tak ketawan hala .Yang syok lagi tu ada pemimpin veteran Umno masuk Dap.Sementara veteran Umno Kadir Sheikh Fadzir pulak keluar Umno kerana dah tak tahan dengan Umno yang kuat makan rasuah haha.

Pemimpin Umno ni nak  kata gila tak gila tapi nampak macam dah gila haha.Tambah-tambah selepas demo Bersih 3.0 semua pemimpin Umno cakap merapu.Sampai isu rakyat yang hadir demo Bersih ratusan ribu Rais Yatim kira hanya 20 ribu lebih haha.Awat yang pakat takut dan suka main dengan angka ni?Berapa ribu pun peduli apa yang penting rakyat dah mula berani tunjuk taring kepada Umno parti yang suka main ugut-ugut dan samseng.

Mustapa Mohamad pemimpin Umno Kelantan pulak kata artis masuk Pas ni bukan kerana dakwah tapi politik.Laa Pas tu memangla parti politik macam Umno dan bukan pertubuhan Al-Arqam hahaa.Beza Pas dengan Umno ialah ideologi yang tak sama.Umno nak sekular Pas nak Islam.Awat la jadi bangang dah la jadi menteri.

Braheng Ali dan Ruslan Kasim pulak jadi kecewa apabila bekas pendakwaraya di pejabat peguam negara Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abidin yang bersara kini jadi peguambela Anwar Ibrahim kes demo Bersih 3.0.Kata Braheng Ali ,“Anwar jenis yang buat apa pun bermatlamatkan politik. Hanya sebab kepentingan politik peribadi. Kita tahu dia sudah terkenal dengan matlamat menghalalkan cara.“Dia tengok kawan (Mohamed Yusof) sudah bersara dan membuka firma undang-undang, dia upah dan beritahu orang ramai dulu peguam ini dakwa dia dan sekarang bela dia pula,” katanya.-lapor Beritaharianonline.


Laa Braheng Ali woii memang la politik takkan tak faham-faham.Dulu Braheng Ali sendiri main politik peralatkan Pas untuk menang kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Pas.Kini Braheng Ali serang Pas,jerkah Pas tak henti-henti kata Pas dah lari daripada perjuangannya nak buat Islam!
Ruslam Kasim dulu juga orang kuat Anwar kini jadi musuh Anwar kata Ruslan Kassim,“Tindakan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat kerana Mohamed Yusof amat lantang dalam kes liwat Anwar sebelum ini,” katanya.


Zul Kulim,Gobala, Zahrain  dulu orang kuat Anwar tapi kini jadi musuh Anwar.Yang kuat pertahankan Anwar yang berada disekelilingnya banyak jadi musuh beliau kini termasuk Ezam Kotak.Ni semua sebab politik cari makan bukan sebab apa pun.


Umno hanya mahu artis dan pegawai kanan kerajaan sokong Umno dan jadi ahli Umno tapi kalau masuk parti lain haaaa semua tak kena ,semua tak ok haha.

2 ulasan:

  1. brahing ali tu malu2 kucing plak nak masuk balek umco,tapi sian kucing kurap mcm brahing ni dikuis ngan kaki je oleh umco

    BalasPadam
  2. saya tidak besetuju membaca kenyataan beberapa peminpin umno termasuk braheng ali yang mengatakan yusof tdk professional apabila membela anwar untuk kes terbaru ini.

    bagi saya tidak ada apa pun konflik atau pun isu professional yg timbul kerana pertuduhan ke atas anwar bagi kes terbaru ini adalah berbeza sama sekali.

    bahkan saya ingin mengatakan yusof sgt professional apabila mewakili anwar kali ini di atas sebab kini beliau bukan lagi pendakwa raya dan mengendalikan kes yg naturenya lain sama sekali dgn kes sodomy.

    yusof berhak mewakili anwar apabila anwar pun berhak melilihnya,

    BalasPadam