Isnin, 31 Januari 2011
Sejuta rakyat Mesir berhimpun mahu jatuhkan regim Mubarak
Semuanya sudah terlambat..nasi sudah menjadi bubur. Kita sama-sama tengok sampai tahap mana Mubarak mampu bertahan.Hari keberapa demontrasi Mubarak akan terguling bila rakyat terus bangun melawan regim Mubarak yang zalim kepada rakyatnya sendiri.
Crowds are gathering on central Cairo's Tahrir square for a sixth day of anti-government protests [Getty]
Baca lagi di sini.
Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter
Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.
Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ha ha apa nak heran..ini hadiah selepas prk Tenang. Ada yang kata kita bukan pakai pun minyak RON97 naik pi la..apa aku kisah..rakyat didahulukan bila minyak naik..
Umno menang tapi rakyat Tenang tak tenang
Hujan yang berlarutan sejak sebelum hari mengundi hingga ke hari ini telah menimbulkan suasana gelisah dan keluh kesah untuk menyelamatkan diri daripada menjadi arwah kepada mangsa banjir.Petugas-petugas kedua -dua parti yang keletihan sejak dua minggu yang lalu kerana sibuk berkempen dah pulang ke tempat masing-masing, yang tinggal penduduk Tenang yang hidupnya tak tenang ditenggelami banjir.
Seramai 1536 mangsa dipindahkan-Utusan Malaysia Online
Seramai 1,536 penduduk di sekitar Tenang di sini dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setelah beberapa tempat terutama kawasan rendah di sini, dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, empat kawasan utama dilaporkan terjejas akibat banjir.
Katanya, kawasan itu adalah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Kampung Sungai Gatom, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.
Beliau berkata, kesemua penduduk terjejas dipindahkan ke PPS di Sekolah Agama Kampung Jawa seramai 365 orang diikuti Balai Raya Kampung Lembah Bakti (272), Balai Raya Felda Pemanis 2 (139) dan Balai Tadika Kampung Orang Asli (129).
Selain itu, Balai Raya Kampung Batu Badak (94), Balai Raya Kampung Genuang India (81), Balai Raya Kampung Usaha Jaya (70), Masjid Jamek Kampung Sawah Baru (70), Balai Air Bah Pagoh 2 (67), Sekolah Agama Pekan Air Panas (58) dan Balai Raya Paya Dalam (53).
"Para penduduk telah dipindahkan oleh kenderaan pelbagai agensi termasuk polis, tentera serta Bomba dan penyelamat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, PPS yang lain adalah Kampung Orang Asli Ulu Juaseh melibatkan 29 orang, Balai Raya Kampung Sekijang (27) dan Dewan Serbaguna Gelang Cincin (23).
Katanya, kawasan lain adalah di Balai Raya Kampung Paya Pulai (18 orang), Balai Raya Kampung Melayu Raya (16 orang), Sekolah Arab Kampung Gubah (13 orang), Balai Raya Air Bah (tujuh orang) dan Balai Raya Kampung Simpang Loi (lima orang).
"Sehingga pukul 4 petang tadi, 1,536 penduduk terjejas setelah rumah masing-masing dinaiki air dan mereka kini ditempatkan di PPS berkenaan.
"Kita jangka jumlah tersebut akan meningkat sekiranya hujan tidak berhenti dalam waktu terdekat sehingga menjejaskan kawasan lain," katanya.
Abdul Aziz memberitahu, pihaknya sentiasa memantau keadaan banjir dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri.Baca juga di sini dan di sini.
Demo anti Mubarak depan kedutaan Mesir
Ini hanya mukaddimah kepada demo yang lebih besar yang dijangka akan diadakan pada hari Jumaat 4 Februari selepas solat Jumaat di Masjid As Syakirin KLCC. Semua penunjuk perasaan dijangka akan berarak ke kedutaan Mesir sekali lagi dengan mesej yang sama mahu Mubarak berundur daripada tampuk pemerintahan setelah 30 tahun berkuasa.
Baca juga ;
Pas , PKR dan NGO demo bantah Mesir-Harakahdaily
NGO, pembangkang serbu kedutaan Mesir di KL-Malaysiakini
Egyptian opposition leader Mohamed ElBaradei spoke to protesters at Tahrir Square in Cairo on Sunday [Reuters]
Baca lanjut di sini.
Melayu Johor tak rasa pun kebangkitan rakyat Mesir
Jika dilihat dalam carta di sebelah (copy daripada Malaysiakini) undi BN bertambah 332 undi berbanding pru 2008. Undi Pas pula merosot kepada 883 undi berbanding pru 2008.Perbezaan majoriti pula Bn bertambah 1215 undi berbanding 2008.Peratus keluar mengundi pulak cuma 67% berbanding 73% pada tahun 2008.BN mau menang majoriti 5000 undi tapi tak kesampaian .
Kemenangan BN juga disambut dengan banjir besar yang tenggelamkan dun Tenang, terburuk sejak 2006.
Ada yang kata ini pilihanraya kecil tidak boleh jadi ukuran untuk pru 13 akan datang.Ada pulak yang kata Johor memang kubu Umno daripada dulu kini dan selamanya..tempat Umno dilahirkan. Ada yang berani 'offer' nak tumbang dua ekor lembu jika Pas berjaya kurangkan majoriti BN di prk Tenang..semua tak kesampaian..
Lepas ni Pr akan berlawan dengan Umno-Bn di Merlimau pulak dalam negeri Melaka yang juga kubu Umno.Peluang untuk menang juga amat malap kerana negeri Melaka juga karat Umno.Cuma jika ada prk dun Pelabuhan Kelang di Selangor baru tau dan boleh jadi ukuran untuk pru 13 akan datang samaada PR sudah ditolak rakyat atau tidak.SPR tak payah tunggu keputusan mahkamah istihar saja dun Pelabuhan Kelang kosong dan tentukan tarikh untuk hari penamaan calon dan pengundian.
Terimakasih kepada Cikgu Mala yang sanggup letak jawatan sebagai guru untuk melawan Umno-Bn parti yang bergelomang dengan rasuah, penyelewengan,salah guna kuasa dan zalim kepada rakyat.Cikgu Mala calon yang bersih bukan macam calon Umno yang didakwa ada kes mahkamah. Orang Melayu undi tak tengok calon depa tengok dacing saja terus undi , calon korup pun tak pa janji BN.
Kata Cikgu Mala bila keputusan diumumkan,
"Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti yang sanggup bersama-sama saya sejak awal saya diumumkan sebagai calon," katanya. |
Ahad, 30 Januari 2011
Rakyat Mesir terus berdemo tolak kabinet baru regim Hosni Mubarak
Baca di sini.
Dap dakwa berlaku beli undi di Tenang Station
Menurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.
Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.
Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.
Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.
Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.
Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.
Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.
Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.
Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.
Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.-Gambar dan berita malaysiakini
Besok Demo Depan Kedutaan Mesir Bersama Mat Sabu
Demo bantahan serta solidariti bersama rakyat Mesir. Isnin 11 pagi , 31 january 2011. Depan Kedutaan Mesir. No 12 Jalan Rhu off Jalan Ampang Hilir. Demo di ketuai AJK Pas Pusat Hj Mat Sabu, Arul dan NGO...semua rakyat dijemput hadir.
Tujuan demo dikatakan demi semangat persaudaraan rakyat antara dua negara
Sabtu, 29 Januari 2011
'Umno Mesir' tumbang, Umno Malaysia pun tumbang
Ada yang kata bila tumbang saja 'Umno Mesir' akan tumbanglah Umno Malaysia..sama-sama kita tungguuuu..
Hosni Mubarak sepatutnya dah letak jawatan bukan arahkan semua menteri kabinetnya letak jawatan.Rakyat Mesir bencikan Hosni Mubarak termasuk sekali dengan menteri-menteri kabinetnya.Baca juga di sini.
Several hundred people held a rally outside a mosque in Istanbul reiterating calls for Mubarak to step down [Reuters] |
Laman 'Fat Lady' ditutup
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.
Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.
Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.Baca lagi di sini.
Sementara itu akhbar Rentak Keadilan terbaru (gambar atas) menggesa siasatan dilakukan terhadap Rosmah Mansor dengan mendakwa siapa yang bayar gaji kakitangan pejabat 'first lady'? Peruntukan mana 'dikebas' dan disalur untuk menyelenggara operasi pejabat yang terletak di Jabatan Perdana Menteri ? Situasi ini bertentangan amalan di Parlimen Britain.Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown terpaksa memohon maaf di Parlimen pada 2009 kerana menggunakan 6,500 pound wang rakyat berbentuk elaun Ahli Parlimen untuk membayar gaji pembantu rumah!
Ada yang panggil 'first lady' tu sebagai 'fat lady'..dua-dua betoiiii.PM Najib tetap membisu mengenai isterinya yang didapati 'bermasalah' malah banyak menimbulkan kebencian rakyat terhadap Rosmah Mansor.Najib sibuk dengan FB dan twitter daripada menjawab tohmahan terhadap isterinya.Gambar bawah adalah daripada Malaysiakini.
70 peratus lebih pengundi Cina sokong Cikgu Mala
Mengikut daripada perkembangan yang diperhatikan pengundi Cina di Tenang memang memberikan sokongan padu kepada Cikgu Mala.Reaksi mereka amat jelas terhadap calon Pas dan PR itu.Disesetengah rumah orang Cina berkibar bendera Pas dan ada kawasan perumahan mereka langsung tidak ada bendera BN yang dipasang.
Dalam perkembangan yang sama Chua Jua Meng juga mendedahkan kepada orangramai yang hadir dalam ceramah bahawa pengaliran wang haram keluar negara sejak tahun 2000 hingga 2008 berjumlah RM888 bilion. Jumlah ini amat sedikit dengan dakwaan bahawa Tun Mahathir semasa berkuasa dulu menghabiskan RM100 bilion sepanjang beliau jadi PM selama 22 tahun .
Dalam pentas yang sama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa PM Najib dan Rosmah Mansor semasa bercuti di Dubai tidur di hotel mewah Atlantis Hotel dengan bayaran RM120 ribu semalam.Beliau yakin gelombang kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Yaman akan merebak ke Tenang."Kubu Umno di Johor akan jadikubur Umno di Tenang.Suara rakyat akan berkemundang di Dun Johor", kata Azmin.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula berkata dalam ceramahnya di tempat yang sama Umno demam tak kebah dengan menuduhnya sebagai agen Arab Saudi dan dapat biaya daripada teroris Arab Saudi."Dulu kata saya agen Amerika, talibarut Yahudi sekarang kata pulak saya agen Arab Saudi! Menteri Dalam Negeri belum baca laporan CNN tapi sudah mau terus siasat saya."Kata Anwar.
Beliau juga terus mengulangi ajakan untuk berdebat dengan PM Najib dalam isu PR perintah Malaysia 100 hari.Kata Anwar, "Najib kata saya akan demam kalau berdebat dengan beliau kerana ada banyak rahsia..saya akan makan panadol satu kotak dan teruskan debat..Najib jangan cabar nak cakap hal peribadi ..semua orang tahu siapa yang bunuh Altantuya, siapa yang terlibat dengan kes Port Dickson tapi kita bukan nak debat hal peribadi tapi kita nak debat hal ekonomi dan kebajikan rakyat bila PR perintah Malaysia."
Turut hadir dalam ceramah di Dataran Cikgu Mala ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden Pas dan MB Selangor Tan Sri Khalid dan calon Pas Cikgu Mala.Baca juga di sini dan di sini.
Baca juga;
Azmin:Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana-Malaysiakini
Dun Merlimau:Penamaan calon 26 Februari, hari undi 6 mac-Tmi
Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab-Harakahdaily
Jumaat, 28 Januari 2011
Rakyat Yaman pulak berdemontrasi mahu tumbangkan Presiden Ali Abdullah Salleh
Pemimpin dunia Arab yang memerintah berpuluh tahun diancam oleh rakyat mereka dengan gelombang kebangkitan rakyat mahukan perubahan dalam sistem politik dan pemerintahan. Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia telah berjaya tumbangkan Presiden mereka yang berkuasa selama 23 tahun dan telah melarikan diri ke Arab Saudi.
Rakyat Mesir pulak bangun berdemontrasi mahu tumbangkan Presiden Hosni Mubarak yang berkuasa selama 30 tahun. Kini gelombang kebangkitan rakyat telah merebak ke negara Yaman yang juga mahu tumbangkan Presiden Ali Abdullah Salleh (Gambar) yang telah berkuasa selama 33 tahun.Siapa angka semua ini boleh terjadi?
Umno-Bn yang berkuasa di negara ini selama 53 tahun juga akan tumbang hanya menunggu gelombang kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di negara Arab Apabila rakyat ditekan, dizalimi dan disekat daripada segenap segi tiada apa lagi yang mampu menahan rakyat daripada bangun melawan kezaliman.Lambat laun Umno-Bn akan tumbang juga..
Gelombang Rakyat Yaman Pula Bermula-Berita harian online
Tuntut pemerintah berundur, ugut tak mahu lanjut penggal Algeria, Tunisia
SANAA: Beribu-ribu penduduk Yaman melakukan demonstrasi di ibu negara semalam, menggesa Presiden Ali Abdullah Saleh supaya melepaskan kuasa selepas berkuasa sejak 1978.
“Cukuplah berkuasa (lebih) 30 tahun,” laung penunjuk perasaan dalam demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza di Sanaa.
“Kami bantah melanjutkan (penggal presiden). Kami kata tidak jawatan diberi kepada waris,” laung mereka sambil menegaskan sudah masanya ‘masa untuk berubah.”
“Teruskan Common Forum. Ia masa untuk berubah,” tulis kain rentang dibawa penunjuk perasaan, merujuk kepada penentang kerajaan.
Aktivis Common Forum berkata, demonstrasi yang diadakan di empat lokasi berbeza itu bertujuan untuk menyukarkan pasukan keselamatan. Satu daripada kawasan yang dipilih adalah di luar Universiti Sanaa.
Kongres Rakyat Umum pemerintah diterajui Abdullah pula menganjurkan empat demonstrasi dihadiri beribu-ribu penyokong kerajaan.
“Tidak kepada penggulingan demokrasi dan perlembagaan,” kata penyokong presiden yang tertulis pada kain rentang mereka.
Sabtu lalu, beratus-ratus pelajar Universiti Sanaa mengadakan bantahan balas di kampus dengan ada di antara mereka menggesa Abdullah meletak jawatan.
Saleh menjadi presiden sejak beberapa dekad, dipilih semula September 2006 dengan mandat selama tujuh tahun.
Satu draf pindaan perlembagaan sedang dibincangkan di parlimen walaupun bantahan pembangkang itu, yang jika diluluskan akan membenarkan beliau terus berkuasa sepanjang hayat.
Di KAHERAH, polis menahan sekurang-kurangnya 1,000 orang dalam masa dua hari pertempuran di jalanan, ketika aktivis berikrar untuk meningkatkan bantahan dalam kebangkitan terbesar negara itu selama 30 tahun.
Enam terbunuh dalam bantahan menentang pemerintah Presiden Hosni Mubarak yang tercetus daripada protes di Tunisia, mencetuskan gelombang mengejut di rantau berkenaan dan memaksa Washington merangsang sekutunya dalam perubahan demokratik berkenaan. – AFP
Khamis, 27 Januari 2011
Orang Cina Tenang pun tak percaya dengan Chua Soi Lek
Pengundi Cina beranggapan tidak wajar MCA memainkan isu negara Islam dan mereka mahu agar MCA menghentikan daripada memainkan isu tersebut.
Sebelum Dr Chua berkata mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.
Tindakan MCA itu bukan sahaja membangiktkan kemarahan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.
Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah masuk hari keenam. Hari pengundian Ahad ini.
“Bagi saya Islam tiada masalah, Islam adalah agama rasmi jadi kenapa mesti mau (mahu) mainkan isu ini?
“Pasal itu salam, saya tidak suka bila MCA mainkan isu ini, kita Malaysia ada macam-macam agama... kita tidak boleh paksa antara satu sama lain.
“Yang penting kita hormat agama yang ada, kenapa mesti nak buat macam ini,” kata pengundi Chai Yun Cong, 45.
Menurut Chai, sekiranya PAS memerintah negara sudah pasti parti Islam itu akan menjaga kebajikan dan perpaduan semua kaum di negara ini.
“Kita tiada masalah tapi kenapa dia (Dr Chua) buat macam ini, dia mahu takutkan kita (orang Cina).
“Dia cakap macam-macam (pasal PAS) tapi PAS tiada apa-apa pun, hanya kasi takut orang Cina sahaja.
“PAS bawa Islam, apa yang PAS buat untuk orang Islam. Orang bukan Islam PAS tidak kacau, jadi kenapa mesti takut?” katanya.
Dia juga berkata PAS adalah sebuah parti yang bersih dan tidak mustahil akan memilih Normala Ahad ini.
“Saya lihat calon PAS bagus, lagipun PAS bersih... tidak amal rasuah. Tentu PAS boleh bantu kami di sini (Tenang).
“Tapi MCA sudah 53 tahun merdeka tapi tidak tolong bangsa sendiri, dia (MCA) hanya tahu cakap sahaja tapi tidak bantu,” kata Chai dengan nada kecewa.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa Normala enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Sementara itu, seorang lagi pengundi Khoo Khai Loon, 40, berkata MCA perlu menghormati Islam dan mesti menghentikan rancangan tersebut.
“Saya tak suka bila MCA kata mahu cakap pasal agama (Islam), tidak boleh macam ini... Kita duduk dalam pelbagai kaum, kena jaga juga.
“MCA kena hentikan, janganlah sebab nak dapatkan undi (orang Cina) sanggup gunakan agama, kita perlu menghormati setiap agama yang ada,” katanya.
Bagi Lim Chiew Ling, 35, pemilihan Normala sebagai seorang calon PAS-Pakatan Rakyat adalah pilihan tepat kerana bekas guru itu mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.
“Sikap dia (Normala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.
“Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang,” katanya.
Lim juga tidak bersetuju dengan tindakan MCA yang tetap mahu memainkan isu agama dalam kempen pilihan raya kecil.
“Tidak boleh macam itu, MCA kena hentikan... Kita duduk Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Kena saling hormat-menghormati.
“Bagaimana kalau ada orang yang mainkan pula agama kita? Mesti kita marah,” katanya.
Kelmarin Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.-TMI
Bolehkah BN menang dengan majoriti 5000 undi di Tenang?Kalau Bn pulak berkubur di Tenang lepas ni Umno-Bn tak akan lagi sebut pasai nak buat pru 13.Tunggulah hingga tahun 2013 baru Bn akan panggil pru 13 diadakan.Kalau BN menang dengan majoriti 1000 undi pun di Tenang mereka akan pikir banyak kali nak sembang pasai pru 13.Rosmah Mansor tentu seram bulu roma kalau BN kalah di Tenang. Mau angkat beg lari keluar negara...Baca juga;
SPR yakin capai sasaran 80% turun mengundi-utusan malaysia online/bernama
'Pas berpeluang menang jika 75% keluar mengundi'-Malaysiakini
Integriti:Tiada pilihan melainkan undi Cikgu Mala-Harakahdaily
Nik Aziz :Sedang Umno tolak Islam , MCA usah cakap hal Islam
Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.
Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.
“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?
“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.
“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.
“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).
“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Ketika ditanya bagaimana peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil itu, Nik Aziz berkata ia terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan.
“Peluang (menang) terletak kepada pengundi, sama ada nak kekal jahiliah atau pilih Islam.
“Islam ada dua (pilihan), jahiliah atau Islam,” katanya.
Sebelum ini, Dr Chua menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.-Themalaysianinsider.
Abu Jahal dan Abu Lahab lawan Islam sebab depa bukan Islam dalam zaman jahiliah tapi Umno terang-terang melalui MB Johor Ghani Othman berucap depan orang India hina Islam , depan orang Cina hina agama sendiri demi untuk menangkan calon Umno-Bn di Tenang.Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yaasin pun sama hina Islam!
Nik Aziz 'serang' Tenang-Malaysiakini
Polis Tunisia bersama rakyat berdemontrasi
Pasukan polis Tunisia turut sertai demontrasi jatuhkan saki baki pemimpin kerajaan Tunisia yang zalim yang masih berkuasa di negara itu.Pihak polis berkata mereka turut jadi mangsa kezaliman bekas kerajaan Presiden Tunisia Ben Ali yang melarikan diri bersama ahli keluarganya ke Arab Saudi.Kerajaan sementara yang berkuasa di Tunisia sekarang dikatakan masih ada saki baki pemimpin yang pro Ben Ali.Rakyat Tunisia mahukan bekas diktator Ben ali ditangkap dan dibawa pulang ke Tunisia untukdibicarakan.Baca di sini.
Polis kita macammana? Kalau Umno-Bn dah tumbang di Putrajaya takkan masih nak pertahankan Umno-Bn...
Nasib Khairy: 'Rumah kata pi kubur kata mai'
Ketua Umno Larut , Raja Ahmad cadangkan Khairy digantikan dengan MB Perak (MB Mahkamah) Zambry Abdul Kadir pegang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti Umno akan datang.Haa eloklah lantik Zambry yang terlibat dengan kerja -kerja khurafat pegang jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia ganti Khairy. Zambry yang ketuai 'kerajaan mahkamah' di Perak macam telor dihujung tanduk saja sekarang ini.
Khairy dikatakan ada ura-ura nak lepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.Baru sebut nak letak ramai pulak yang sahut cadangan Khairy supaya beliau letak jawatan Ketua Pemuda Umno. Bukannya nak pertahan tapi macam suruh Khairy pi cepat-cepat daripada jawatan yang dipegangnya.Bak kata orang 'rumah kata pi kubur kata mai la'.
Mahukah pengundi Tenang berwakilkan calon Umno yang korup?
Azhar ada kes mahkamah, Cikgu Mala cemerlang-Harakahdaily
Para pengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang perlu membuat pilihan bijak untuk memilih wakil mereka yang cemerlang dan berintegriti ke Dun Johor pada 30 Januari ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana calon BN, Mohd Azahar Ibrahim mempunyai kes di mahkamah akibat kecuaiannya melelong tanah seorang lelaki semasa menjawat Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Ini, katanya berbeza dengan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala yang diiktiraf guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Cikgu Mala pernah menerima Anugerah Guru Aktif sempena Sambutan Hari Guru Daerah Segamat.
Cikgu Mala turut menerima Anugerah Khas sempena Perbahasan Ala Parlimen pada Perayaan Hari Guru.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berhubung kenyataan Azahar bahawa kes melelong tanah berkenaan telah selesai.
Pada siang media semalam, Salahuddin mempersoalkan bagaimanakah calon Umno itu dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasanya mengendalikan isu pelelongan hartanah Mansor Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno (Azahar), (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.
Soalnya lagi, bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana Mohd Ali ke atas keempat-empat defendan tersebut, Azahar telah dijadikan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.
Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan tiga yang lain pada 7 Februari nanti.
Hakikatnya, kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa itu masih berterusan di mahkamah.
Bagi Mahfuz, saman itu membuktikan bahawa mahkamah sebelum ini memutuskan perbuatan Azahar bersalah melelong tanah berkenaan dan tindakannya itu adalah tidak sah.
Sehubungan itu, beliau menyeru para pengundi supaya mencontohi apa yang dilakukan oleh para pengundi pada PRK Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 lalu yang menolak calon BN kerana terlibat dengan pecah amanah dan menyokong calon PAS, Ustaz Saleh Man.
Mengulas kenyataan Azahar yang disifatkan sebagai suatu pembohongan kerana menyatakan kes melelong tanah telah selesai, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berbohong atau tidak, rakyat dan pengundi akan menentukan sendiri oleh keputusan mahkamah itu.
Katanya, tanah itu telah dikembalikan kepada Mansor dan sememangnya dia berhutang dengan bank kerana jika tidak berbuat demikian, tiada isu atas gadaian.
“Persoalannya ialah Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat ini telah menganiaya beliau dengan kerja yang cuai dan tidak kompeten,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Beliau menambah, kini bagi menyelamatkan diri, Azhar terpaksa menipu sehingga memburukkan reputasi rakyat yang tenang, Mansor dan PAS.
Baginya, tidak pelik sekiranya calon BN itu akan terus berbohong berhubung isu melelong tanah berkenaan.
Justeru, katanya bagaimana calon BN itu yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhtiddin Yassin untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat di Dun Tenang jika dipilih sebagai wakil rakyat sedangkan Azahar pernah bertindak cuai dalam kes tanah semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga dibawa ke mahkamah.-Harakahdaily.
Gambar atas daripada akaun facebook harakah muda Cikgu Mala sedang meranduk air banjir di Tenang.
Pilihan rakyat Tenang adalah ditangan pengundi Tenang sendiri samaada nak pilih calon Umno-Bn yang korup atau calon Pas dan PR yang tiada kes mahkamah.Jika pengundi Tenang berfikiran waras dan tahu bezakan antara intan dan kaca sudah pasti pilih Cikgu Mala sebagai wakil rakyat baru di Tenang.
Dunia Arab di mana golongan muda sedang menghambat pemimpin mereka yang zalim dan kejam semoga tempiasnya dapat dirasakan di prk Tenang!Bangun anak muda tolak Umno-Bn ..inilah masanya untuk anda buat perubahan terhadap negara yang kita cintai ini.
Nik Aziz :undi calon Pas peluang eratkan Islam dan bukan Islam-Themalaysianinsider
Bohong :Pas desak calon BN tarik diri-Harakahdaily
Pengundi buat laporan polis terhadap calon BN-Harakahdaily
Rabu, 26 Januari 2011
Selepas Tunisia , Mesir pulak dilanda gelombang kebangkitan rakyat
Ketika kerajaan Umno-Bn sedang bersiap sedia mahu mencengkam dan terus mencengkam dan mengongkong rakyat Malaysia daripada bebas gunakan media internet, gelombang kebangkitan rakyat sedang berlaku di dunia Arab.Selepas tumbangnya diktator Presiden Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia yang lari bersama isterinya dengan 1.5 tan emas ke Arab Saudi kini rakyat Mesir pulak sedang berusaha menggulingkan Presiden Hosni Mubarak diktator yang zalim dan kejam. Ke mana Hosni Mubarak mau lari aaah..Hosni Mubarak pun akan terima nasib yang sama macam bekas Presiden Tunisia yang juga zalim dan kejam terhadap rakyatnya.
Firaun yang mengaku dirinyaTuhan pun tumbang inikan pulak kamu wahai semua pemimpin dan pemerintah yang zalim di seluruh dunia.Sejarah tidak pernah menipu tunggulah saatnya dan ketikanya ketika rakyat bangun kamu pemerintah yang zalim akan kojol ditelan dan diratah rakyat.
Apa macam rakyat Tenang tak mau buat perubahanka?Dok tunggu apa lagi bersama Umno-Bn parti yang dah penuh dan sarat dengan rasuah , nepotisme dan kronisme.Yakinlah satu hari BN akan tumbang macam mana tumbangnya kerajaan yang zalim di dunia Arab. Rakyat adalah raja sebenar di hari mengundi.
Nak tambah sikit lagi , selepas ni Tun Mahathir dah tak boleh kata Umno parti perasuah yang dah busuk hingga ke ususnya kerana blog Tun pun akan disekat...
Kawal media internet:Umno-BN zalim tapi pengecut
Umno-Bn masih merasakan mereka tidak mampu kuasai fikiran rakyat untuk membabi buta sokong Bn dalam pru akan datang. Walaupun Bn kuasai media utama negara tv dan akhbar mereka merasakan belum cukup puas dengan semua itu.Semakin banyak BN buat siaran propaganda dalam media yang mereka kuasai , rakyat semakin celik mata kata ,"ini semua dakyah BN, boleh tengok dan dengar tapi kita tak percaya."
Ini yang amat menakutkan BN takut-takut kalau jadi macam Presiden Tunisia dan isterinya yang dihambat rakyat keluar negara untuk cari tempat perlindungan setelah hilang kuasa akibat kebangkitan rakyat yang bangun memberontak terhadap Presiden mereka yang amalkan pemerintahan kuku besi dan diktator selama 23 tahun.Kuasa rakyat sapa yang boleh halang?
Bn mau kawal media internet:'Lebih ramai akan bantah'. Semua BN nak kawal tak cukup kawal tv RTM dan yang seangkatan dengannya nak kawal media baru pulak, blog, facebook dan portal berita internet. Ini kerja kerajaan yang zalim tapi pengecut hadapi buah fikiran rakyat yang mahukan kebebasan dalam berfikir.Kalau tak zalim sudah tentu tak jadi pengecut sampai nak kawal media internet. Kata orang berani kerana benar takut kerana salah.
Cuba tengok dalam berita RTM dan TV3 semua sebarkan dakyah dan propaganda BN demi untuk menang di prk Tenang. PR hanya ada media baru tapi BN kuasai semua media tu pun masih rasa takut kepada berita blog dan facebook.PR langsung tak diberi ruang untuk sampaikan manifesto calon di prk Tenang dalam tv sedangkan RTM bukan mak-bapak Umno yang punya!
Di prk Tenang juga berkeliaran kenderaan Jabatan Penerangan dan Jabatan Pendaftaran yang menenggek di kubu-kubu Umno. "Hang pa buat apa jabatan pendaftaran ..nak bagi ic kat sapa suruh mengundi?" Rakyat Malaysia bukan semua penyokong BN tak boleh dipaksa baca berita umno online macam setiausaha agung Umno Tengku Adnan paksa orang Umno hanya baca berita umno online!
Umno-Bn bukan takat zalim dan pengecut nak ajak berdebat program 100 hari Pakatan perintah Malaysia pun jadi bacul..tak ada telor. Debat tak mau diajak sembang pun pengecut..apa punya manusia berani kritik kata itu ini tak betoi Malaysia boleh bangkrap kalau PR perintah...Selangor bagi air percuma 20 meter padu ada bangkrap ka Selangor?Tau banyak mana 20 meter padu air percuma ..tuuu satu lori tangki minyak petroleum Petronas tu nak habaq bagi..ingat sikit ka?
Anak ngo untuk masyarakat Felda ajak debat isu Felda pun jadi bacul tak berani. Orang tubuh ngo depa pun tubuh ngo Bapak untuk Felda tapi bila diajak berdebat nasib peneroka Felda takuuuut..macam-macam alasan yang diberikan.
Ucapan Penuh YB Shuhaimi Di Dun Selangor-'Kita bukan golongan yang gelar Raja sebagai 'binatang'
RANG UNDANG-UNDANG
ENAKMEN UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN SELANGOR 1959 (BAHAGIAN KEDUA) (PINDAAN) 2011
Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan saya peluang bagi membahaskan rang undang-undang ini.
Pada hari ini, Dewan yang mulia ini, terpaksa membuat rang undang-undang pindaan ini disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional; yang mana, oleh kerana ingin mengampu pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak “mengorbankan” kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri.
Sebelum tahun 1993, Fasal (1), Perkara 52, Undang-Undang Tubuh pada asalnya telah dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat lantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal (1) yang asal, sebagaimana yang dinyatakan dalam rang undang-undang pindaan ini, jelas melibatkan kesemua pihak yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tiada satu pun yang dikesampingkan.
Kita harus melihat kembali senario pada 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 52 di buat. Pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi baginda. Ianya bukan berkenaan kuasa Raja-Raja. Tetapi, oleh sebab Barisan Nasional di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada pimpinan mereka di Pusat maka mereka telah bertindak lebih jauh lagi dengan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Akibatnya kuasa DYMM Sultan Selangor dimansuhkan dan menafikan peranan Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam Negeri Selangor. Jelas di sini, mereka keliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja.
Ini menyebabkan seolah-olah kita di Selangor tiada peranan dalam urusan pelantikan pegwai-pegwai kita sendiri. Ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara yang menyatakan pelantikan tiga pegawai ini adalah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tanpa perlu mendapat persetujuan atau pandangan Kerajaan Negeri.
Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini, jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadapan Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan Kerajaan Negeri PR. Tambah memeranjatkan terdapat segelintir dari anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi ‘budak suruhan’ kepada tuan-tuan politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya profesional
berkecuali dan setia kepada kerajaan yang memerintah dengan izin mengikut ‘government of the day’. Watak-watak Si Kitul dan Raja Mandeliar mula terdedah dan terlihat dengan jelas.
YB Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat Dewan,
Yang menjadi persoalan kita ialah, mengapa YAB Dato’ Menteri Besar tidak dirundingi, dimaklumi dan dihormati dalam pelantikan SUK? Apa yang jelas akibat dari tindakan dan mainan politik oleh pihak berkepentingan politik di Putrajaya, yang menerima kesannya adalah Kerajaan Negeri dan rakyat terbanyak di Selangor.
Kita dipaksa tanpa rela, menerima seorang SUK yang kemampuannya amat diragui, bahkan dalam senarai calon SUK dari Kerajaan Negeri, tidak tersenarai pun... Dalam senarai oleh Putrajaya pula, adalah di kedudukan terakhir. Tetapi, orang kerdil dan tidak cekap inilah yang menjadi pilihan Putrajaya. Soalannya, Mengapa? Sebabnya jelas, Putrajaya memerlukan seseorang yang sanggup menjadi ‘ ‘budak suruhan’ mereka bagi mengkucar-kacirkan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat.
Memberi imbuhan kenaikan pangkat kepada mereka yang sanggup menjadi ‘budak suruhan’ bukanlah perkara baru dalam perkhidmatan awam. Contohnya, Ketua Setiausaha Negara yang sekarang ini sendiri menjadi ‘budak suruhan’... Kita tidak lupa bagaimana beliau pada ketika itu sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sanggup menjadi ‘galang ganti’ kepada tuannya iaitu Ratu AP Malaysia, YB Rafidah Aziz MP Kuala Kangsar
Skandal AP yang heboh ketika itu, hingga dikecam hebat oleh ahli-ahli parlimen dari BN sendiri, menyaksikan beliau yang menjawabnya, sedangkan Ratu AP, Rafidah Aziz, yang menjadi Menteri yang bertanggungjawab cuba mengelak dengan pergi dalam pelbagai misi dan lawatan luar Negara.
Akibat dari kesanggupan menjadi ‘pak sanggup’ dan ‘budak suruhan’ Ratu AP, Rafidah Aziz, Tan Sri Sidek Hassan ini akhirnya mendapat imbuhan kenaikan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Negara, walaupun pada masa itu terdapat ramai lagi pegawai kanan yang layak dan lebih kompeten dari beliau. Jelas di sini, yang dicari bukanlah keupayaan dan bakat, tapi kesanggupan menjadi ‘budak suruhan’ kepada tuan politik.
Sedikit mengenai Tan Sri Sidek ini, beliau memang terkenal dengan slogan NIKE – ‘Just Do It’; atau ‘buat sahaja’. Ini pernah mendapat teguran dari Ahli Parlimen BN dari Johor Bahru, YB Datuk Shahrir Samad, yang menegur supaya beliau tidak ‘buat sahaja’ tapi lihat sama ada perkara itu boleh dibuat atau tidak. Perangai ‘buat sahaja’ inilah yang pada pandangan saya, telah mengakibatkan masalah yang berlaku di Selangor sekarang ini. Semangat federalisma dan semangat dalam Undang-Undang Tubuh dilanggar dan dipijak-pijak kerana si ‘pak sanggup’ kepada Ratu AP, Rafidah Aziz ini ‘buat sahaja’ pelantikan SUK tanpa adab dan sopan untuk bertanya dan mendapat pandangan Ketua Kerajaan di Selangor iaitu YAB Dato’ Menteri Besar.
YB Speaker,
Pindaan yang dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini, saya yakin akan dapat mengembalikan semula kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri dalam pelantikan pegawai-pegawai utama di Negeri Selangor. Ianya juga akan dapat menyelamatkan kita dari terpaksa bekerja dengan ‘budak suruhan Putrajaya’ di masa-masa hadapan, tidak kira siapa pun di Putrajaya. Urusan Negeri, biarlah negeri yang mengendalikannya. Saya tidak mempunyai masalah secara peribadi yang besar dengan orang yang dicanang sebagai SUK Selangor sekarang ini. Tapi jika kita lihat keupayaan dan pencapaiannya, jauh dari memuaskan.
Semua tahu dan melihat dengan jelas, rekod orang ini ketika menjaga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tindakan beliau terhadap beberapa YB Pakatan Rakyat amat memalukan umat Islam, bahkan melebihi dari tindakan Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri yang tidak pernah menghalang orang bukan Islam mendekati dan memasuki masjid. Dan saya yakin, tindakan orang ini adalah disebabkan tindakan politik semata-mata, bukan kerana kesucian agama islam. Sebagai contoh, di kawasan Saya sendiri apabila berlakunya satu kes bencana alam di sebuah sekolah KAFA ……………………………………………
Kalau sebuah jabatan pun beliau tidak mampu mengurusnya dengan baik, apa sangatlah yang nak diharap dari orang ini untuk mentadbir perkhidmatan awam satu negeri Selangor.
YB Speaker,
Dalam kita membicarakan isu berkaitan pelantikan orang ini, terdapat juak-juak dan batu api yang cuba melaga-lagakan antara Kerajaan Negeri dengan istana. YAB Dato’ Menteri Besar dan kepimpinan Negeri, dituduh sebagai penderhaka oleh Awang Selamat dari Mingguan Malaysia dan digambarkan cuba hendak memperalatkan Istana. Saya sendiri difitnah demikian burok oleh mereka.. Dalam apa yang kita katakan sepanjang isu ini, tiada satu pun yang kita buat menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor. Yang berlaku ialah kita menyanggah cubaan watak-watak Pateh Karma Wijaya, Si Kitul dan Raja Mandeliar yang cuba mempergunakan istana demi mencapai agenda jahat dan dendam kesumat mereka terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.
Kita bukanlah orang yang mengungkapkan “sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam durhaka” yang dihamburkan oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Kita bukanlah orang yang sanggup menggelar raja kita sebagai ‘binatang’ seperti di Terengganu, dan kita juga bukanlah orang yang sanggup menabalkan orang lain sebagai raja seperti yang dibuat Annuar Musa di Kelantan.
Kita juga bukanlah rakyat yang berjiwa raja seperti mantan Menteri Besar Selangor yang ingin hidup dalam ‘mahligai Bali’, atau seperti Rosmah Mansur yang mendabik dada sebagai wanita pertama Malaysia sedangkan gelaran itu selayaknya untuk Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mungkin sudah biasa berganti suami, Rosmah keliru
suaminya sekarang ini hanyalah Ketua Kerajaan bukannya Ketua Negara!
Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan yang menghasut rakyat membenci raja-raja dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia begitu pakar Mingguan Malaysia dan Awang Selamat dan kumpulannya begitu “seni”... Lihat sahaja laporan-laporan dan ulasan mereka sepanjang 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja. Bacalah juga hansard parlimen ketika itu, kita dapati pemimpin-pemimpin dari BN memalukan dan menghina raja-raja melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana mereka. Inilah golongan penderhaka sebenar yang berselindung di nama Awang Selamat dan sebagainya!
YB Tuan Speaker,
Saya membandingkan peruntukan Fasal (1) Perkara 52 yang sedia ada yang menyebut pelantikan bagi 3 pegawai utama perkhidmatan awam di Negeri ini hendaklah dibuat oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkenaan. Tiada disebut DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri.
Yang anehnya, ada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini, yang berlagak pandai dengan menyatakan perkenan DYMM Sultan Selangor masih dikehendaki kerana baginda adalah ketua eksekutif seperti dinyatakan dalam Perkara 50. Orang ini yang selayaknya di gelar Si Kitul, memutarbelit dengan menyatakan persetujuan menteri besar
tidak perlu disebabkan Fasal (1), Perkara 52 tidak menyebut YAB Dato’ Menteri Besar.Ini yang peliknya, kerana Fasal (1) Perkara 52 pun tidak sebut DYMM Sultan Selangor. Orang ini telah membaca bersama, dua Perkara yang berlainan iaitu Perkara 50 dan Perkara 52. Itulah sebabnya saya menyoal beliau, mengapa tidak baca sekali Perkara 55 yang mengkehendaki DYMM Sultan Selangor mendapat nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) yang diketuai YAB Dato‘ Menteri Besar dalam menjalankan kuasa baginda?
Kalau orang ini boleh baca Perkara 50 bersekali dengan Perkara 52, apakah yang menghalang beliau untuk membaca kedua-dua Perkara tersebut dengan Perkara 55? Ini kerana dia dan tuan politiknya di Putrajaya tahu, mereka tersilap langkah dalam melantik SUK tanpa merujuk kepada Kerajaan Negeri yang diketuai YAB Dato‘ Menteri Besar.
Jawapan beliau untuk menegakkan benang basah dan pembohongan beliau ialah DYMM Sultan Selangor hanyalah menjalankan kuasa eksekutif baginda, oleh itu Perkara 55 tidak perlu. Dialah setiausaha sulit, dialah juga penasihat undang-undang dan dialah juga hakim yang membuat tafsiran. Ini sekali lagi menunjukkan daya fikir orang ini yang di kawal pihak tertentu.
Perkara 55 menyebut bahawa DYMM Sultan Selangor hendaklah mendapat nasihat MMKN dalam menjalankan mana-mana fungsi
baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Maka persoalannya, bukankah menjalankan kuasa eksekutif baginda itu adalah fungsi baginda yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh? Jika bukan fungsi apakah namanya? Siapakah yang memberikan kuasa eksekutif kepada baginda kalau bukan Undang-Undang Tubuh itu sendiri?
Jelas, menjalankan kuasa eksekutif baginda juga adalah fungsi baginda di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 maka ianya tertakluk kepada Perkara 55; nasihat MMKN atau YAB Dato’ Menteri Besar haruslah diperolehi. Oleh kerana mentaliti ‘budak suruhan’, maka puak-puak ini sengaja berkomplot membuat pelantikan SUK dengan memperalatkan istana dan tanpa melibatkan Kerajaan Negeri. Betapa biadapnya ‘budak-budak suruhan’ ini!
YB Speaker,
Oleh itu, saya berpandangan dan menegaskan, pindaan ini yang mengembalikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri adalah jalan terbaik bagi menghindarkan dari kekeliruan dan manipulasi berlaku di masa-masa hadapan. Pindaan ini jelas meletakkan setiap pihak ditempatnya, iaitu DYMM Sultan Selangor melantik pegawai, Kerajaan Negeri sebagai penasihat kepada baginda, dan Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan sebagai pihak yang membuat pelantikan. Setiap pihak mempunyai peranan dan peluang untuk bersuara dan memberikan pandangan.
Bukankah di dalam Islam setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara bermusyawarah, atau bermesyuarat? Hanya ‘budak suruhan’ Putrajaya sahaja yang mahu bertindak sewenang-wenangnya, melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini. Golongan ‘budak suruhan’ Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai “beraja di mata dan bersultan di hati”, bukannya baginda Sultan Selangor yang di kasehi.
Kepada ‘budak-budak suruhan’ ini, saya ingin tegaskan, sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya, bahawa Kerajaan Selangor ini adalah kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat. Jangan cuba hendak memaksakan kehendak kamu ke atas Kerajaan Selangor. Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan Pemangku Raja Terengganu; mereka adakan perarakan menghina dan memaki raja-raja di Perlis dan Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik istana untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima ‘budak suruhan’ mereka sebagai SUK di Selangor pula!
Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan sekali-kali membenarkan Putrajaya mnemperalatkan istana demi cita-cita politik mereka! Kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya seperti sebelum pindaan pada tahun 1993.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya! Bahkan, wujudnya Putrajaya sebagai wilayah persekutuan pun kerana kebaculan mantan MB Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. Ini sebagai imbuhan
kepada tuannya yang menjadikan beliau MB di Selangor. Pampasan dan royalti RM8 juta setahun yang diberikan, tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri! Inilah yang terjadi jika ‘budak suruhan’ Putrajaya diletakkan di Negeri ini; habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi dan politik mereka!
Oleh itu YB Tuan Speaker, saya menyokong penuh pindaan ini dibuat demi mengembalikan kuasa, kedaulatan dan maruah DYMM Sultan Selangor selaku raja berdaulat dan Kerajaan Negeri selaku kerajaan yang dipilih rakyat.
Teks ucapan ini adalah seperti yang diemail ke dalam blog ini tanpa sebarang edit.