Rabu, 9 Februari 2011

Di Malaysia hanya ada seorang saja yang betoi

Selepas Tun Mahathir menyerang Tok Guru Nik Aziz dengan mengelarkannya sebagai pemecah belah orang Melayu kini Tun sikit pun tidak mahu apa yang beliau buat selama 22 tahun sebagai PM nampak kata beliau ada buat salah dan zalim kepada rakyat Malaysia.Tun tidak mahu bertanggungjawab atas pembunuhan golongan ulama di Memali yang berlaku di era Tun Mahathir jadi PM dalam tahun 1985.Umno diharamkan pada tahun 1987 pun bukan salah Tun Mahathir tapi salah Pas juga..ha ha macam Tok guru jawab balik apa yang Tun kata kepada TGNA.

Kata orang kepada saya Tun Mahathir seorang manusia yang tidak akan kata beliau sesekali buat silap atau lakukan apa-apa kesalahan. Apa yang Tun buat semua betoi belaka.Yang salah dan silap orang lain bukan Tun! Pernah juga almarhum Ustaz Fadzil Nor Presiden Pas dikabarkan ada berkata beliau berdoa kepada Allah SWT agar Tun Mahathir dipanjangkan umurnya supaya dapat melihat apa yang telah beliau lakukan semasa berkuasa jadi PM.

Sekarang Tun Mahathir dapat melihat betapa ruginya orang Melayu hasil persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 yang tidak perbanyakkan kawasan parlimen Melayu.Ini semua orang tahu tapi Tun buat-buat lupa dan Umno sendiri sedar ini semua sebab tu sekarang terhegeh-hegeh mainkan ketuanan Melayu -Islam yang dah layu.

Kini Tun kata lagi Ops Lalang 1987 bukan salah beliau tapi salah pihak polis semata-mata yang menangkap pemimpin politik dan disumbatkan dalam ISA. Kata Tun Mahathir,"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate , yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.-Malaysiakini Ops Lalang:Mahathir persalahkan polis.

Pemimpin pembangkang mana yang Tun Mahathir jumpa sebelum Ops Lalang dilakukan?Adakah Tun berbohong atau Tun sudah hilang ingatan atau lupa?

Sama juga macam demontrasi anti regim Mubarak Jumaat lalu pihak polis pukul , tangkap peserta demontrasi dan maki hamun mereka adakah dapat arahan daripada kopral dan sarjan polis semata-mata kalau bukan pihak Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri sendiri? Ada PM Najib , Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara kata depa silap dan minta maaf kepada para demontrasi itu?

Baca juga;
Ops Lalang:Kit Siang cabar Mahathir namakan pembangkang, jangan salahkan polis-tmi
Mahathir bohong mengenai Operasi Lalang -Keadilan daily
Ops Lalang:Kenyataan Mahathir amat memalukan-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan