Selasa, 8 Februari 2011

Ni kerja Umno..

Betul kata blogger dan mantan PM Tun Mahathir Umno dah busuk hingga ke ususnya.Umno juga busuk daripada peringkat terendah hingga peringkat tertinggi.Hari ini kita dapat tengok memang perangai pemimpin Umno baik daripada peringkat ketua cawangan Umno hinggalah yang berada di puncak memang begitulah perangai Umno.Dah tak boleh nak ubah dah.

Ni kisah bekas exco Selangor (Umno) Shariff Jajang yang diperintah bela diri kerana tuduhan rasuah;

Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lepas.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.Baca lagi di sini.

Ni lagi satu belum apa-apa dah pitam dalam mahkamah juga kes rasuah.

Rasuah:Ketua Umno Pandan pitam ketika tuduhan dibacakan-Themalaysianinsider/Bernama

Ketua Umno Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abd Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abd Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abd Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek untuk meminda lapan daripada sembilan pertuduhan iaitu daripada memperoleh kepada menerima rasuah melibatkan RM169,323 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Bagi lapan pertuduhan itu, Abd Ghani, 43, yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa menerima rasuah itu daripada Abdul Rahman Yaacob.Baca lagi di sini.

Dalam masa yang sama timbul pula dakwaan Ketua Umno Puchong berzina dengan bini orang seperti yang dilaporkan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan