Isnin, 21 Februari 2011

Cepat pi tuntut wang anda RM4 Bilion sebelum kena bedal!

RM4 bilion tidak tuntut pemilik dan pewaris - Awang Adek (20/2/2011)

Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di sini hari ini, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

"Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat,” katanya. — Utusan/Bernama

Awang Adek kata nak pinjam wang RM4Bilion untuk tujuan pembangunan..boleh percaya ka?Dulu bekas Menteri didakwa songlap duit untuk orang miskin ,Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) RM 40 juta senyap tak ada berita hilang begitu saja.

Pilihanraya umum 13 dah dekat duit ni boleh guna untuk beli undi, buat projek mee segera, upah blogger sebarkan agenda BN yang dijenamakan atas nama dana pembangunan untuk halalkan guna duit berbilion ringgit kepunyaan rakyat.Ini wang RM4 Bilion sapa-sapa yang terlupa ambik baik lekas-lekas pi tuntut kalau tidak habis kena bedal! Nak tengok kisah- kisah lama pemimpin Umno-Bn songlap duit rakyat dan jadi kaki rasuah ada di sini.Hang pa baca tak seram bulu roma tak taw nak kata apa dah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan