Jumaat, 11 Februari 2011

Tun Hanif Omar kena debik dengan Suaram

Tun Hanif Omar yang bela bekas mantan PM Tun Mahathir dalam isu Ops Lalang 1987 yang menangkap ahli politik di bawah akta ISA dengan mengatakan Tun Mahathir tidak bersalah kini didebik oleh Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Song dengan berkata ;

"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.

"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.

" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.Baca lagi di Malaysiakini Pembikinan sebuah negara polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan