Selasa, 15 Februari 2011

Warga Aceh dan penduduk setempat meriahkan sambutan Maulidurrasul di dun Seri Muda

Sambutan maulidurrasul di Masjid Al-Falah ,Seri Muda, seksyen 25 Shah Alam dapat sambutan hebat masyarakat setempat yang bersatu dengan kira-kira 2000 warga Aceh jayakan sambutan maulidurrasul 1432 H.Perarakan turut diadakan disekitar pekan Seri Muda dengan kerjasama pihak polis.

Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing dijadikan korban untuk jamuan yang bermula sejak malam Selasa hingga ke hari sambutan maulidurrasul yang disumbangkan warga Aceh sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Ceramah agama juga turut diadakan dengan menampilkan pendakwah bebas Ustaz Nik Bakri dan ustaz Dr Badrulamin yang dipengerusikan oleh Ustaz Husni bekas imam masjid TTDI Jaya U2 Shah Alam.

Ustaz Nik Bakri dalam ceramahnya menyatakan umatIslam janganlah menipu diri sendiri dan bermuka-muka menyambut maulidurrasul sedangkan dalam masa yang sama menolak hukum Allah SWT. Nabi Muhammad SAW membawa rahmat sekelian alam, cinta nabi dapat rahmat , nak dapat rahmat Allah ialah dengan ikut apa yang nabi tinggalkan kepada seluruh umat manusia.Beliau menyeru seluruh umat Islam kembali kepada ajaran Islam
secara total dan menyeluruh.

Sementara Ustaz Dr Badrulamin pula berkata umat Islam bukannya kena tiru bentuk tubuh nabi Muhammad SAW tapi akhlak baginda nabi Muhammad SAW.

Ustaz Dr Badrulamin juga berkata, "Umat Islam tidak perlu takut dengan hukum hudud.Orang yang takut dengan hukum potong tangan ialah si pencuri, orang yang takut dengan hukum sebat kerana minum arak ialah si peminum arak , orang yang takut dengan hukum zina ialah si penzina." Tanya beliau lagi," adakah kita semua si pencuri, si peminum arak kerana takut dengan hukum hudud?"

Turut hadir dalam majlis maulidurrasul di Masjid Al-Falah ialah ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah dan adun Seri Muda Shuhaimi Hj Shafie.

1 ulasan:

  1. Yang tak sambut Maulidulrasul cuma puak Wahabi saja....dan 'tok guru' yang boleh samakan Rasulullah semasa kanak-kanak adalah sama dengan kanak-kanak yang lain...

    Apa punya celaka puak wahabi ni...alat dajjal..

    BalasPadam