Selasa, 8 Februari 2011

'Perlantikan Isa Samad buruk untuk pasaran': Umno tak malu ka dengar..

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politk dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya. Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005. “Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal.-Malaysiakini.

Yang kata Isa Samad buruk untuk pasaran, jadi Pengerusi Felda , besa terlibat dengan gejala rasuah dan kaki politik wang bukan ketua JKK, bukan ketua cawangan Umno tapi tokoh korporat bank ternama di Malaysia.Woit ! Mak Cik Felda tak rasa malu ka berketuakan orang seperti Isa Samad?Nak malu apa kalau itu pilihan Najib dan Rosmah Mansor.Nak malu apa Isa Samad bertanding di prk Bagan Pinang pun boleh menang walaupun terpalit dengan rasuah politik wang!

Aaah..! mak cik felda tak tau apa pun yang penting harga kelapa sawit dan harga getah mahai sudahla, Pengerusi Felda terpalit dengan rasuah tu dia punya pasai la..barang mahai pun makcik felda tak heran duit getah dan kelapa sawit banyak lantak la ..

Ini budaya orang kita apa boleh buat maruah dan moral pemimpin tak penting yang penting apa yang pemimpin tu boleh bagi kat kita. Pemimpin boleh sapu , boleh rembat harta rakyat , boleh suap sapa yang mereka mau suap untuk tutup mulut .Yang penting sama-sama kenyang , yang bagi kenyang yang dapat pun kenyang..habis cerita ..tutup buku..

Umno-Bn tak perlu bimbang mereka akan terus berkuasa selepas pru 13 kerana orang kita tidur lena , makan kenyang walaupun duduk rumah PPRT, rumah setinggan mereka akan sokong BN sampai bila-bila..Gelombang kebangkitan rakyat di dunia Arab tak akan berlaku di Malaysia.

1 ulasan:

  1. jadi tak payah la ada Pembangkang..dah berbuih mulut dan habis berbotol dakwat menulis eburukan' dan 'kejahatan' BN tapi pengundi tak ambik pot pun..jadi marilah kita masuk UMNO ramai2 dan rebut peluang yg di sediakan!!!

    BalasPadam