Selasa, 22 Februari 2011

'Libya akan jadi sungai penuh darah'- Anak Gaddafi

Anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tampil di televisyen bagi menegaskan bapanya akan terus berkuasa dengan sokongan tentera dan terus
‘berjuang sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir’ selepas protes anti pemerintah merebak ke ibu negara itu apabila pembantah memasuki pangkalan tentera dan merampas senjata api. “Libya berada di persimpangan jalan. Jika kita tidak setuju dengan pembaharuan yang ditawarkan hari ini, Libya akan melihat sungai penuh darah,” kata Saif al-Islam, semalam, mengenai protes yang sudah berterusan enam hari.

Saif juga memberi amaran bahawa tunjuk perasan boleh mencetuskan perang saudara hingga kekayaan minyak Libya musnah.

Ucapan itu diikuti tindakan keras pasukan keselamatan yang menembak ribuan penunjuk perasaan dan mereka yang menyertai perarakan pengebumian di timur bandar Benghazi. Kejadian itu menyebabkan 60 terbunuh pada Ahad saja, menurut doktor di sebuah hospital.

Sejak kebangkitan itu bermula, 233 penduduk Libya terbunuh, menurut pegawai perubatan, kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang.
Di Kota Benghazi, penunjuk perasaan menguasai keadaan dan mengambil alih
pejabat keselamatan utama selepas pertempuran membunuh 60 lag penduduk.

Tindakan Libya terhadap penunjuk perasaan itu dikatakan yang paling keras
antara negara Arab, berbanding bantahan yang menggulingkan pemimpin Tunisia dan Mesir.

Tetapi, Saif berkata, bapanya akan terus menang. “Kami bukan Tunisia dan Mesir. Gaddafi adalah pemimpin kami yang mengetuai peperangan di Tripoli dan kami bersamanya.

“Pasukan keselamatan bersama beliau. Ratusan ribu akan berada di sini bersama beliau. Kami akan bertarung sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir. Ini adalah komplot menghancurkan Libya,” katanya dalam ucapan 40 minit.-Berita Harian Online. Baca juga di sini, di sini dan di sini.

Berapa ramai lagi akan terkorban dan berapa banyak lagi akan terbunuh.Sebanyak mana Gaddafi boleh bunuh rakyatnya sendiri yang bangun memberontak, 1000,2000, 3000 orang?Anak Gaddafi sayangkan minyak Libya dan sanggup bunuh rakyat Libya sebanyak mungkin janji bapanya terus berkuasa.

Teringat akan kata-kata ugutan Presiden Umno dan PM Malaysia Najib dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin yang makin terperosok ke tepi dinding yang kata sanggup pertahan Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun termasuk sanggup hilang nyawa..

Protests against Gaddafi's rule have prompted harsh reprisals in several cities, including the capital Tripoli [Reuters]

1 ulasan: