Ahad, 18 Julai 2010

Lagu perpaduan Melayu sat kembung sat kempeh


Setelah Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang kata kerajaan perpaduan dah mampoih berulang kali kini lagu perpaduan Melayu terus dicanang pulak daripada pihak Umno dan sekali sekala terbit juga daripada mulut pemimpin Pas yang masih gila bayang dengan parti Umno yang dah busuk hingga ke usus(Tun Mahathir kata). Terkini Mufti Perak Harussani kata beliau impikan perpaduan Pas-Umno terjalin sebelum ajal datang menjemput beliau.

Kata Harussani ;

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari ini.-Malaysiakini/Bernama Harussani;Umno, Pas memang nak bersatu.

Cita-cita Harussani nampak macam baguih dan segelintir pemimpin pas yang masih jadikan kerajaan perpaduan sebagai candu mungkin setuju dengan cadangan Harussani. Harussani yang lebih tergilakan perpaduan Umno-Pas semasa isu judi bola timbul senyap tak kata apa.

Tok mufti kat Malaysia bantah judi pun tak dak yang depa gilakan hanya perpaduan Melayu. Sepatutnya bila timbul isu judi golongan mufti yang mula-mula bagun lawan dan tentang tapi tidak ! Yang bangun lawan judi bola anak-anak muda yang tak pandai sangat hukum hakam agama tapi depa tau kata judi tu haram.

Kata Tok Guru Nik Aziz tiada lagi rundingan politik dengan Umno tapi kalau runding nak bagi royalti yang memang hak Kelantan itu boleh. Baca Nik Aziz tak mahu bincang politik dengan Muhyidin-Bernama.

Kalau orang yang buruk perangai , masa duduk serumah dulu besa tumbuk kita sampai lebam-lebam , tendang kita keluar rumah tau -tau mai rumah kita , tarik tangan kita ajak berunding tapi dipinggangnya terselit pisau belati nak tikam kita boleh ka nak berunding! Kalu nak lebam lagi pi la buat perpaduan dengan Umno.

Berkaitan;
Selepas Presiden Pas Dituduh Pengganas , Kini Pas Pulak Dtuduh Sesat-Misaimerah
Harussani semakin celaru-Harakahdaily
Nik Aziz: Politik Melayu kukuh jika Umno tukar dasar-Bernama/Malaysiakini
Pas tak pernah minta mufti Perak jadi orang tengah temu Umno-Malaysian Insider
Umno-Pas : Muhyidiin alu pihak mahu jadi perantara-malaysiakini

2 ulasan:

  1. mungkin shafie afdal benar, kalau tak, tak kan masih ada 'pertemuan'.

    kalau pas rasa dia tak sesat, nape syok sangat dengan yang sesat(?)?. yang sesat pasti ada tarikan di antara satu sama lain.

    bab nak bincang/jumpa/muzakarah dengan umno pas patut memilih untuk berdiam. tgna kata tak nak bincang pasal politik, kalau pasal royalti boleh. stopa ali terus sambut, 'pas sedia bincang g 2 g.' umno dok gentel batu pel** pas, sudah tentu pas rasa geli2. geli kerana geng ug masih mencengkam tampuk pentadbiran pas. cengkaman ini digunakan ke tahap maksima. mengatur 'strategi' 'bincang/jumpa/muzakarah. virus itu tak mampu pas bunuh kerana gagal mengadakan muktamar khas saranan tgna. sekarang di keliling tgna adalah virus ug yang diletakkan oleh yang mencengkam kuasa. 'royalti' begitu menarik sekali, tak payah nak buka tanah, tebang pokok macam konsesi balak. dengan royalti fulus masyukkkk macam kat ganu tu. kalau kat selangor kontraktor pas diketepikan, di kelantan pun cam tu jugaklah. almaklumlah - bersatu!

    hampeh betul!

    BalasPadam
  2. Saya rasa tak payah dan tak perlu menyatukan Melayu dengan mengabungkaan PAS dan UMNO...

    Kita sudah sedia maklum PAS dari dulu dan sekarang memperjuangkan Islam lebih dari memperjuangkan Melayu, manakala UMNO pula sebaliknya dari dulu hingga sekarang sibuk memperjuangkan Melayu (kononnya) dan sampai sanggup mengenepikan Islam (contoh Lesen kilang Arak, lesen judi dan sebagainya).

    Penyatuan Melayu boleh berlaku dengan penyatuan Islam...

    Rumusannya: keluar UMNO dan masuk PAS.
    Hasilnya: Islam dan melayu akan unggul dan gemilang.

    Saya juga dulunya ahli UMNO tetapi sekarang menyertai PAS (Ahli seumur hidup) dan akan terus berjuang dalam PAS.

    BalasPadam