Khamis, 31 Mei 2012

Hidup Rakyat! Aduka Taruna tak bersalah hina almarhum sultan

Penulis blog tak bersalah hina almarhum sultan-m'kini
Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepadaMalaysiakini.

NONEKhairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru -Gambar dan berita Malaysiakini


Haha takkan tegur sikit no plate WWW1 pon Umno dan gerombolan repot polis.Tahniah!Tahniah rakyat menang!hidup rakyat! mampos gerombolan.

Rabu, 30 Mei 2012

Kata menatang kat raja boleh pulak!

Nizar disiasat berhubung isu WWW1-m'kini

Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam Twitter berhubung bidaan sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1.

Ketua Polis Negeri Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan sebuah pasukan petugas telah ditubuhkan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Hasutan lapor Star Online.
azlanSementara itu, Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi:  "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

Ahbar Sinar Harian pula melaporkan Nizar berkata apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar berkenaan.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dilaporkan berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” tambahnya

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.-m'kini

Saya dah kata jangan komen apa pun kalau libatkan orang istana ni.Kalau Umno kata natang atau menatang kat raja boleh aja dong!Sementara tu Braheng Ali suruh tarik balik gelaran Nizar.Tarik la bukan boleh bawa mati pun gelaran tu!

Kata apa pun tak boleh, tegur sikit pun tak boleh.Sikit-sikit Umno dan gerombolan nak batu api cucuh bagi menyala sakan kononnya merekalah pembela raja dan sultan.Piraaah!

Saidina Abu Bakar As siddiq sewaktu diangkat jadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW yang dikasihi berkata,"Jika aku berbuat baik bantulah aku, jika aku tersesat bantulah aku."Baca di sini.Dalam dunia ni yang maksum hanyalah Nabi Muhammad SAW.Lain pada tu semua serupa.Tak kira dia Cina,Melayu atau India yang muslim yang diambil kira disisi Allah SWT hanyalah orang yang bertaqwa.



Terbukti pencacai gerombolan Umno kaki penipu dan auta

Amcham:Perhimpunan Bersih tidak jejas pelaburan-Malaysiaki
Dewan Perniagaan Amerika (Amcham) tidak melihat sebarang impak ke atas sentimen pelabur di kalangan ahlinya selepas siri perhimpunan BERSIH dijalankan.
Gabenor Amcham, Wong Siew Hai berkata kajian oleh Malaysian American Electronics Industry malah mendapati pelaburan meningkat sejak tahun lalu.

Beliau berpendapat bahawa perhimpunan berkenaan tidak memberikan impak dan kebanyakan syarikat anggotanya semakin berkembang.

Pelabur hanya "memerhati dari sisi" namun dijangka tidak mengurangkan pelaburan mereka, katanya kepada pemberita di persidangan Invest Malaysia 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Ada di kalangan syarikat berkenaan turut membuka pejabat serantau mereka di sini, katanya lagi.-Malaysiakini


Pembohongan dan kaki auta pencacai Umno yang kata peniaga dan penjaja rugi semasa demo Bersih 3.0 memang jelas bohong apabila mampu tawarkan hadiah dan cabutan bertuah kepada yang bersekongkol dengan towkey ikan bakar Sekinchan.Rugi tapi boleh bagi hadiah Lamboghini dan BMW!


Puak-puak upahan ni kerjanya berjalan ikut upah yang diberikan.Banyak upah banyakla kerja bodoh dilakukan untuk menipu orangramai tentang fakta sebenar demo Bersih 3.0.Tidak hadir demo ,tidak jadi penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur tapi menyamar sebagai penjaja dan peniaga kecil di Kuala Lumpur.


Semua kerja bodoh ni dilakukan untuk tutup keganasan polis yang bertindak ganas terhadap rakyat yang berdemo dalam Bersih 3.0.Semua ni atas arahan pemimpin regim Umno-BN yang berkuasa di Putrajaya.


Nak berniaga-niaga la tapi jangan main politik bodoh.Restoran kena boikot sapa yang rugi?Bukan pelanggan tak mau masuk restoran ikan bakar tu tapi pelanggan meluat sebab towkey restoran menipu orangramai kata peniaga dan penjaja rugi semasa demo Bersih3.0!


Bohong mengenai isu Bersih 3.0 ini juga sampai ke Mekah dan Madinah.Bohong kata kerajaan Arab Saudi kurangkan kuota haji Malaysia kerana rakyat Malaysia berdemo Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah!


Bukan takat rakyat Malaysia saja tertawakan gelagat dan perangai pemimpin Umno,pencacai Umno selepas demo Bersih 3.0 malah seluruh dunia tak percaya dengan apa yang dicakap pemimpin regim Umno-Bn mengenai Bersih 3.0.

Selasa, 29 Mei 2012

Mufti Perak ...yang ni tak Ghulub ka?

Hebatnya wasatiyyah Najib-Himpunan jutaaan belia Putrajaya 2012.Tengok 'Salam 1Malaysia dari Najib'
Yang ini bukan ghulub tapi semua suara ulama upahan Umno jadi kulup nak tegur Najib-Himpunan jutaan belia Putrajaya 2012
Tarikan utama untuk pengunjung ke Himpunan jutaan belia Putrajaya 2012
Najib kata Haramjadah kepada peneroka Felda yang tolak saham FGVH.Kini ideologi haramjadah jadi ideologi Najib!
Berkaitan;
Muzakarah:Mufti Perak sifatkan Pas Ghulub-Sinar harian online
Konsert Himpunan Belia mana suara Majlis Fatwa-Harakahdaily
Himpunan Belia:Kerajaan belanja RM20 juta?-Keadilandaily
Pemuda Pas:Kerajaan anjur 'maksiat' di hari belia-M'kini

Mai layan lagu ni

Skandal kapal selam Scorpene jahanam nama baik M'sia di seluruh dunia

Kos keseluruhan pembelian
Bayaran kos kapal selam Scorpene pada 2002 sebanyak RM2.14bilion(1euro=3.2 pada 2002) nilai sekarang 1euro=RM4.4
Anggaran komisen ialah RM540 juta(Euro114.9 juta)


Senarai 7 saksi yang dikemukakan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) diterima(dibenarkan) oleh hakim Perancis ialah Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan sekarang),Najib Razak (PM dan bekas Menteri Pertahanan),Razak Baginda,Setev Shaaribu(bapa Altantuya),Lodin Wok Kamarudin,P.Balasubramaniam(Penyiasat Persendirian) dan Jasbir Singh Chahl(Pegawai kanan Perimekar).


Hakim kes skandal Scorpene di mahkamah Perancis ini ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire.Manakala peguam kes ini ialah William Bourden dan Joseph Breham.Dapatkan berita lanjut dalam akhbar Suara Keadilan bil 68 di pasaran


Timbul persoalan beranikah Najib dan Zahid Hamidi hadirkan diri di mahkamah Perancis?Bak kata orang berani kerana benar takut kerana salah.Inilah masanya untuk Najib bersihkan dirinya daripada sebarang salah laku yang menimpa beliau.Imej Najib tercalar dan jatuhkan maruah negara jika beliau terus berdiam diri dan tidak berani hadir ke mahkamah Perancis untuk bela diri.Berdegar -degar Najib mahu pertahankan Putrajaya walaupun nyawa, tulang dan badan berkecai tapi adakah Najib tidak mampu pertahankan diri sendiri di mahkamah Perancis?


Sementara itu Tun Mahathir bekas PM kata kerajaan Najib masih lemah;

“Apabila lemah beliau perlu berhadapan dengan kritikan Tapi bila berhadapan dengan masalah ini apa pun yang dibuat tidak akan cukup ” kata bekas pemimpin Barisan Nasional BN ini dan menambah Najib mewarisi perikatan yang lemah yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.

Berita berkaitan;
Scorpene:Maklumat lanjut akan didedah di Bangkok-M'kini
Imuniti tidak halang Najib dibicarakan di Perancis-Keadilandaily.com

Haha Maharajalawak Umno dari Perak Hidup Dap!Hidup Umno!

Mula-mula kisah Maharajalawak Umno ni bermula di sini


Bila dah cool lari masuk Umno balik haha ludah ke langit jatuh dalam mulut sendiri.Hidup Dap!Hidup Dap! bila tak dapat pasir.Bila dah dapat menangis-nangis menyesal maki Umno haha..ini namanya bapa munafik.Orang macam ni dah banyak kita tengok dan lihat.Semua pekong Umno dibukanya kaki betina,kaki amoi Siam,bapa rasuah.Busuk punya olang!
Tengok ni dah menyesal bila dapat projek tak dapat meroyan-royan

 Haha..Apa yang Umno tak kata kat Dap?Dap rasis,Dap anti Melayu,Dap anti Islam! Tapi kuasa Allah SWT sapa pon tak boleh lawan akhirnya keluar dari mulut pemimpin Umno kata Hidup Dap!Hidup Dap! padan muka !
Baca juga;
Naib Pemuda Umno Kampar mohon maaf-Perak Today
Pecah lubang bagi Amoi Siam baru lulus pasir-MM

Umno rompak Tanah Rezab Melayu

Kerajaan pajak 100,000 ekar tanah rezab Melayu ke Bursa Saham-Keadilandaily.com

KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah keseluruhan 847,362 ekar tanah yang
dipajakkan dan kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd.
Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
“KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang
terlibat.
“Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak ini, sejumlah 105,382 ekar adalah
tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah rezab Melayu di seluruh negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN, di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, FGVH diberi hak menguruskan tanah itu selama 99 tahun melalui satu perjanjian dengan Felda pada 1
November 2011.
Katanya, syarat pindah milik tanah rezab Melayu sangat ketat dan jika statusnya dibatalkan, kerajaan negeri perlu
menggantinya dengan keluasan yang sama.
“(Tetapi) perjanjian ini tidak sebut sama ada status tanah ditukar atau tidak.
“Selepas ‘initial public offering’ (IPO), penjualan saham akan dibuka seluasnya termasuk kepada syarikat asing, dan
peruntukan saham kepada peneroka hanya 2.5 peratus,” katanya.
Berikutan itu, beliau menunggu jawapan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri
Isa Samad mengapa tanah yang diperuntukkan kepada orang Melayu turut dipajak kepada FGVH.
“Apakah jaminan kerajaan bahawa tanah ini tidak bertukar tangan, dan pembangunannya nanti mengikut semangat tanah
rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun lalu,” soalnya lagi.
Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri dengan
tujuan untuk menjamin pemilikan tanah orang Melayu.
Menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah rizab yang dibatalkan wajib digantikan di tanah lain yang
sama jenis dan luasnya di negeri yang sama-keadilandaily
Dapatkan akhbar Suara Keadilan bil 68 untuk pendedahan lanjut bagaimana rakusnya puak gerombolan jahanamkan Tanah Rezab Melayu hari ini di pasaran.

Isnin, 28 Mei 2012

Ya ampoon..plate WWW 1 bernilai RM520,000 milik sultan Johor, kita komen kita masuk lokap

Sultan Johor pemilik pemilik plate WWW 1berharga RM0.5 juta-Malaysiakini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan 
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod  'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.-Malaysiakini


Sebak pun ada sedih pun ada tengok ramai lagi rakyat Malaysia yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.


Jangan sapa komen lebih-lebih tengoklah nasib Anuar Musa Timbalan Presiden Bolasepak Malaysia (FAM) kena gantung dua setengah tahun kerana kritik mutu bolasepak Malaysia.


Saya teringat kisah Umno Terengganu kata 'Natang' (menatang) kepada Sultan Terengganu kerana tak puas hati lantik Ahmad Said sebagai MB Terenggganu selepas pru 12 tapi mereka tidak dikenakan sebarang tindakan.


Kerajaan untung besar,JPJ kaut untung hanya dengan jual no plate tertentu.Tu belum kira lagi saman ekor yang kaut untung berbilion ringgit setiap tahun.Rakyat tak bayar saman kena kejar sampai depan pintu tapi ada puak atasan lari laju sampai tara mana pun tak payah bayar saman.

Bukit Jalil 120 ribu ,Putrajaya 2 juta, tapi pilihanraya tak buat juga

Dalam himpunan ulangtahun Umno di Bukit Jalil minggu lepas akhbar milik Umno Utusan Malaysia kata seramai 120,000 hadir dalam himpunan tersebut.Gegak gempita termasuk Najib seronok dengan jumlah kehadiran yang turut diangkut dengan bas dan diberi duit saku untuk hadir rai ulangtahun tahun Umno.Najib kata dalam himpunan di Bukit Jalil tu, "Kalau macam ni esok pi jumpa Agong bubar parlimen."Akhirnya parlimen tak bubar pun Najib pi melawat UK dan Amerika Syarikat.Tu la PM kita yang suka melawak bohong!

Himpunan di Bukit Jalil tu berakhir dengan tragedi kemalangan jiwa penyokong Umno. Mangsa yang terkorban dalam kemalangan tersebut ialah Roha Abdul selain penumpang yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan bas yang dinaiki di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban.

Dalam himpunan jutaan belia 2012 di Putrajaya pulak media Umno melaporkan seramai 2 juta orang hadir yang turut disediakan dengan pelbagai acara untuk tarik orangramai hadir.Kembang punggung pemimpin Umno yang kini seronok bermain angka ratusan ribu dan jutaan  rakyat yang kononnya kembali menyokong BN.Himpunan jutaan belia di Putrajaya juga berakhir dengan kejadian ngeri yang telah mencederakan 17 orang dan 4 orang dilaporkan parah dalam kejadian lumba kereta drag.Mak-bapak mangsa semua redha dengan apa yang terjadi dan berkata ini takdir.Sinar harian kata seramai 22 orang cedera dan 3 parah dilanggar kereta drag.

Kawan saya kata," Di Putrajaya 2juta belia berhimpun, di Bukit Jalil 120 ribu penyokong dan ahli Umno berhimpun apa lagi tunggu buat la pilihanraya!"

Berkaitan;
Kerajaan Najib masih lemah, kata Dr Mahathir-m'insider

Wasatiyyah atau 'Wa Ta La Kisah'

Saya tengok di laman FB Bus Man yang tulis di wall beliau ,Ini 'Wasatiyyah atau Wa Ta La' Kisah' komen sempena Hari Sejuta Belia di Putrajaya yang berakhir Ahad 27 Mei kelmarin.

Najib telah buang konsep Hadhari Pak Lah bekas PM dan gantikan dengan konsep Wasatiyyah sebagai-gula-gula kepada orang Islam dan Melayu.Apa dia Wasatiyyah?Baca di sini.

Wasatiyyah cara Najib juga telah jadikan rakyat yang lawan Umno sebagai mangsa korban mereka untuk Umno terus berkuasa di Putrajaya.Sesuai dengan kata-kata Wasatiyyah Najib yang mahu pertahankan Putrajaya walau tulang dan badan berkecai.“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan” semasa Perhimpunan Agung Umno pada 21 Oktober 2010, Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan.Baca di sini.


Baca juga;
17 cedera dalam acara lumba di perhimpunan belia-M'kini





Pengajaran buat semua kalau terlalu seronok dan lupa kepada Allah SWT.

Ahad, 27 Mei 2012

Kalau demo rakyat 'demo-crazy' demo Umno pulak gilababi!

Tun Mahathir dah tua tapi masih bercakap soal politik yang pertahankan Umno-BN.Patutnya kita tak lagi bercakap dan menyerang Tun.Bukan ada untung apa beliau bukan lagi PM Malaysia.Tapi bila Tun kata PR akan bertindak ganas iringi kekalahan mereka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kita kena jawab balik apa yang disebut Tun tu adalah terbalik.Umno lah yang akan jadi ganas kalau hilang kuasa di Putrajaya.

Dalam zaman Umno berkuasa ni pun banyak serangan samseng dah berlaku seperti samseng Jalan Kebun pukul India, samseng Dataran Merdeka pukul dan belasah mahasiswa,samseng di Melaka baling batu dan telur dan terkini samseng Umno Wilayah Persekutuan KL baling batu dan telur di Lembah Pantai sampai ada warga emas dan kanak-kanak cedera parah.

Seperti biasa Umno baling batu sembunyi tangan atas segala kerja ganas dan samseng yang Umno buat.Mampoih tak mengaku.Tu zaman Umno ada kuasa berlagak samseng, kalau kalah dan hilang kuasa di Putrajaya agak-agak la berapa banyak yang mati kena bunuh dengan samseng Umno?

PM Najib belajar daripada Mahathir dan Rosmah macam mana nak cakap putar belit dan berkuntau lidah dengan rakyat Malaysia.Kata PM Najib dalam laporan malaysiakini Najib:Demokrasi bukan 'demo-crazy'"Apa yang kita buat tak lain tak bukan kita amalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi bukan demonstrasi jalanan, tendang anggota polis.
"Itu bukan demokrasi, itu 'demo-crazy'," kata Najib sewaktu merasmikan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya -Lapor Malaysiakini 

Ni cakap putar belit dan perlecehkan tuntutan rakyat namanya.Semua rakyat dan dunia tahu pihak polis yang dapat arahan regim Umno-BN lah yang paling ganas dalam demo Bersih 3.0.Hanya Umno yang tak mengaku dan buta mata hati.
Ni gambar rakyat yang kena terajang dengan polis atas arahan regim zalim Umno-Bn dalam demo Bersih 3.0.
Ni la kerja Umno daripada dulu,kini dan selamanya.Tapi ni bukan demo-crazy tapi demo gilababi!

Rakyat tuntut pilihanraya Bersih yang begitu mudah ditunaikan kata demo-crazy tapi Umno lagi teruk dah jadi gilababi.Jangan harap tuntutan mudah ini ditunaikan.Tunggulah macam tunggu dan tengok babi panjat pokok dan boleh terbang!
Berkaitan;
92% rakyat mahu daftar pemilih dibersih sebelum pru-Malaysiakini
Tinjauan:49% tak percaya proses pilihanraya-Malaysiakini
Exco:Batu dan telor idea pilihanraya bebas Najib?-Malaysiakini
Terbukti Umno cetus kejadian berdarah-Harakahdaily

Jumaat, 25 Mei 2012

Kalau Menteri Agama pun cakap bohong dengan siapa lagi kita nak percaya?

Kurang kuota haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0-Harakahdaily
Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.

"Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.


Roboh untuk buat yang baru


"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar).

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.-harakahdaily

Jamil Khir Baharom dalam laporan Utusan yang memetik laporan Bernama kata PM diminta campurtangan selesai masalah kuota haji berkata 
"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. 

Jamil Khir sebelum ini pernah didakwa salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  untuk bayar kos guaman pembatalan kes qazaf Anwar Ibrahim.Kes tersebut hingga kini senyap tanpa sebarang tindakan.

Kalau jadi menteri agama pun cakap tak boleh dipercayai dengan siapa lagi kita nak percaya?Pak Arab tu tak pikir pun pasal Bersih 3.0 yang dia tau hasil dan keuntungan beratus juta setiap kali musim haji tiba.Pak Arab tu juga hanya kira untung hasil minyak petroleum yang begitu banyak di Arab Saudi.Najib dan Jamil patut tanya dan belajar dengan pemerintah Arab Saudi macammana minyak petrol dan diesel di Arab Saudi begitu murah untuk rakyatnya bukan sibuk dengan kuota haji.

Bekas PM Mesir kena baling kasut

PM era Mubarak dibaling kasut-Beritaharianonline


PENUNJUK perasaan mengangkat kasut ketika mengejar Ahmed Shafiq yang tiba untuk mengundi di Kaherah, semalam.
PENUNJUK perasaan mengangkat kasut ketika mengejar Ahmed Shafiq yang tiba untuk mengundi di Kaherah, semalam.
Ahmed Shafiq dikejar pengundi pada hari kedua pilihan raya presiden

KAHERAH: Bekas perdana menteri dan panglima tentera udara era Hosni Mubarak yang menjadi antara 12 calon bertanding jawatan presiden Mesir, Ahmed Shafiq, 70, menjadi sasaran kemarahan pengundi yang membaling batu dan kasut ketika beliau tiba di sebuah pusat mengundi semalam.Laporan menyatakan, sebaik tiba di pusat membuang undi Fatima Anan di sini, penunjuk perasaan yang memegang kasut dan batu mula melaungkan kata-kata: “Penjenayah sudah sampai, pengecut sudah ada di sini, pergi jahanam dengan undang-undang tentera!”.Tidak cukup dengan itu, mereka terus mengejar Shafiq sambil melempar kasut dan batu ke arah tokoh itu yang bergegas masuk ke dalam keretanya sebaik mengundi.

Shafiq sebelum ini secara terbuka mengecam kebangkitan golongan muda di Mesir yang menunjuk perasaan sehingga Mubarak digulingkan, menyebabkan beliau menjadi antara tokoh paling dibenci dalam pilihan raya kali ini.

Kabinet Mesir kemudian menawarkan untuk meletak jawatan, tetapi tidak diterima tentera, mengakibatkan bantahan semakin memuncak.

Mereka juga membawa gambar dua mangsa yang terbunuh ketika kebangkitan, Alaa Abdel hadi dan Mina Daniel, sambil menegaskan tunjuk perasaan diadakan bagi mengingatkan pengundi, bahawa tanpa pengorbanan golongan muda Mesir, pilihan raya tidak mungkin dapat diadakan.


Ha ha ini yang ditakutkan diktator di seluruh dunia.Ini yang ditakutkan Najib,Tun Mahathir jika  tumbangnya regim Umno-Bn dan hilang kuasa di Putrajaya.Cuba tengok sekarang pihak gerombolan main taktik kotor serang ceramah PR tapi dituduhnya rakyat yang ganas mau rampas kuasa secara ganas.
Baling batu sembunyi tangan.Ludah ke langit jatuh dalam mulut sendiri.Tuiiih! Tun Madey kata demo ganas akan ekori kekalahan Pakatan.Siapa yang ganas?Umno yang ganas atau rakyat yang benci Umno-BN?

Dr Asri kata 'senaman punggung' hanya diterima masyarakat Zulu Afrika

Dr Asri Zainal Abidin bekas Mutfti Perlis kata dalam tulisannya di Malaysiakini;
"Islam itu indah, ia mesti disampaikan dengan cara yang berkesan dan indah. Ya, keindahan itu kadang-kala ia subjektif, tetapi kerangka masyarakat dan budaya yang mereka mengelilingi mereka juga menentukan keindahan itu. 

Sudah pasti "senaman punggung" 
bukan keindahan. Jika ia hendak dijadikan saluran dakwah Islam, sudah pasti tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan budaya yang ada. Mungkin ia diterima dalam masyarakat Zulu Afrika, tetapi tidak dalam masyarakat kita."-Malaysiakini Berdialog dengan apa yang LGBT percaya.Klik tajuk untuk baca semua.


Media Umno ni rasa bangga tengok kelaku penyokongnya buat senaman punggung depan rumah Ambiga.Majlis Fatwa yang kata demo Bersih 3.0 haram tak berani komen.
Ini masyarakat Zulu Afrika yang suka telanjang dan separuh bogel tak kira jantan dan betina serupa.Tengok video di sini.

Ni gelagat puteri Umno yang tunjuk punggung ketika musim pilihanraya.


PM Najib dah hilang kawalan ke atas semua organisasi Umno,NGO pro Umno yang bertindak samseng,lucah dan pengotor.Beliau dah jadi amat lemah sebab tu sepatah 'haramjadah'(pinjam ayat Najib yang kata peneroka haramjadah) tak komen apa akan keganasan dan kelucahan penyokong Umno yang semakin teruk dan ganas.Mungkin ni semua akibat kata-kata Najib sendiri 'Pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun'.

Baju Kuning 4.0 ketat ,padat,sendat nampak macam rumah flat

Gambar ini sengaja dibesarkan imej untuk nilaian anda sendiri.Ketat , padat,sendat dan melekat.Semua nampak,semua terburai.Ni puak yang berlagak nak Bersih 4.0 yang tidak ada kaitan dengan demo Bersih 3.0 28 april lalu di Dataran Merdeka.Puak-puak ni dapat baju free bukan beli sendiri.Kata orang ukur baju dibadan sendiri..haha.Nampak macam rumah flat pun ada.
Ni lah padahnya kalau semua free.Gerombolan sponsor untuk buat kacau.Malu langsung tak ada dalam diri mereka.Kesiaan kerana dipergunakan gerombolan.Imej daripada blog tukartiub.blogspot.com

Rakyat Palestine baling batu kepada Zionis Yahudi , Umno baling batu dan telor takut hilang Putrajaya

Pesta baling batu dan telor ayam kini jadi agenda utama penyokong Umno yang takut hilang Putrajaya selepas pru 13.Inilah cara Umno untuk jawab hujah parti lawan.Nak berhujah secara gentleman Umno tak reti.Inilah yang dikatakan betapa jahil dan jahatnya Umno berpolitik.

Rakyat Palestine yang kena tindas dengan regim zalim zionis Yahudi baling batu sebagai senjata mereka untuk lawan Zionis Yahudi.Berbeza dengan penyokong Umno guna batu dan telor ayam sebagai provokasi murahan untuk takutkan rakyat yang lawan Umno.

Penyokong Umno yang gila ini tidak fikirkan nyawa warga emas dan kanak-kanak yang sebangsa dengan mereka yang cedera akibat dibaling batu dalam ceramah PR.Yang penting penyokong Umno yang fanatik ini rasa puas dan bangga dengan apa yang mereka lakukan.Mungkin mereka dianggap hero oleh pemimpin mereka yang maki rakyat Felda dengan kata haramjadah.

Kalau dalam ibukota Kuala Lumpur penyokong Umno yang tidak ada sivik ni boleh bertindak demikian apatah lagi di kampung-kampung.Tentu lagi teruk perangai.

Saya teringat kata-kata PM Najib ,"Pertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun." Muhyiddin Yaasin Timbalan PM pulak kata ,"Pru 13 ibu segala pilihanraya."Matlamat halalkan cara inilah Umno parti yang dah busuk hingga keususnya.Mau menang takut kalah.

Gambar  di atas  seorang warga emas berdarah kena baling batu daripada penyokong Umno.Gambar daripada Malaysiakini.Malaysiakini antara lain melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.Baca di sini dan di sini.


Berkaitan;
Cat disimbah dalam ceramah Nizar di Perak-M'kini
Insiden Lembah Pantai:Umno tak pasti salah siapa-M'kini
KJ:Tiada arahan ganggu ceramah pembangkang-M'kini
Teras gesa henti tunjuk berani cara samseng-Harakahdaily
Samseng"Umno makin takut hadapi pru 13-Harakahdaily

Khamis, 24 Mei 2012

Hadiah Lamboghini dan BMW macam peraduan 'gores dan menang'



Pengumuman; Hadiah kereta mewah Lamboghini dan BMW terpaksa dibatalkan oleh towkey ikan bakar yang bergelar Datuk kerana gerai jualan depan rumah Ambiga dibatalkan.

Ini macam hadiah gores dan menang.Tak menang-menang! Ha ha.Malu cakap berdegar-degar tapi hampas.Macam mana yang kononnya ada peniaga dah beli tapak jualan depan rumah Ambiga bernilai RM5000?Adakah ini hanya sekadar gimik dan cakap bohong nak cari populariti murahan menjelang pru 13?

Inilah politik murahan yang tak ada di negara lain termasuk di Myanmar dan Timur Tengah tapi politik macam ni hanya ada di Malaysia.Yang dapat malu bangsa Melayu dan Islam sendiri.Daripada segi politik orang bukan Melayu semakin jauh lari tinggalkan BN.

Saya tertarik dengan komen para peniaga lain yang berniaga di Kuala Lumpur yang tak mau joint puak gila ni yang mengaku kononnya mereka adalah para peniaga kecil di KL."Ini memberi kesan negatif... Kami tidak bersetuju dengan tindakan menjual (di hadapan rumah Ambiga). Ia memberi nama buruk kepada peniaga."Jangan guna nama platform penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman. Guna nama lain. Kita bebas, tidak berpolitik, kita nak cari rezeki... Kalau nak berpolitik berhenti berniaga dan masuk politik," kata seorang peniaga, yang enggan namanya didedahkan.
"Boleh dikira dengan jari, tak sampai sepuluh orang (penjaja) yang menyokong Datuk Jamal," katanya menjawab soalan berhubung jumlah penjaja yang menyertai rancangan Jamal -  pemilik peniagaan kereta mewah dan restoran.

Buka gerai dan berdemo depan rumah Ambiga nak bagi hadiah kereta mewah, ratusan ribu rakyat duduk bantah di Dataran Merdeka kena belasah sampai patah tulang rusuk, pecah muka , mata hampir buta kena gas pemedih mata.Inilah yang dikatakan perjuangan rakyat marhaen tak sama dengan tuntutan puak gila yang hanya diumpan dengan kemewahan!Saya yakin geng mat motor tu semua dibayar kalau tidak mampoih tak datang.

Kata meniaga rugi tapi boleh bagi hadiah kereta mewah! Haha depa belajar ekonomi dengan siapa?Kata orang kalau kita tak ada pendidikan tinggi jangan ikut orang yang lebih bodoh daripada kita walaupun dia duit banyak.Tengok duit banyak pun tapi otak tak berapa cerdik lama-lama boleh lingkup.Hang Pa ingat orang ada pangkat Datuk cerdik ka, baik ka?Kaki rogol pun ada tau,kaki betina pun ada tau, kaki penyamun wang rakyat lagi banyak tau.

Untuk pengetahuan puak-puak tak berapa cerdik ni demo Bersih 3.0 turut dihadiri Ketua Wanita MCA Melaka dan juga anak Tun Mahathir iaitu Marina Mahathir.Malah Tok Guru Pondok Haji Salleh Musa yang berusia 80 tahun lebih daripada Kedah turut hadir.Takkan tok guru tu hadir demo Bersih 3.0 kerana Ambiga dan sokong LGBT?


Kesian puak-puak makan upah tu hanya dapat RM20-30 tapi kepala depa yang kaya raya tak sanggup rugi nak bagi free kereta mewah Lamboghini dan BMW.Sijil simpanan premium BSN pun tak mampu nak bagi hadiah Lamboghini.Haha

Berkaitan;

Di Mesir 'Firaun' Mubarak didakwa di mahkamah ,di Malaysia rakyat kena belasah berdemo dihadapkan ke mahkamah

Di Mesir ketika ini sedang berlangsung pilihanraya memilih Presiden baru negara itu selepas tumbangnya 'Firaun' Hosni Mubarak yang zalim dan kejam.Sejumlah lebih kurang 50 juta rakyat Mesir layak mengundi untuk pilih calon-calon presiden pilihan mereka yang bertanding seramai 13 orang daripada pelbagai latarbelakang dan ideologi.

Hosni Mubarak berkuasa di Mesir selama 30 tahun .Tapi apa yang ingin saya katakan ialah kini Hosni Mubarak yang tumbang akibat kebangkitan rakyat Mesir dan berada dalam keadaan uzur sedang dibicarakan di mahkamah Mesir kerana didakwa membunuh seramai 700 orang penunjuk perasaan semasa demontrasi anti Mubarak,rasuah dan salahguna kuasa.Dua anak beliau Gamal dan Alaa turut didakwa.

Kita tengok pulak di Malaysia apa yang terjadi adalah sebaliknya.Para demontrasi demo Bersih 3.0 yang gambar mereka dikeluarkan dalam media massa kini sedang dicari polis disegenap pelusuk negeri supaya serah diri.Pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur Bersih3.0 dihadapkan ke mahkamah.

Salahlaku polis,keganasan pihak polis yang belasah rakyat dalam demo Bersih 3.0 yang diarahkan oleh pihak atasan pemerintah regim Umno-BN tidak dipersalahkan .Walaupun Majlis Peguam.Suhakam kata pihak polis bertindak ganas dalam demo Bersih 3.0 pihak kerajaan hanya buat telinga pekak badak sebab merekalah yang arahkan polis bertindak ganas.Teguran Majlis Peguam terhadap pihak polis dan regim pulak dibalas kerajaan regim Umno-BN untuk tubuhkan Majlis Peguam yang baru.Nampak dak betapa gilanya pemerintah regim Umno-BN.


CALON bakal presiden baru Mesir, Mohammed Mursi (kanan), sedang mendaftar untuk mengundi di Sharqiya, Timur Cairo, Mesir, hari ini. Penduduk Mesir mula mengundi semalam dan hari ini bagi memilih pemimpin yang akan menggantikan Hosni Mubarak, 84, yang dilaporkan uzur. Mohammed Mursi dianggap calon pilihan bertanding bersama 10 calon lain. - Foto EPA/Berita harian online
Berkaitan;

Rabu, 23 Mei 2012

Besa la Braheng Oiii ni politik,Braheng pun politik juga

Saya rasa heran tengok kelaku pemimpin politik di Malaysia ni.Nak kata depa bodoh depa diangkat jadi pemimpin dan dipilih dalam pilihanraya.

Sejak akhir-akhir ni golongan seleberiti dan bekas penjawat awam dan pegawai kanan kerajaan pakat masuk parti Pas dan juga parti lain dalam Pakatan Rakyat.Bob L0kman,Aishah dan ada lagi banyak golongan artis sokong dan jadi ahli Pas.DayangKu Intan masuk PKR.Depa pakat terjun masuk dalam parti selain parti Umno.Depa pun mungkin dah meluat melihat kelaku pemimpin Umno yang jadi semakin tak ketawan hala .Yang syok lagi tu ada pemimpin veteran Umno masuk Dap.Sementara veteran Umno Kadir Sheikh Fadzir pulak keluar Umno kerana dah tak tahan dengan Umno yang kuat makan rasuah haha.

Pemimpin Umno ni nak  kata gila tak gila tapi nampak macam dah gila haha.Tambah-tambah selepas demo Bersih 3.0 semua pemimpin Umno cakap merapu.Sampai isu rakyat yang hadir demo Bersih ratusan ribu Rais Yatim kira hanya 20 ribu lebih haha.Awat yang pakat takut dan suka main dengan angka ni?Berapa ribu pun peduli apa yang penting rakyat dah mula berani tunjuk taring kepada Umno parti yang suka main ugut-ugut dan samseng.

Mustapa Mohamad pemimpin Umno Kelantan pulak kata artis masuk Pas ni bukan kerana dakwah tapi politik.Laa Pas tu memangla parti politik macam Umno dan bukan pertubuhan Al-Arqam hahaa.Beza Pas dengan Umno ialah ideologi yang tak sama.Umno nak sekular Pas nak Islam.Awat la jadi bangang dah la jadi menteri.

Braheng Ali dan Ruslan Kasim pulak jadi kecewa apabila bekas pendakwaraya di pejabat peguam negara Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abidin yang bersara kini jadi peguambela Anwar Ibrahim kes demo Bersih 3.0.Kata Braheng Ali ,“Anwar jenis yang buat apa pun bermatlamatkan politik. Hanya sebab kepentingan politik peribadi. Kita tahu dia sudah terkenal dengan matlamat menghalalkan cara.“Dia tengok kawan (Mohamed Yusof) sudah bersara dan membuka firma undang-undang, dia upah dan beritahu orang ramai dulu peguam ini dakwa dia dan sekarang bela dia pula,” katanya.-lapor Beritaharianonline.


Laa Braheng Ali woii memang la politik takkan tak faham-faham.Dulu Braheng Ali sendiri main politik peralatkan Pas untuk menang kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Pas.Kini Braheng Ali serang Pas,jerkah Pas tak henti-henti kata Pas dah lari daripada perjuangannya nak buat Islam!
Ruslam Kasim dulu juga orang kuat Anwar kini jadi musuh Anwar kata Ruslan Kassim,“Tindakan ini akan menimbulkan persepsi negatif rakyat kerana Mohamed Yusof amat lantang dalam kes liwat Anwar sebelum ini,” katanya.


Zul Kulim,Gobala, Zahrain  dulu orang kuat Anwar tapi kini jadi musuh Anwar.Yang kuat pertahankan Anwar yang berada disekelilingnya banyak jadi musuh beliau kini termasuk Ezam Kotak.Ni semua sebab politik cari makan bukan sebab apa pun.


Umno hanya mahu artis dan pegawai kanan kerajaan sokong Umno dan jadi ahli Umno tapi kalau masuk parti lain haaaa semua tak kena ,semua tak ok haha.

Najib dicabar lagi berdebat

Selepas habis debat Khairy Jamaludin dan Rafizi Ramli isu PTPTN moderator Dr Mazlee Malik cabar PM Najib supaya berdebat dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya umum ke 13 berlangsung."Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.Baca lanjut di sini.


Dah banyak kali Anwar ajak Najib debat tapi Najib hanya berdiam diri.Najib dilihat hanya berani berkokok lantang dalam gelanggang sendiri macam dalam himpunan ulangtahun Umno di Bukit Jalil.Beriya-iya Najib lawak bodoh sebagi PM nak jumpa Agong bubar parlimen tapi tak jadi-jadi!


Sikap diam Najib juga dilihat dalam skandal jual beli kapal selam Scorpene yang kini sedang hangat dibicarakan di Perancis.Sepatah 'haramjadah' Najib tak sahut dan ulas isu tersebut yang turut babitkan nama beliau dalam perbicaraan di mahkamah Perancis itu.Takut apa kalau tak buat salah?Berani kerana benar takut kerana salah kata orang dulu-dulu.


Almarhum Fadzil Nor bekas Presiden Pas pernah berdebat dengan Tun Madey isu Palestine semasa Tun jadi PM.Kini rakyat dok tunggu dan tunggu Najib berdebat dengan Anwar.Ada berani?


Sementara itu hasil debat Khairy-Rafizi malam tadi isu hapuskan PTPTN hasilkan keputusan seperti berikut di alam siber.Sumber sinarharian online.



Berdasarkan hujah debat Khairy-Rafizi, PTPTN:

Wajar dimansuhkan
 
67 %(787)
Tidak wajar dimansuhkan
 
11 %(126)
Kos pengurusan PTPTN dihapus
 
23 %(270)
Jumlah Undian: 1183

Tak habis-habis Umno dengan idea negara bangkrap

Ramai rakyat Malaysia menonton siaran debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Malaysia dan Pengarah Strategik PKR saudara Rafizi Ramli malam tadi.Syabas kepada Astro Awani dan sinarharian yang berani buat siaran secara langsung.Ini yang rakyat mau lihat bukan hanya menonton siaran propaganda TV3/RTM yang kini hanya tayangkan muka Najib menjelang pru13.Rakyat dah naik muak dengan cara lama TV3/RTM sampai ada yang tutup tv tersebut setiap kali siaran berita disiarkan.

Apa yang dilihat dalam debat PTPTN antara Khairy dan Rafizi bukan soal-sapa kalah sapa menang tapi hujah yang diutarakan kedua pihak jadi penilaian rakyat yang menonton debat PTPTN.Khairy dalam hujah beliau pertahankan supaya PTPTN tidak dihapuskan dengan berkata jika pendidikan percuma untuk rakyat dilaksanakan negara ini boleh bangkrap!Tak habis-habis pemimpin Umno daripada atas sampai ke bawah dengan idea berdoa supaya negara Malaysia bangkrap!bangkrap! bangkrap! kalau bagi pendidikan percuma dan tolong rakyat.

Bagaimana dengan tolong kroni bagi projek mega berbilion ringgit?.Buat stadium runtuh, buat masjid runtuh malah buat stesen bas pun boleh runtuh.Adakah ini bukan satu pembaziran?Beli kapal selam berbilion ringgit komisen pulak bawah meja cecah beratus juta ringgit.Tibai duit lembu NFC corp RM250 juta untuk satu famili.Ni punca sebenar negara akan bangkrap bukan kerana buat kebajikan untuk rakyat.

Satu soalan yang tidak dihawab oleh Khairy secara tepat ialah isu hutang Tajudin Ramli bekas CEO MAS yang dilupuskan berjumlah RM500 juta lebih sedangkan pelajar yang berhutang tidak bayar balik disenaraihitamkan.Malah Khairy berlagak jadi peguam Tajuddin Ramli dengan pertahankan Tajuddin Ramli dengan alasan yang nampak membodohkan diri beliau sendiri.

Begitu juga dengan soalan yang berkaitan dengan zaman Pak Lah Badawi jadi PM yang guna wang Petronas ke mana dibelanjakan dan berapa banyak disalurkan untuk bidang pendidikan .Ini juga Khairy jadi pening nak jawab sedangkan masa Pak Lah jadi PM Khairy yang juga menantu Pak Lah jadi orang kanan Pak Lah di Putrajaya.Khairy tak jawab soalan tapi corner-corner!

Baca;
Khairy:Negara muflis jika ikut Buku Jingga-Sinar
Rafizi:Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan-Sinar
Pendidikan percuma dasar bersama Pakatan-Sinar


Selasa, 22 Mei 2012

Rais Yatim ajar Veteran Umno / Mubarak 'mengeja' media baru

Usaha perkenal media baru kepada veteran -Utusan

Pengalaman veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dalam perjuangan politik dan pentadbiran negara akan digunakan dalam membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Mubarak dan veteran UMNO mempunyai peranan penting dalam memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Sehubungan itu, jelas beliau, kerajaan menerusi kementerian mengambil pendekatan proaktif dengan memberi latihan pembangunan dan pengurusan media baru kepada Mubarak dan veteran UMNO.
Kata beliau, program tersebut meliputi latihan kemahiran asas dalam mengendalikan media baru seperti laman sosial seperti Twitter, Facebook dan blog supaya faedah melalui perkembangan teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli veteran dan Mubarak.
''Menerusi kaedah tersebut, veteran UMNO dan Mubarak dapat memberi pandangan dan fikiran yang membina mengenai isu-isu semasa kepada kerajaan dan masyarakat.
''Justeru, satu pusat maklumat akan diwujudkan bagi menerima dan mengumpul segala data dan maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli melalui media baru dan akan disebar terus kepada semua peringkat parti sebagai sumber maklumat terkini,'' katanya pada pelancaran program latihan pembangunan dan pengurusan media baru di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Mubarak, Tan Sri Wira Ahmad Nordin Md. Amin dan Pengerusi Veteran Majlis UMNO, Datuk Zaid Sirat.
Rais berkata, pendekatan terbaru itu dapat menggarap tenaga orang-orang lama untuk mempertingkatkan kekuatan jentera-jentera pilihan raya BN.
Menurut beliau, dalam usaha itu, kerajaan telah memperuntukkan RM200,000 kepada semua ahli veteran UMNO dan Mubarak di setiap negeri dengan menyediakan komputer riba untuk menjayakan program dan latihan media baru tersebut.-Utusan

Kenapa guna duit kerajaan (duit rakyat) untuk Mubarak belajar guna media baru?Duit rakyat bukan harta Umno yang punya!Guna la duit tabung Umno.Takkan anak muda Umno tak mampu nak lawan anak muda yang tolak Umno? haha 

Saya cuma teringat sedutan filem Pendekar Bujang Lapok lakonan Allahyarham P.Ramle apabila Veteran UMno nak belajar guna media baru sebagai perang pilihanraya.

Scoperne:Mana mau lari ?

Saksi:Jika enggan Interpol boleh tangkap-Harakahadaily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
Peguam Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.

Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.

Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.

“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.

“Kami memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor
Free Malaysia Today.

Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.

Namun, baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.

"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.

Fadiah (gambar) dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.

Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.

Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.

"Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah Perancis," katanya.-Harakahdaily

Haha mana mau lari aar?Di Malaysia kini rakyat ditayangkan dengan politik senaman punggung,politik pasar malam supaya rakyat Malaysia terus seronok dan rasa bangga dengan apa yang dilakukan puak gerombolan.Media antarabangsa hangat dengan isu skandal jual beli Scoperne yang libatkan Najib-Zahid Hamidi yang ada kaitan dengan komisen haram jutaan ringgit.

Muzakarah tutup buku!

Pas: Tiada muzakarah dengan Umno-malaysiakini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.
Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.

Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.

Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.-harakahdaily

Semua patah!UG patah,muzakarah patah! siap sedia lawan Umno dalam pilihanraya.Kepada pemimpin Pas yang masih ada hati nak berUG dan berzakar dengan Umno lebih baik masuk Umno! 


Semua dah tutup buku..semua mengecewakan pemimpin Umno,kecewakan Hasan Ali,kecewakan ustaz Nasa,kecewakan Tun Madey,kecewakan Harussani,Jamil Khir Baharom haha..semua rancangan gagal untuk ranapkan Pas supaya berzakar dengan Umno.Semua tak tidur malam terpaksa buat rancangan baru untuk hapuskan parasit dalam Pas yang tolak berzakar dengan Umno.


Terimakasih parasit Pas yang berjaya selamatkan Pas daripada jadi barua Umno.Kalau Pas berzakar dengan Umno sudah pasti Pas akan jadi barua Umno.Sama macam polis,SPR,JPN yang dijadikan barua Umno untuk menang pilihanraya!Jangan cakap lagi pasal muzakarah dengan Umno.
Berkaitan;

Isnin, 21 Mei 2012

Kalau saya la..Tok Siak tu dah kena terajang dah

Baju bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid-Harakahdaily
 Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.

Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Saidina Abu Bakar di sini.

"Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.

"Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.

Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.

Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April.

Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan.

"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. 

"Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi.

Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut.-Harakah.


Komen saya senang saja..ubat paling mujarab bagi yang kurang ajaq dalam masjid yang jadi rumah Allah SWT ialah tarik Tok Siak tu keluar daripada kawasan masjid lepas tu bagi penerajang.Orang macam ni bukan jenis cakap dengan mulut tapi bagi dengan tangan dan kaki. Gambar bawah dari Harakahdaily