Ahad, 28 Februari 2010

Pilhanraya bukan perang bersenjata-Presiden Pas

Lapor harakahdaily;

Penyertaan PAS di dalam pilihan raya dengan mengajak semaksimum mungkin rakyat untuk menyokong perjuangan menegakkan kebenaran diterajui parti itu di negara ini sangat jauh berbeza dengan kaedah peperangan bersenjata.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan perjuangan PAS dalam pilihan raya menggunakan kaedah mengajak rakyat dalam jumlah ramai untuk mencapai kemenangan bagi melaksanakan tuntutan kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, pilihan raya menggunakan pendekatan muwajahah silmiyah atau berhadapan secara aman yang diamalkan gerakan islah dan tajdid iaitu untuk pembaikan dan pembaharuan di seluruh dunia bagi menunaikan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan demikian ketika memberikan amanat dalam Majlis Lawatan Kerjanya ke Negeri Selangor, di sini pagi tadi yang turut disertai juga oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Turut berucap di dalam majlis separuh hari itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, dengan kehadiran semua pimpinan dari 22 PAS kawasan dari seluruh negeri termasuk semua dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Lawatan kerja ke Selangor adalah yang kelapan dilakukan Datuk Seri Presiden ke seluruh negara dalam usaha mendengar sendiri untuk merangka persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ketika menjawab persoalan peserta, Ustaz Abdul Hadi juga berkata, jika pilihan raya akan mencapai kemenangan apabila mempunyai penyokong dan mendapat jumlah undi yang besar, sebaliknya perang bersenjata bergantung kepada seramai mana jumlah musuh yang dapat dibunuh.

“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.Baca lagi di sini

Janggut betoi atau janggut SB?

Tadi aku dok sembang ngan Mat Sabu AJK Pas Pusat beliau dok bersiap-siap nak pi ceramah kat Putrajaya.Aku tanya dia,"Macam mana kita?" kata Mat Sabu ,"macam mana apa?".Aku kata, "Takkan tak dak respon kot Zulkifli Nordin kata kita tinggal sejemput janggut dan serban pun koi nipis dah."

Kata Mat Sabu, "kira apa dengan orang yang ditolak oleh Majlis Syura tu sana pun orang tak mau sini pun orang tak mau las-last lari masuk Keadilan.Lagi baik MP Bayan Baru Zahrain Hashim daripada Zulkifli Nordin tu.Zahrain letak semua jawatan dalam Keadilan la ni dia cakap apa pun orang tak kata apa dah.Yang menghairankan tu ada segelintir orang Pas mau lagi dengaq Zulkifli Nordin punya cakap."

Zulkifli Nordin tu kalau kalah berhujah dia kira nak buat report polis saja.Sikit punya hal pun pi ngadu kat polis.Sekarang Zulkifli Nordin jadi laku dalam suratkabar Umno muka depan lagi sebab hujah dia pun untungkan Umno.Janggut Zulkifli Nordin pun ada sejemput juga sama macam dengan orang yang dia kata.Teringat aku SB pun ada yang simpan janggut ,jambang pun ada .Sampai kita pun tak kenai yang mana satu simpan janggut ikut sunnah atau simpan janggut nak jadi 'pelakon'.Kalau kita boleh kata kat orang tentu orang pun boleh kata kat kita, tapi bila orang kata kat kita jangan la nak report-report bukan kena tumbuk pun!

Zaman reformasi dulu dengaq-dengaq cerita Zulkifli Nordin pernah kena tangkap tapi tak tau duduk balai polis mana,Kita kalau kena tangkap esok dah tahu dah dok kat balai polis mana.

PRU 13 Pas Kelantan akan ulangi rekod 1990 @ 1999?

Ini apa yang ditulis dalam blog CILIPADI007 mengenai isu royalti minyak yang hangat diperkatakan sekarang ini;

PAS sangat bertuah bila UMNO enggan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan. Isu royalti berjaya dimanipulasi pemimpin PAS untuk menarik semangat patriotik rakyat Kelantan. Isu royalti telah memadam segala kemelut yg membelenggu Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini.

Tunggulah PRU13!! Isu royalti adalah “political milleage” baru PAS Kelantan, senjata utama untuk berdepan UMNO dalam PRU13. Bukan mudah PAS mencari isu tapi kerana keSOMBONGan UMNO ia menjadi hak milik PAS.

Insyaallah PRU13 PAS Kelantan akan mendekati rekod 1990 @ 1999… selepas PRU13 UMNO hanya mampu menggigit jari dan mungkin perlu menggantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dari muka baru @ tokoh “recycle”. SELAMAT MENGUNDUR Ke BELAKANG WAHAI UMNO dan BN.Baca di sini

Ezam Dok Kalut Pas Tak Buat Negara Islam

Ezam Mohd Nor bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan yang kembali menyertai Umno dok kalut tanya Pas awat tak buat negara Islam dan Pas telah lupa untuk tujuan asal parti itu menubuhkan negara Islam.Kata Ezam Pas telah terpedaya dengan Anwar Ibrahim dalam berita Utusan Malaysia Anwar tidak jujur dengan Pas

``Kita tengok sekarang, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit.

``Sebagai contoh, DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa Pas tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul Pas tidak mahu lagi negara Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pas supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya.-Utusan Malaysia Online.

Dulu sewaktu Ezam dalam parti Keadilan selalu saja dijemput oleh Pas di Shah Alam dalam setiap program ceramah termasuk Majlis Qurban hari raya Aidil Adha untuk sama-sama meraikan majlis dan buat perasmian.Orang Pas terpesona dengan kata-kata manis Ezam yang bercakap kutuk Umno sama macam Ibrahim Ali yang turut dijemput ceramah di Shah Alam.

Aku terfikir juga adakah Umno yang Ezam kembali jilat itu nak buat negara Islam?Adakah Pas telah korbankan dasar perjuangannya yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya berbanding Umno yang perjuangkan Melayu?Adakah pernah terkeluar daripada mulut mana-mana pemimpin Umno nak jadikan Malaysia Negara Islam yang sebenar-benarnya Islam bukan yang macam Tun Mahathir sebut dulu.

Kalau pemimpin Pas bercakap tentang negara Islam siapakah yang jadi juara menentangnya kalau bukan Umno sendiri?Ada mana-mana pemimpin Umno setuju bila Pas sebut pasai negara Islam?Takkan kalau tak sebut pasai negara Islam Pas dah lupa asas penubuhannya?Nak buat negara Islam tu kena sebut hari-hari ka?Kalu yang menentang negara Islam tu Dap aku tak heran sikit pun sebab 99% pemimpinnya kafir tapi kalu Umno yang menentangnya tu yang buat aku heran sangat-sangat.Ezam patut pi tanya Umno yang dah berkuasa 52 tahun dah tapi takut sangat nak syorkan penubuhan Negara Islam.

Ezam patut pi siasat kerja siapa yang jadi juara bakar gereja ,juara bakar surau,juara lempar kepala babi dalam masjid ,juara cetuskan sengketa antara agama sebab Ezam duduk dalam Umno pun bukan ada apa-apa jawatan daripada sibuk dengan Pas parti yang tak pernah disertainya.

Sabtu, 27 Februari 2010

Rosmah Mansur Bukan "First Lady"- Aziz Bari

Lapor Suara Keadilan .com

Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau "First Lady" disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.

"Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun.

"Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan," Prof Abdul Aziz.

Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain," jelas Prof Abdul Aziz lagi.

Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai "Wanita Pertama", beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong.

"Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong," tegas beliau.

Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

"Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!," ujar beliau.

Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu.

"Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.

"Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama.

"Saya berpendapat menamakan Rosmah sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya," jelasnya lagi.

Dzulkarnain Taib-Suara Keadilan.com

Pemuda Pas Kena Berani...

Pemuda Pas kena berani berubah kata Naib Presiden Pas Salahudin Ayob yang juga mantan Ketua Pemuda dulunya.Berani ada macam-macam berani.Berani berhujah ,berani berdebat dan yang lebih penting lagi Pemuda Pas kena berani menghalang mana-mana pemimpin Pas yang cuba-cuba 'berkhalwat' dengan Umno atas tujuan politik! Yang ni Pemuda Pas nak kena berani sangat-sangat ni.

Bila sebut pasai Pemuda Pas kena berani teringat aku akan pilihanraya kecil di Bagan Pinang tahun lepas.Dalam prk Bagan Pinang markaz Pemuda Pas yang berkampung di Bagan Pinang kena serang dengan Pemuda Umno.Kalau bukan Pemuda Umno sapa lagi yang buat kerja tu?

Dua tiga kejadian yang berlaku dalam prk bagan Pinang menampakkan kelemahan Pemuda Pas daripada segi mental dan fizikal.Dah kena pukoi kena ganyang baru la nak menjerit-jerit kami tak takut,kami akan bersedia dan macam-macamlah kata semangat yang meruap-ruap tapi habuk pun tak dak!Kalu Pemuda berani pertahan akidah ,pertahan dasar perjuangan parti itu itu belum cukup bagi Pemuda Pas.Kena lebih pada tu.Bukan nak ajaq Pemuda Pas suruh lawan tumbuk,suruh berkelai dan jadi samseng tapi Pemuda Pas kena jadi berani kalau bab-bab macam tu terjadi!

Pemuda Pas kena bersikap 'kalau nak kena pukoi pun biarlah parut di depan bukannya parut atas belakang'. Tu kata salah seorang pemimpin Pas yang besa jadi Pemuda dulu-dulu .Khalifah Islam yang empat tu pun hebat-hebat belaka ada yang cenge (garang),tegas dan berani bila berdepan musuh Islam tapi dalam masa yang sama mereka juga hebat dalam menjadi pemerintah yang adil.

Lapor harakahdaily;

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru Pemuda PAS supaya berani membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam suasana politik negara yang penuh mencabar.

"Pemuda pasti berjiwa besar, membuka luas minda, tidak terjebak dalam emosi dan sentimen yang menyempitkan perjuangan.

"Pemuda juga mesti berani berubah, berani untuk melakar sejarah kerana itulah sifat pemuda" katanya yang merupakan mantan Ketua Pemuda PAS pada sesi lepas.

Beliau tidak bimbang soal aqidah dan daya juang yang ada dalam diri pemuda selagi sistem tarbiyyah PAS dipandu dan terus diperjuangkan oleh kepimpinan ulamak yang sedia ada pada hari ini.

Jati diri pemuda juga katanya tidak boleh dibina di atas emosi dan sentimen bagi berhadapan dengan suasana politik yang semakin mencabar.

"Apa yang penting bagi pemuda ialah terus maju ke hadapan, kerana cabaran hari ini tidak sama dengan cabaran 30 tahun yang lalu.

"Hari itu telah berlalu, hari ini era yang baru, politik yang memerlukan pemikiran baru, pemikiran yang lebih bijaksana dalam mengharungi bahtera perjuangan ini.

"Hari ini mesti ada nilai tambah, diri kita mesti terus belajar dan terus belajar" katanya.

Beliau merasmikan majlis penerangan dan pelancaran Polisi Latihan Kompetensi Bersepadu Pemuda PAS di Hotel Qualiti Shah Alam semalam.-Harakahdaily

Awang Adek 'MB Duit Ihsan Kelantan'

Nah puas hati Umno.Pengerusi duit ihsan di Kelantan ialah Awang Adek.Yang bagi RM20 juta Umno yang dapat control duit tu pun orang Umno.Percayakah kita tak akan berlaku ketirisan dalam pembahagian duit ihsan tu?Biasalah penyamun bagi kat penyamun.Tentu yang pertama dapat adik-adik penyamun juga takkan nak bagi kat orang yang tak ada kaitan dengan penyamun!

Umno tak dapat pegang kerajaan negeri Kelantan pun Umno tak heran sikitpun.Buat apa pegang negeri Kelantan kalau duit tak dapat.Tak pegang pun Umno berkuasa control hasil bumi Kelantan.Nak panggil duit sedekah,duit ihsan Umno peduli apa janji duit tu Umno yang control.Suku sakat Umno di Kelantan lepas ni kaya raya.Awang Adek tak dapat jadi MB Kelantan tapi Awang Adik dapat jadi 'MB Duit Ihsan Kelantan'.Dah lama Awang Adek idam jadi MB Kelantan tapi disebabkan Awang Adek ditolak rakyat Kelantan dalam pru yang lalu sekarang Awang Adek terubat luka kerana jadi 'MB Duit Ihsan Kelantan'.

Lapor Bernama;

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berikrar untuk melaksanakan amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan sebaik mungkin dan memastikan pengagihan secara telus.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau juga akan memastikan wang berjumlah RM20 juta itu disalur kepada golongan yang berhak menerimanya.

"Saya menyambut baik pelantikan itu dan akan cuba menyelesaikan segera pengagihan wang ihsan dengan setelusnya supaya tiada lagi isu yang berbangkit.

"Kita akan mengumpul dan memanggil semua anggota jawatankuasa dalam masa terdekat ini untuk mengagihkan dan menjalankan tugas masing-masing. Kita mahu rakyat mendapat hak mereka yang sepatutnya dan mereka tidak akan bising lagi selepas ini," katanya ketika dihubungi, di sini.-Bernama.

Berkaitan;
Kelantan tidak ambil tahu pemberian wang ihsan jika diagih melalui
JPP-Bernama
Isu Royalti:Kelantan siar iklan penjelasan balas-Malaysian Insider

Kalau Thaksin duduk di Malaysia beliau selamat

Mahkamah Agung Thai pada Jumaat memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra telah menyalahgunakan kuasa semasa tempoh beliau memegang jawatan itu dengan memihak kepada urusan perniagaan syarikatnya dan memerintahkan supaya dirampas 46.3 bilion Baht (RM4.7 bilion) daripada 76.6 bilion Baht (RM7.8 billon) aset yang dibekukan milik beliau dan keluarganya.-Bernama

Di Malaysia sapa yang berani rampas kekayaan yang diperolehi secara haram oleh pemimpin negara?Tak kiralah samaada pemimpin atau bekas pemimpin negara yang perabis duit rakyat dengan cara yang salah bernilai berbilion ringgit atas nama pembangunan tapi sebenarnya untuk kayakan kroni mereka sendiri. Tun Mahathir dituduh habiskan duit semasa memerintah dulu selama 22 tahun sebanyak RM100 bilion dan Tun Mahathir tuduh mantan PM Tun Abdullah seleweng duit sebanyak RM270 bilion semasa jadi Pm. Mereka berdua kebal daripada segala pertuduhan di mahkamah.

Baca juga;
Ikrar agih secara telus-Malaysiakini

Jumaat, 26 Februari 2010

Suratkabar haram boleh buku kartun ada permit kena rampas

Suratkabar haram tanpa permit dikeluarkan di Selangor tanpa nama penerbit dan pencetak yang dipercayai didalangi Umno Selangor.Tidak ada sebarang rampasan dan penangkapan dilakukan oleh penguakuasa KDN ke atas akhbar Selangor Kita yang menyebarkan berita fitnah dan karut .Umno Selangor sebenarnya tidak lagi mengharapkan akhbar arus perdana yang menyokong Umno untuk pengaruhi orang ramai kerana rakyat dah muak dengan berita -berita yang disiarkan.

Jalan mudah Umno dan talibarutnya keluarkan akhbar haram untuk sensasikan dakyah mereka.Rakyat boleh nilai sendiri kandungan akhbar tersebut samaada isi kandungannya benar atau tidak. Pihak KDN pula lebih 'berminat' dengan buku kartun Zunar yang ada permit penerbitan dan nama pencetak.

Duit Ihsan: Sapa mau ambik sapa tak mau sudah!

PM Najib kata duit ihsan akan diberi kepada yang mau terima,Sapa -sapa yang tak teringin nak ambik duit tu jangan terima.Pendek kata sapa mau ambik sapa tak mau jangan ambik.Woi! sapa dalam dunia ni yang tak mau duit kalau orang nak bagi? Tapi yang nak diberi duit ihsan tu kita dah tahu kepada siapa iaitu kepada Umno dan JPP.

Macam bagi sedekah saja apa yang Najib cakap tu.Nak terima terima la tak mau terima aku simpan dalam poket!

Lapor Bernama;

"Kerajaan Pusat akan bagi dan kita akan bagi kepada siapa yang akan terima, siapa yang tidak terima terpulang kepada dia, tentu ada orang yang nak terima," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Khamis, Najib yang juga Presiden Umno berkata kerajaan akan memastikan bantuan itu dibuat secara telus kepada golongan yang layak menerimanya.

"Bantuan kepada rakyat Kelantan tetap akan diberikan dan kita akan bagi kepada siapa yang hendak menerimanya.

"Kita nak bagi kepada rakyat... pokoknya kita mahu rakyat mendapat manfaat (daripada pemberian wang ihsan)," katanya ketika ditanya mengenai implikasi politik berhubung pemberian wang ihsan itu kepada rakyat Kelantan.-Bernama

Baca juga;
Markaz Tarbiyyah Pas dijadikan Kolej Universiti-Malaysiakini
Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul-Harakahdaily
Awang Adek ketuai pengagihan wang ihsan-Malaysian Insider

Isu Ku Li Jumpa Najib: Muhyidin -Najib TakSehaluan

PM Najib akui jumpa Ku Li dan butiran perbincangan antara mereka berdua PM Najib enggan dedahkan.Mereka bincang apa PM Najib tak mau bagi tau.TPM Muhyidin Yasin yang dedahkan kata Ku Li tak payah nak bising-bising pasal royalti minyak kerana Ku Li dah bincang dengan PM Najib bab royalti ni.

Nampak macam betoi desas desus yang mengatakan Muhyidin dan Najib tak sehaluan kerana Najib tak iakan pertemuan dengan Ku Li itu seperti yang diceritakan Muhyidin.Kata Najib pertemuan tu dah lama.Baca -Najib:Pertemuan dengan Ku Li cerita lama

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Hari ini semua umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.Walaupun ada yang kata tak payah sambut dan ada yang pertahankan menyambut hari kelahiran baginda itu terpulanglah pada engkorang semua.Pokok pangkalnya kita semua umat Islam sayang pada Nabi kita,cinta pada Nabi kita yang membawa rahmat pada sekelian alam.

Semalam aku pun pi la dengar ceramah Maulidur Rasul kata Ustaz tu ni bukan aku yang kata so ini bukan aku punya pendapat la.Aku bukan ustaz pun nak pandai lebih -lebih bab agama.Apa tujuan kita sambut Maulidur Rasul?Adakah kita takut di akhirat kelak Nabi kata ,"Ooo muka hang tak nampak pun masa sambut hari kelahiran aku." Mungkin juga kita umat Islam ni memang berminat dengan hari kelahiran Nabi kita jadi kita pun ramai-ramai bersalawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berarak untuk kasih dan cinta kita pada Nabi.

Adakah Nabi suruh kita sambut 'birthday' Nabi?Nabi tak suruh pun buat macam tu.Mana ada orang yang dah mati buat majlis harijadi.Yang buat majlis harijadi ialah orang yang hidup.Nabi suruh buat apa yang ditinggalkannya;

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

Kata Ustaz tu lagi time kita sambut Maulidur Rasul ramai-ramai kita bersalawat pada Nabi Muhammad SAW tapi bila dah habis majlis kita tak salawat dah sedangkan bersalawat pada Nabi itu sepatutnya dilakukan secara berterusan bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul saja.Ada pula yang bersalawat pada Nabi pada hari Maulidur Rasul tapi solat jamaah kat masjid tak pernah datang cuma datang solat Jumaat seminggu sekali.Sedangkan solat jamaah dituntut dalam Islam.

Apa yang paling ditakuti ialah sekiranya perasaan kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad SAW itu pada setiap kali hadirnya Maulidur Rasul itu hanya sekadar ikut-ikutan apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita yang terdahulu bukannya kerana tuntutan agama."Kenapa kamu buat ni? Alaa Tok wan aku dulu pun buat macam ni jadi aku pun buat la."Kalau setakat itu saja kita baru sama taraf dengan Abu Lahab,Abu Jahal yang bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.Tapi bila Rasuluullah SAW membawa ajaran Islam ,mengajak manusia menyembah Allah, Abu Lahab dan Abu Jahal menjadi penentang paling kuat ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW walaupun mereka bapa saudara Nabi.

Sempena menyambut Maulidur Rasul ini dan sebagai tanda kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad SAW marilah kita tinggalkan amalan riba.Sekarang semua bank dah ada sistem perbankan Islam ,kita dah ada alternatif jangan lagi guna sistem konvesyenal. Tinggalkan amalan judi dan minum arak. Amat menyedihkan ramainya anak-anak remaja Islam sekarang terlibat dengan gejala minum arak dan perzinaan yang berleluasa tanpa ada kawalan ketat pemerintah.

Kepada golongan Islam Liberal yang berselindung disebalik hak-hak asasi manusia dan alasan diskriminasi terhadap wanita dan berhujah berdasarkan logik akal awaslah kamu kerana Islam itu bersandarkan kepada hukum yang termaktub dalam Quran dan Hadis bukan logik akal semata-mata.

Wallah hu a'lam

Khamis, 25 Februari 2010

Pemuda Umno Nafi Bagi Penampar Kepada Khoon Leng

Pemuda UMNO negeri menafikan ada ahlinya yang menampar Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng pada mesyuarat Pemuda Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, dakwaan Exco Pemuda Sosialis DAP negeri, Satees Muniandy bahawa kejadian itu pernah berlaku, ternyata suatu pembohongan.

"Saya nafikan perkara ini berlaku. Ini kerja pakatan pembangkang membuat fitnah, mereka berbohong kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khoon Leng membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Satees terhadapnya dalam laman sosial Facebook.

Satees dalam Facebook miliknya, menulis Khoon Leng telah ditampar oleh Pemuda UMNO negeri dalam mesyuarat berkenaan.

Menurut Norman, selama ini tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan di kalangan ahli-ahli semasa mesyuarat Pemuda BN.

"Jika ada pun, ia hanya perselisihan pendapat dan dapat diselesaikan secara muafakat," ujarnya.

Norman menambah, beliau mungkin akan membuat laporan polis dalam masa terdekat kerana menyifatkan dakwaan itu sebagai hasutan-Utusan Malaysia Online

Rumah Adun Kuala Nerang Disimbah Cat

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang menyifatkan perbuatan pihak yang tidak diketahui menyimbah rumahnya di Taman Lumba Kuda di sini dengan cat awal pagi ini sebagai semata-mata mahu mencemar dan memalukannya.

"Saya tidak tahu apa motif mereka buat begini. Nak kata berhutang, saya bukan ahli perniagaan. Sebagai ahli politik sepenuh masa tidak mungkin saya pinjam dengan ah long.

"Jadi saya anggap orang yang melakukan perbuatan ini sebagai pengecut," kata Datuk Syed Sobri Syed Hashim kepada pemberita Khamis.

Beliau yang juga Naib Ketua Umno bahagian Padang Terap berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi selepas isterinya, Datin Zakiah Salahuddin yang pulang dari pasar ternampak tompokan merah di tembok depan rumah mereka.

Katanya apabila diperiksa didapati cat merah yang disimbah di empat penjuru rumahnya masih baru.

"Saya dapati modus operandi menyimbah cat ini adalah seperti perbuatan ah long. Oleh itu saya membuat laporan polis supaya ia dapat disiasat. Satu tong cat yang dilemparkan ke tembok rumah saya turut diambil polis," katanya.

Syed Sobri turut meminta pihak yang tidak berpuas hati dengannya supaya membuat laporan polis atau membawa perkara itu ke mahkamah.

Bernama

Balik India!

Ini bukan aku yang kata tapi apa yang dilaporkan Malaysiakini;

Dua parti politik telah membuat laporan polis terhadap seorang kakitangan pejabat daerah Cameron Highlands yang didakwa mengeluarkan kata-kata celaan terhadap kumpulan yang mengadakan protes kerana tidak puas hati dengan prestasdi pegawai daerah.

Jurucakap PSM Cameron Highlands, Suresh Kumar memberitahu Malaysiakini bahawa laporan pertama dibuat oleh timbalan pengerusi DAP Pahang, J Appalasamy @ simmathiri di balai polis Kampung raja pada pagi Selasa, sejurus selepas kejadian tersebut.

Laporan kedua dibuat oleh enam ahli PSM cawangan Cameran Highlands yang diketuai oleh Suresh di balai polis Tanah Rata pada jam 11 pagi semalam.

Menurut Suresh, dalam laporan tersebut, PSM mengadu seorang kakitangan pejabat daerah berkenaan, telah mengatakan 'balik India' terhadap mereka yang menyertai protes itu, ketika mereka cuba menyerahkan memorandum kepada penolong pegawai daerah, Shaffirul Amree Awang Kechik.Baca di sini

Umno lubuk duit , jutawan segera

Nak kaya masuk Umno? Itu adalah hakikat kenapa Umno sanggup pertahankan Kerajaan Pusat supaya tak terlepas daripada genggamannya.Segala projek mega dan besar dikuasai oleh Umno dan koncon-konconya.Sebab itu Umno mau rampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat kerana Selangor negeri paling maju dan kaya dalam Malaysia.Umno merasakan hilangnya Selangor daripada peta BN merupakan malapetaka yang tak pernah dijangkakan mereka.

Dalam berita Free Malaysia Today.com Berjawatan dalam Umno tiket jadi jutawan segera menjelaskan;

Bukan lagi rahsia betapa di dalam Umno, menjawat posisi pemimpin bererti peluang menjadi jutawan segera, membuat harta dan membina dinasti kekayaan mula terbuka luas. Daripada sekecil jawatan di peringkat cawangan hinggalah ke setinggi-tinggi jawatan, ia merupakan lubuk duit buat pemegangnya.

Berjawatan di dalam Umno sebagai pemerintah, membuka peluang untuk mereka mengeksplorasi serta mengeksploitasi ruang dan peluang terhadap khazanah negara.

Beberapa kes yang heboh diperkatakan ketika ini seperti PKFZ misalnya, menyaksikan nama-nama pemimpin Umno atau kroni mereka sebagai pihak yang mendapat untung besar di atas projek kerajaan.

Lihat sajalah apabila Umno hilang kuasa di lima negeri, sedikit sebanyak terjejas juga sumber tabungan politik mereka yang selama ini diperolehi dengan memperalatkan projek-projek kerajaan negeri.

Kalau dulu dasar ‘ahli Umno dapat dulu’ diguna, kini melalui dasar tender terbuka dan merit yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, membuatkan unsur kronisme dan sindrom projek ‘alibaba’ dihapuskan sekaligus memberi peluang kepada yang benar-benar layak
untuk mendapat projek.

Tetapi Umno agak beruntung kerana masih berkuasa di peringkat pusat. Jika tidak, maka ramailah pemimpin Umno hanya menjadi tunggul, langsung tidak boleh bergerak kerana sumber dana kempen sudah tiada sedangkan ahli di bawah selama ini bila ada duit
baru mahu buat kerja.

Manfaat berjawatan semasa Umno masih berkuasa bukan hanya dinikmati si empunya badan bahkan kalangan anak beranak, kroni dan suku sakat pemimpin turut menikmati habuannya.

Tegak sunnah Rasulullah S.A.W sepanjang hayat-Presiden Pas

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam agar bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul untuk menguatkan iltizam menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun dan sepanjang hayat.

“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” ujarnya dalam Perutusan Maulidur Rasul 1431 yang disambut esok.

Katanya, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Harakahdaily

Betoika Pas Kalah Di Trengganu 'Mainan' KDN Dan SPR Saja?

Maka berkatalah Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali bahawa punca Pas kalah dan tewas di Terengganu kerana mainan SPR dan KDN yang dipergunakan Umno-Bn.Apa yang diperkatakan Cikgu Pa itu ada benarnya tapi mungkin kita tertanya-tanya adakah hanya berpunca daripada sebab tu saja?Sebab lain tak dak ka?

Dalam berita Malaysiakini Pas takkan ulangi kesilapan di Terengganu Cikgu Pa kata;

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat). “Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terengganu.

Aku pun ingat Pas menang besar di Terengganu dalam pru-12 yang lalu sama macam kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat yang dapat tawan Perak, Selangor ,Kedah dan juga Kelantan tapi apa yang berlaku sebaliknya Pas tetap kalah di Terengganu.

Mainan politik kotor BN dalam setiap pilihanraya memang diakui tapi tu baru satu bab saja bagaimana pula dengan cara kepimpinan Pas di Terengganu bersama rakyat adakah ini juga menjadi punca Pas ditolak rakyat dalam pru yang lalu?

Kalau semua salah orang lain salah kita tak ada ka?Takkan besaq kuman pun tak buat salah hingga Pas ditolak rakyat Terengganu.Buruk orang kita nampak buruk kita simpan dalam gulung kain!

Rabu, 24 Februari 2010

Curi enjin jet tu bukan dua orang!

Memang betoi la apa kata Ahli Parlimen Kepong tu Tan Seng Giaw bahawa adalah mustahil enjin jet F-5E tu hanya dua orang saja yang curi atau hanya dua orang saja yang buat kerja tu sampai boleh hantar pi luar negara!

Ya la banyak proses yang nak kena buat sampai boleh ambik jet enjin tu bawak lari ke luar negara.Pass masuk dan pass keluar ke tempat enjin tu mesti ada takkan main terjah macam tu saja .Takkan semua security tidoq, kastam pejam mata kerana mengantuk sampai enjin boleh bawak keluar buta macam tu ja.Kalau tidoq2 ayam tu aku percaya la sebab dah kena 'makan suap' atau 'tumbuk rusuk'.

Lapor TVSelangor.com;

Jawatankuasa Kira-kira Awam hari ini melawat gudang TUDM di Sungai Besi Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran bagaimana dua enjin itu diseludup ke luar Negara.

Seorang ahli jawatankuasa menolak pendirian kerajaan bahawa hanya dua orang terbabit dalam melenyapkan aset pertahanan Negara itu.

" Saya fikir mereka tahu siapa yang terlibat, mereka ialah satu kumpulan. Ada antara mereka menunggu d i luar kem. Mereka bergerak dalam bentuk kumpulan kerana tempat tersebut besar.. Ia sebuah kompleks," ujar Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw.

Menurut Seng Giaw, rumusan itu diputuskan oleh ahli jawatankuasa PAC pagi tadi setelah mengadakan lawatan kira-kira 4 jam ke MATRA 1.Baca lagi di sini.

Orang Asli Pun Dah Meluat Dengan BN

Umno bukan setakat menganiayai orang Melayu tapi orang juga orang Asli.Orang Asli tu sudah tentu lebih 'asli' daripada orang Melayu.Orang Asli pun dah pandai demo bila hak-hak asli mereka dirobek-robek oleh Umno-bn yang kuasai kerajaan pusat.Kata gerombolan orang Asli yang demo itu dalam laporan Malaysiakini;

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi "Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," dan "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh."

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Enam laporan polis

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk," petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Digelar 'hitam, jijik, kotor'

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

"Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.

"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu lagi.Baca di sini

Baca juga- JHEOA saran Orang Asli ke Suhakam-malaysiakini

Selangor Pertahan Harga Air , Kelantan Mau Royalti

Ketegasan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertahankan harga air yang sedia ada harus dipuji berbanding sikap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mau naikkan harga air. Tan Sri Khalid kata beliau sanggup ke mahkamah demi menjaga kebajikan rakyat Selangor dalam isu air.

Syabas dilihat menjadi 'masalah' kepada Kerajaan Negeri Selangor sama seperti agensi kerajaan Jais dan Mais yang duduk di bawah kerajaan negeri tapi ada kuasa berasingan dalam menentukan hala tuju mereka berkaitan dengan agama Islam di Selangor.

Di Kelantan kerajaan negeri mau royalti ,Selangor pula mau harga air tidak dinaikkan tapi Syabas mau naik harga.Mana lagi berkuasa antara Syabas dan kerajaan negeri Selangor dalam menentukan harga air?

Kata MB Selangor;

“Kita sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadang mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperjuangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,"katanya. Baca di sini

Salahuddin Ayub dan Sivarasa Disiasat Bawah Akta Hasutan

Lapor Malaysian Insider;

Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.

Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.

“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.

“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.

Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan sekarang.

Beliau menyangkal kenyataan-kenyataannya berunsur hasutan.

“Saya tidak melihat apa-apa masalah bagi saya menjelaskan pandangan saya kepada orang ramai dan memberikan analisis politik agar rakyat boleh membuat rumusan mereka,” kata beliau yang merupakan salah seorang peguam pasukan Anwar.

Malah katanya, ucapan di Pulau Pinang bukan kali pertama menyentuh soal perbicaraan kes Anwar.

Oleh itu beliau mempersoalkan agenda pihak polis menyoal siasat beliau hari ini.

“Saya melihat ini sebagai usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin Pakatan dan untuk menghalang kami daripada bercakap... tetapi tugas kami ialah untuk menjelaskan kepada publik tentang isu-isu penting,” katanya.

Selain beliau turut disoal siasat sepanjang tiga bulan yang lalu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran dan Adun Kota Alam Shah M. Manoharan.

Sivarasa berkata siasatan dijalankan ekoran aduan polis sendiri, yang dibuat oleh Inspektor Irwandi Khirrudin Mohamad Rejal pada 8 Feb lalu dan mencabar polis polis mengenakan tuduhan hasutan terhadap mereka jika pihak berkuasa merasakan mereka benar-benar telah melanggar undang-undang.

Kedua-dua Sivarasa dan Salahuddin diwakili oleh peguam N. Surendran.

Kenyataan mereka direkodkan oleh dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Seberang Jaya.

Kerajaan BN Dah Tak Ada Duit?

Bila Husam Musa kata Royalti minyak RM2 bilion,bukan RM20 juta tentu Kerajaan Bn akan terus nafikan nak bayar royalti dan tetap akan bayar duit ehsan kepada gerombolan Umno di Kelantan yang menguasai Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP).

Sebenarnya kerajaan pusat dah tak ada duit.Mana nak cari duit banyak tu nak bagi kat kerajaan Kelantan.Kerajaan Bn sekarang ni dah pandai jimat cermat.Potong sana potong sini bukan pasai apa cuma jimat tu sebab dah tak ada duit! Petronas untung setahun RM90 bilion pun duit tak tau pi mana.Mana nak gagau ,nak cekau RM2Bilion bagi royalti kat kerajaan Kelantan.Setakat umum projek pembangunan sebab nak pilihanraya di Sabah dan Sarawak bernilai jutaan ringgit itu hanya gelembong politik Umno-Bn saja.Lepas menang apa pun tak dapat.Dok rumah panjang tu la sampai bila-bila.Habuan pangkah Bn tu ada la yang lain-lain hanya tin kosong saja.

Semasa prk Bagan Pinang Umno -bn janji macam-macam kat abang-abang askar kita kat Bagan Pinang, last-last habuk pun tak dak.Umno bukan takat tipu orang kampung dan bandar yang buta politik tapi turut jadi penipu kepada askar-askar yang mempertahankan negara.

Pemimpin Umno-Bn hanya pandai bercakap bohong dalam media mereka dengan mengatakan ekonomi kita sudah pulih, kembali kuat ,pelabur pun suka melabur tapi hakikatnya adalah pembohongan mereka saja supaya rakyat percaya apa yang mereka cakap. Kadar baru tarif elektrik akan diumumkan, minyak petrol pula dijangka turut naik.Semua ini mencengkam rakyat bukan nak tolong rakyat.

Pemimpin Umno hanya pandai kata rakyat tak reti bersyukur sebab tak sokong bn sebab bn bagi projek, tapi kalu bagi projek bohong rakyat mana rakyat tak marah.Lembu pun reti marah kalau baling batu kena ekoq dia. Tak caya cuba baling tengok !

Baca juga ;
Kenaikkan tarif elektrik bukti Najib gagal laksana slogan 1 Malaysia-TVselangor.com
Husam:Iklan penjelasan kelirukan,pusat wajar betulkan pendirian-Malaysian Insider
Pemulihan ekonomi,retorik politik-TVSelangor.com

Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

Harakahdaily

Baca juga ;
GPMS anggap debat dengan pakatan pembangkang tidak berfaedah-Bernama

Selasa, 23 Februari 2010

Umno Krisis Apa Pun Tak Betoi

Apabila timbul isu Noh Omar dan Khir Toyo dalam krisis Umno Selangor ,Noh Omar menafikannya dengan berkata itu mainan politik pemimpin politik Pakatan Rakyat di Selangor yang berseteru dengan Umno. Pakatan Rakyat di Selangor kata Noh Omar nak tutup segala krisis yang berlaku dalam Pas ,Keadilan dan Dap.

Noh Omar anggap hubungannya dengan Khir Toyo macam 'abang-adik' sikit pun tak pernah berkelahi dengan Khir dan Noh Omar kata dia yang angkat Khir naik dalam politik Umno di Selangor.Betoike ? Perebutan jawatan dalam Umno Selangor memang hebat sekarang ini hanya tunggu masa saja nak meletup! terutamanya Umno Bahagian Shah Alam.

Terkini Lim Kit Siang pula kata TPM Muhyidin Yasin tak sehaluan dengan PM Najib dalam gagasan Satu Malaysia yang diuar-uarkan PM Najib.Seperti biasa Muhyidin nafi akan kata-kata Kit Siang itu.Nafi jangan tak nafi.

Baca juga;
Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB-malaysiakini

Pemuda Umno Pulau Pinang Pondan?

Pemuda Umno Pulau Pinang tidak mahu berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat dalam isu Melayu-Islam yang dituduh Umno bahawa Melayu Pulau Pinang terpinggir di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Kenapa Pemuda Umno Pulau Pinang jadi penakut.?

Umno hanya pandai cetuskan isu tapi bila diajak berdebat dalam isu yang mereka sendiri cetuskan mereka akan cari macam-macam alasan dan dalih untuk tidak mahu bersemuka.Pemuda Umno Pulau Pinang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja lain-lain pemimpin Pakatan , Pemuda Umno Pulau Pinang tak mau debat atau berhujah.

Pemuda Umno Pulau Pinang jangan jadi 'darai'(pondan) dan malukan orang Melayu sendiri dengan sikap berdolak dalik bila diajak berdebat atau berhujah.Kenapa nak pilih-pilih pula kalau betoi-betoi berani dan ada kejantanan. Debat sajalah kalau berada dipihak yang benar. Belum sampai tarikh debat baru pelawa terus tak mau berhujah dan debat.Lawan sajalah dengan sapa pun peduli apa kalau kalau ada bukti lengkap biar semua rakyat Malaysia tahu apa yang Kerajaan Pakatan Pulau Pinang buat pada orang Melayu Pulau Pinang. Jangan hanya pandai cakap berdegar-degar , berkokok lantang tapi ekor berlumuran taik.

Husam Musa Dilantik Pengerusi JK Khas Royalti Minyak

Pakatan Rakyat bersetuju melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas berhubung isu royalti petroleum di empat buah negeri pengeluar minyak.

“Pakatan Rakyat bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa petroleum, melihat kepada keseriusan isu ini. Betapa banyak sumber negara diambil oleh Pusat dan hak negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dinafikan. Maka kita cadang untuk melantik Datuk Husam Musa mempengerusikan jawatankuasa khas bagi pihak Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Dalam pada itu juga, kita akan tetap akan turun dan jelaskan kepada rakyat bagaimana hak mereka dirompak oleh pemerintah, kerana kita takut dana yang sudah kurang sekarang ini tidak dibelanjakan untuk rakyat bawahan," tegas beliau.Baca di sini

CERAMAH ROYALTi MiNYAK

23 Feb. 2009 Selasa 9 malam

Stadium Pasir Mas, Kelantan

———–
Penceramah:

1. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan)
2. Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan), dan
3. Saifudin Nasution (Setiausaha PKR) -info daripada blog AL-Bakistani

Saya ada nampak perubahan pada Hasan-Khalid Samad

MP Pas Shah Alam Khalid Samad meminta Pas terus kekal bersama Pakatan Rakyat dan bersikap jujur dalam memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Khalid Samad juga merasa lega kerana 'perubahan' telah ada pada diri Hasan Ali PJ Pas Selangor walaupun Hasan Ali hanya diberikan amaran saja oleh JK Disiplin Pas Pusat berbanding Khalid yang digantung semua jawatan dalam parti selama 6 bulan.

Lapor Malaysian Insider;

“Rayuan saya kepada parti, PAS telah gagal dalam memperlihatkan kejujuran dan komitmen mereka dalam memantapkan Pakatan... mereka bukan setakat perlu menunjukkan dalam kata-kata tetapi juga menerusi tindakan mereka... tetapi PAS telah gagal dalam hal ini,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini.

Jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri itu manakala Khalid adalah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Hukuman ke atas kedua-dua wakil rakyat itu merupakan yang pertama dibuat dan mendapat liputan meluas sejak PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP membentuk PR selepas pilihan raya umum 2008.

“Bukan saya seorang sahaja yang dinilai tetapi juga parti kerana orang ramai sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskan kita (parti sebagai komponen PR),” kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Yang Dipertua Shah Alam ini yang pulang ke tanah air Jumaat lalu dari Arab Saudi berkata, PAS telah gagal dalam memastikan keadilan dilaksanakan dan kelihatan melaksanakan keadilan dengan sebaik-baiknya.

Khalid mengulangi bahawa beliau tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana lazimnya “ada harga” yang perlu dibuat tetapi gembira kerana matlamat iaitu memastikan Hasan dikenakan tindakan atas kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerajaan PR telah berjaya.

“Hukuman saya cuma enam bulan tetapi hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya), beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan Pakatan selama-lamanya,” katanya.

Khalid juga gembira kerana ada perubahan dalam nada Hasan sejak November lalu apabila menyentuh kedudukan PR.

“Saya nampak ada perubahan pada Hasan,” kata beliau yang turut yakin bahawa masalah di antara beliau dan Khalid sebenarnya boleh diatasi sejak awal lagi jika pucuk kepimpinan memanggil kedua-dua mereka dan mengadakan perbincangan.

“Bagaimanapun ia tidak dilakukan,” katanya yang mengakui menjejaskan lagi keadaan dan berakhir dengan siasatan jawatankuasa disiplin.

Sehubungan itu beliau merayu kepada kepimpinan PAS agar membuktikan kejujuran dan komitmen mereka kepada PR yang kini dipersoalkan sesetengah pihak.

“Hukuman ke atas Hasan kekal (selama-lamanya),” kata Khalid.

“Rayuan saya ialah PAS membuktikan dengan mengambil tindakan tegas (ke atas mereka yang memudaratkan Pakatan)... ini rayuan saya.

“Dan, jika ini boleh dilakukan mereka (PAS) akan kelihatan lebih komited... saya mementingkan rayuan ini daripada rayuan peribadi saya agar hukuman saya dikaji semula,” katanya lagi sambil menambah, Islam juga mahukan pengikutnya memegang pada kata-kata mereka sebaik sahaja sesuatu janji atau keputusan dibuat.

Ia dirujuk kepada komitmen PAS kepada PR yang akan menyambut ulang tahun keduanya 10 Mac ini di Pulau Pinang.

“Mereka boleh berbuat demikian dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menjatuhkan Pakatan,” kata Khalid.

Dalam hal ini beliau juga merujuk kepada nasihat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika Muktamar PAS 2008 yang meminta parti itu tidak meletakkan kaki di dua sampan pada masa yang sama.

Menteri Besar Kelantan itu memberikan pandangan sedemikian ketika munculnya isu bahawa PAS, selain berada dalam PR, juga sedang berusaha untuk membina usaha mengadakan perundingan membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno-BN.

Nik Aziz merupakan antara pemimpin PAS yang menentang sebarang perbincangan ke arah kerajaan perpaduan.

Malah siasatan jawatankuasa disiplin juga bertolak daripada gesaan beliau agar diadakan Muktamar Khas PAS, yang dikemukakan Oktober tahun lalu untuk memilih barisan kepimpinan baru.

Dalam komennya Khalid juga meminta pemimpin-pemimpin PAS agar sedar dengan aspirasi untuk menjadi sebuah parti arus perdana yang memperjuangkan keadilan, yang terus dipantau oleh para pengundi.

“Kita harus berupaya untuk membuktikan bahawa kita boleh mempertahankan keadilan,” kata Khalid.

Sejak jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya pada 29 Jan lalu pelbagai reaksi dikemukakan oleh ahli dan pemimpin PAS, antaranya menyifatkan keputusan jawatankuasa disiplin sebagai tidak adil.

Beberapa pemimpin PAS termasuk daripada kalangan sayap pemudanya telah melahirkan tidak rasa puas hati dengan dengan ada yang melabelkan sebagai “wayang” semata-mata.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin pula menggesa jawatankuasa kerja pusat parti itu agar mengkaji semula keputusan jawatankuasa disiplin membabitkan kedua-dua pemimpin Selangor itu, yang telah mencetuskan reaksi tidak senang di kalangan sesetengah pihak.

Sehari selepas jawatankuasa disiplin mengumumkan keputusannya, Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim telah mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Khalid enam bulan sedangkan Hasan hanya diberi amaran.

“Keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat menggantung Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada Datuk Hasan amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang.

Reaksi pertama Exco Pemuda PAS itu juga mempertikaikan kredibiliti jawatankuasa disiplin.

Dengan membuat keputusan tersebut, dakwa beliau. jawatankuasa disiplin sama ada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti-PR dalam PAS.

Senada dengan pandangan itu Khalid juga berkata, beliau walaupun telah dijatuhkan hukuman digantung jawatan dalam parti selama enam bulan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas kesalahan yang dilakukannya.

“Tuduhan mengatakan saya membocorkan rahsia. Saya hanya melahirkan pandangan menerusi blog saya saya bukannya rahsia parti... tiada petunjuk jelas apa yang dimaksudkan dengan rahsia parti (dibocorkan),” katanya.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama ini mengatakan bahawa surat yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin hanya mengatakan bahawa beliau didapati bersalah tanpa menunjukkan maklumat rahsia yang kononnya telah dibocorkan.

“Jika saya didakwa sebagai membunuh, sekurang-kurangnya saya akan dimaklumkan siapa yang saya bunuh, bila dan bagaimana ia berlaku,” kata beliau sambil menambah keadaan kini sudah berubah di mana ahli-ahli ‘aktif’ mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin parti.

“Kini parti berkembang menjadi parti arus perdana, yang berjuang untuk keadilan kepada semua... bukan sahaja ahli-ahli PAS sendiri, tetapi keseluruhan rakyat dan bukan Islam... mereka bukan lagi mewakili kumpulan masyarakat yang kecil,” katanya.

Justeru kata beliau sudah tiba masanya PAS mengkaji semula tatacara pengendalian kes-kes disiplin supaya kelihatan telus dan ada unsur kebertanggungjawaban, bukannya hanya mencari kelemahan parti lawan.

Kata beliau, proses ke arah siasatan tidak harus diserahkan kepada setiausaha agung semata-mata.

“Ya, perlu ada tindakan bersama seperti jawatankuasa untuk meneliti aduan-aduan yang dikemukakan, yang ditapis sebelum dikemukakan kepada jawatankuasa disiplin,” kata beliau dengan merujuk kepada dakwaan bahawa beberapa laporan kukuh dibuat ahli-ahli parti diketepikan begitu sahaja termasuk kes Abdullah Karim.-Malaysian Insider

Isnin, 22 Februari 2010

Umno 'Jual' Islam Untuk Kepentingan Politik-Ustaz Idris Ahmad

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.

Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.

Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.

PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Baca juga;

Tolak debat -DPMMPP,Umno dianggap bacul-Malaysiakini

'Kami mahu debat dengan Guan Eng'-Malaysiakini


I MEI Harga Petrol RM3.90 seliter?

Ini apa yang diceritakan dalam blog Penarik Beca;

Hai Kawan - kawan,

Pada 1st Mei tahun ini, kerajaan bercadang menaikkan kadar petrol seliter kepada RM3:90. Harga petrol sebegini cukup untuk memenatkan kehidupan seharian kita semua. Kerajaan menaikkan harga petrol atas alasan Kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Tapi saya hairan, ke manakah pergi nye keuntungan Petronas setiap tahun yang sejumlah RM90 Billion dan tidak termasuk cukai pendapatan lain???Baca lanjut di sini

Pas sokong Mustapa adalah penderhaka

PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi.

harakahdaily

Berkaitan;

Mustapa Sedih Dituduh Derhaka Dan Pengkhianat Kepada Rakyat Kelantan-Bernama

BN Kelantan Guna Pendekatan 2B Tawan Semula Kelantan-Bernama

Kalimah Allah dalam tin susu

Oleh Amad Bahri Mardi

KOTA TINGGI : Penemuan kalimah Allah dalam tin susu di rumah penduduk, Mohd Nasir Bakri, 41, (gambar) dari Taman Kota Jaya dekat sini yang pertama terjadi, berbanding penemuan sebelum ini yang berlaku pada binatang, awan dan pokok-pokok.

Mohd Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam kelmarin itu ketika dua anaknya, Siti Aisyah, 14 dan Siti Solehah, 11 hendak membancuh teh dengan susu berjenama F&N itu ke dalam gelasnya.

Sebaik menceduk susu, satu sinar bercahaya tiba-tiba terpancar dari dalam tin yang sudah semakin berkurangan kandungannya itu.

“Apabila anak saya maklumkan kejadian itu, saya dan isteri segera mendapatkan tin susu dan nak pastikan sama ada benar atau tidak itu perkataan Allah”

“Selepas saya belek daripada dekat dan di kawasan terang, memang jelas kalimah Allah bertulis jawi tertulis dari baki susu yang melekat pada dinding bukannya kerana goresan pada dinding tin itu,” katanya. Baca lanjut di sini

Free Malaysia Today

Isu Royalti:Husam sifatkan pemimpin Umno -Bn pengecut

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut selain menyimpan agenda tersendiri kerana enggan membincangkan pertikaian wang royalti menerusi forum umum.

“Kalau dia (BN) rasakan betul terhadap apa yang dipertahankan itu (wang ihsan) kenapa takut sangat? Berapa kali dah kita sebut wajarnya pertikaian itu dibincang dalam satu sesi debat.

“Rakyat ingin tahu kedudukan sebenar perkara ini. Sekurang-kurangnya segala kesulitan dan kekeliruan yang berbangkit dapat dirungkai secara terbuka. Kalau duk main cakap seorang diri begitu bermakna politik namanya,” katanya.

Exco Kerajaan Kelantan itu berkata beliau bersedia untuk menerima hakikat jika pendiriannya dalam mempertahankan tuntutan royalti minyak dipatahkan.

“Biar tentu orang bercakap Husam ‘mapuh’ (tersungkur) dalam debat royalti.

“Tak ada guna menyalak atau berhujah seorang diri begitu.

“Apatah lagi dengan menggunakan seluruh ruang media menafikan hak rakyat,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah umum di pekan Jelawat malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas program Ceramah Perdana Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat anjuran majlis NGO Kelantan yang diadakan Jumaat lepas dan iklan penjelasan isu tersebut yang disiarkan melalui surat khabar.

Melalui ceramah berkenaan Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak kepada wang ihsan bukannya royalti.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Sehubungan itu Husam mencabar pemimpin pusat terbabit sama ada Mustapa atau timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husein mendedahkan kandungan undang-undang berkaitan kepada rakyat secara jujur.

“Jangan berterusan menipu rakyat dengan mempolitikkan undang-undang.

“Kalau betul tidak ada royalti, persoalannya kenapa wang ihsan sebanyak RM20 juta itu dikaitkan dengan hasil pengeluaran gas di bumi selatan iaitu kawasan PM301, bahkan kadarnya pun sama iaitu lima peratus,” katanya.

Mengulas lanjut cabaran agar kerajaan negeri membawa isu tersebut ke mahkamah, Husam tidak menolak kemungkinan itu.

“Sekiranya kesulitan ini berterusan, selepas tidak ada jalan keluar lagi kata orang, sudah semestinya kita akan bawa juga kes ini ke mahkamah dengan kaedah-kaedah tertentu.

“Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas akan mengadakan satu sesi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan 28 Feb ini berhubung perkara berkaitan.

“Selepas itu kita akan fikir apa pelan seterusnya perlu kita lakukan. Yang pasti kerajaan akan terus perjuangkan hak rakyat sampai berjaya,” ujarnya.

Malaysian Insider(Mohd Zuharman)

Tuan Ibrahim Tuan Man Nafi Laporan Sinar Harian

Laporan Sinar Harian tidak tepat

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya.

Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka.

“Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.

Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).

Harakahdaily

Ahad, 21 Februari 2010

Pejuang Pas Bukit Naga /Parlimen Kota Raja Meninggal Dunia

Markaz Pas Bukit Naga atas tanah arwah Ustaz Haji Hambari
Gambar Arwah Ustaz Hj Hambari bersama Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang

Hambari UKM.jpg



PERGINYA SEORANG PEJUANG

21 Februari 2010, Jam 10.30 pagi saya dikejutkan dengan pengiriman SMS
berita pemergian ke rahmatullah Ustaz Hj Hambari bin Hj Nor, aktivis
PAS Bukit Naga. Seminggu sebelum itu, saya dan pimpinan PAS kawasan
sempat melawat almarhum di Hospital UKM selepas almarhum selesai
menjalani pembedahan. Menurut Dr Nora, anak perempuan almarhum,
bapanya itu mengadu sakit perut sebelum ini dan hasil pemeriksaan
pihak hospital didapati almarhum mengidapi kanser usus. Pembedahan
dikatakan berisiko tinggi atas faktor usia almarhum namun doktor tidak
ada pilihan lain terpaksa melakukan juga pembedahan yang memakan masa
8 jam. Selepas pembedahan, almarhum dikatakan mula stabil dan telah
dipindahkan ke wad biasa dari wad ICU. Namun Allah lebih menyayangi
hambaNya ini dan menjemput almarhum lebih awal daripada yang
dijangkakan.

Secara peribadi, saya mula mengenali ustaz Hambari secara dekat
setelah tertubuhnya PAS cawangan Bukit Naga sekitar tahun 1997.Beliau
telah menginfakkan tanahnya untuk didirikan Markaz PAS dan seterusnya
PASTI Syaidatina Aisyah pada tahun 1998. Bermula di sinilah PAS
kawasan Kota Raja menyerlah dengan pelbagai aktiviti semasa seperti
program-program pentarbiyahan, ceramah-ceramah politik dan
aktiviti-aktiviti dalaman parti.

Ustaz haji Hambari adalah di antara insan-insan kerdil di kalangan
kita dalam perjuangan Islam di negara tercinta ini. Namun cukup
istimewa untuk diperkatakan buat renungan kita bersama lebih-lebih
lagi kepada generasi muda yang masih kuat kudratnya. Ketika di usia
emas inilah ustaz Hambari masih berjiwa muda, bertenaga dan semangat
perjuangannya cukup kental dibandingkan dengan sebahagian daripada
kita termasuk diri saya sendiri.

Sepanjang ingatan saya, apa juga program-program PAS yang dianjurkan
di Kota Raja ini, pasti ustaz Hambari ada bersama. Dia bukan
orang-orang besar PAS, namun penglibatannya cukup meruntun perasaan.
Apa tidaknya, khidmatnya tidak perlu dikerah namun diberi sebelum
diminta. Tahap kesukarelaannya cukup mudah ditumpahkan. Seperti juga
sifat kedermawannya yang tinggi. Sebut saja program apa yang hendak
dianjurkan. Pasti saja Ustaz Hambari akan menghulurkan bantuan
kewangan. Bukan seringgit dua tapi mencecah ribuan. Tengok saja markas
yang ada, sebahagiannya adalah jasa-jasanya yang perlu kita kenang.
Seperti penganjuran makan malam PASTI dan Jabatan Amal Kota Raja.
Kupon belum dicetak tapi 100 orang telahpun ditaja. Inilah
keperibadian Ustaz Hambari. Dia bukan orang kaya. hidupnya sederhana
sahaja. Pagi hingga ke petang kerjanya berkebun menanam nenas dan
jagung. Bersih persekitaran markaz kerana keperihatinannya. Kadang
kala sempat juga mengecat dinding markas yang comot dimakan lumut.

Cerita ketika pilihan raya tak kurang hebatnya. Pernah satu ketika
saya baru balik dari bandar Klang menyusuri jalan ke Jalan Kebun. Jam
sekitar 2.30 petang yang teriknya tak terhingga. Hari bekerja dan
tiada petugas PAS. Ustaz gigih di sepanjang jalan hadapan MARDI sedang
menanam papan tanda calon seorang diri. Sayunya saya melihat tingginya
semangat orang tua ini. Di markas pula, atas usaha beliau telah
tersedia longgokkan papan-papan lapis kecil yang siap dipaku pada
tiang-tiangnya menunggu poster yang belum siap dicetak lagi. Belum
lagi cerita ustaz menjahit puluhan bendera. Juga cerita apabila ada
sekumpulan belia India datang ke markaz minta bendera PAS yang telah
kehabisan, waktu itu juga ustaz Hambari menjahit bendera untuk
diberikan kepada mereka.

Hikayat Ustaz Hambari dalam perjuangan Islam di Kota Raja tak akan
berkesudahan. Saya pasti setiap orang yang mengenali Ustaz Hambari
akan ada cerita tersendiri. Pokoknya setiap cerita itu sebenarnya
mengajak kita berfikir dan merenungi diri sendiri. Sejauh mana usaha
kita dalam perjuangan ini benar-benar atas keikhlasan kita atau
sebaliknya. Dan sejauh mana kita menggunakan kemampuan yang kita ada
untuk manfaat perjuangan yang amat panjang ini. Atau kita mula melupai
segala janji-janji Allah kepada pembela-pembela agamaNya.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati almarhum ayahanda Ustaz Haji
Hambari bin Haji Noor dan mengumpulkannya bersama para mujahid Islam
di sepanjang zaman. Amin....

Gambar dan berita oleh- Azman Mohd Mah Husin(melalui email)
Jenazah.jpg
diperkuburan.JPG

Ketua Pemuda Umno Selangor Takut Dokumen Didedah

Ini apa yang disebut dalam blog tawanmalaysia.com bukan aku yang kata;

Ketua Pemuda UMNO Selangor Suhaimi Mohd Ghazali mengaku memang dia gentar untuk turun berdemonstrasi bersama pemuda UMNO di hadapan kedutaan Australia kerana gentar dokumennya didedah oleh blogger tawanmalaysia. Dia yang kelihatan badan sedikit berisi sekarang menegaskan yang dokumennya yang membuktikan dia menyodok tanah di atas tapak hospital adalah satu pembohongan.

Dia menafikan bahwa dia mengambil tanah , tetapi dengan lebih tepat dia mendakwa dia mengambil tanah merah di atas tanah hospital.Dia yang didakwa terkejut ketika diterjah oleh sekumpulan pegawai SPRM di pejabatnya minggu lepas kelihatan tenang semula setelah ditenangkan oleh rakan-rakan yang juga mendapat habuan hasil sodokan tanah hospital.Perjuangannya untuk memperjuangkan nasib bangsa jelas terbukti apabila dia dengan bangganya menyodok tanah seluas 50 ekar lebih di atas tapak hospital untuk kepentingan diri dan kawan-kawannya.

Hasil dari ugutan pendedahan itu membuatkan perutnya kecut dan tidak berani untuk menampilkan diri pada hari si Khairy dan kuncu-kuncu nya membuat kacau di kedutaan Australia.Ini membuatkan pemuda UMNO yang lain berang kerana mereka tahu si Suhaimi Gazali ni dah sodok tanah hospital untuk kekayaan sementara tapi bila nak berdemonstrasi takde telo.

Walaupun SPRM jelas dapat kesemua dokumen yang melibatkan pembabitan si Suhaimi Gazali Al-Gendut dalam sodokan tanah merah di atas tapak hospital dia tetap tenang kerana merasakan bahwa nak dibanding dengan tanah 50 ekar yang disapu tu dasyat lagi sodokan Khir Toyo dulu.

Dia pun kuatkan semangat dan menjaja cerita yang dia berjuang untuk diri,keluarga dan kawan-kawannya.Di bawah adalah janji Pemuda UMNO Selangor. Baca lanjut di sini

Penampar pun sakit penyepak pun sakit

Berkata Sharizat Abdul Jalil Ketua Wanita Umno Malaysia isu 3 wanita disebat kerana buat hubungan seks tanpa nikah dalam laporan Malaysian Insider;

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang Syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika mengulas lanjut isu merotan tiga wanita Islam wanita berhubung kesalahan seks haram awal bulan ini.Baca penuh di sini

Kita lebih suka cari yang lebih mudah daripada apa yang sedia ada bila libatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.Kita suka bercakap berdolak dalik bila berkaitan hukum Islam.Nak buat macam hukum Syariah yang ada di Malaysia bukannya berdasarkan Hukum Islam yang sebenar seperti apa yang termaktub dalam Al-Quran.

Kalau 6 sebatan pun walaupun tak ikut hukum syariah yang sebenar langsung tak mau ikut , tak mau buat sebab rasa sakit apatah lagi jika hukum yang berdasarkan Hukum Islam yang sebenar dilaksanakan.

Hukum Islam yang sebenar tak kira lelaki atau wanita kalau hukum sebat tetap kena sebat.Kalau semua hukum boleh main pilih ikut sedap hati kita tak guna buat undang-undang termasuk undang-undang dunia sekali pun sebab kita tak hormatinya.Yang pelik nya si Shahrizat ni akan bersuara setiap kali ada kaitan dengan hukum Mahkamah Syariah yang ada kaitan dengan wanita.

Kita masuk kedai kopi minta teh tarik tapi yang diberi kepada kita kopi 0 adakah kita akan minum juga atau minta tukar?Kena penampar dengan penyepak mana sakit?Dua -duanya rasa sakit, tapi rasa sakit tak serupa.Yang tak rasa sakit kalau setakat kena bagi amaran atau 'warning' saja.

Inilah masalahnya bila hukum yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis tidak terlaksana di Mahkamah Syariah di Malaysia.Nama saja Mahkamah Syariah tapi sentiasa menjadi bahan gelak ketawa,hinaan orang kerana manusia lebih percaya hukum manusia daripada taat dan patuh kepada Hukum Allah.

Anak-anak remaja Islam dan juga orang dewasa yang bukan ada hubungan sah nikah bebas lakukan zina di mana-mana kerana mereka tahu setakat kena bayar denda seribu atau dua ribu ringgit mereka tidak takut kerana mereka mampu membayarnya dan mereka akan ulang-ulang lagi berzina dan dah berapa banyak anak-anak remaja kita yang perempuan jadi kilang untuk lahirkan anak-anak zina!

Baca juga;

KP Jakim:Pihak pertikai hukuman sebat pelampau-Malaysian Insider


Sabtu, 20 Februari 2010

Royalti No Wang Ehsan Ok

Mustapa Mohamed terus menafikan hak rakyat Kelantan untuk dapatkan royalti hasil minyak yang diteroka dalam perairan bumi dan laut Kelantan.Hanya wang ehsan juga yang hanya layak diterima oleh Kelantan tu pun melalui agensi yang dikuasai dan dimonopoli puak-puak Umno di Kelantan. Umno Kelantan tetap pertahan dan berhempas pulas mengatakan hanya atas nama wang ehsan saja lain daripada tu atas nama bayaran tunai atau royalti memang tak ada dalam kamus pemimpin Umno.

Ya la, bangsa nak makan sorang, nak sapu sorang sebutlah menatang apa pun memang pemimin Umno Kelantan tak akan benarkan sebab utama kerana mereka tak menguasai kerajaan negeri Kelantan.Tu punca utama kenapa Umno tak mau duit minyak itu atas nama royalti.

Lapor Malaysian Insider;

Dalam ceramah balas yang diadakan di sini malam tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak menerima wang ihsan, bukannya royalti.

“Royalti yang disebut pada ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV bulan lalu tak betul kerana hakikat sebenar tidak ada royalti, yang ada ialah bayaran tunai.

"Itu pun sekiranya disahkan betul-betul ada minyak atau gas,” kata Pengerusi Umno Kelantan ini di sini malam tadi.


Pada 28 Jan lalu, bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah dalam ceramah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaaan Gegar berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau.

Dalam ceramahnya malam tadi, Mustapa mempertahankan fakta tiga batu nautika berdasarkan Undang-undang kemajuan Petroleum.

“Undang-undang negara mengatakan bahawa tiga batu nautika. Kalau minyak betul-betul dijumpai di dalam kawasan itu, maka ia wajib diberikan lima peratus dan disalurkan ke akaun kerajaan negeri.

“Tetapi jika sebaliknya adalah wang ihsan.

“Mengikut takrif wang ihsan ini kalau hendak beri (wang ihsan) tiada masalah dan tak nak bagi pun tak mengapa kerana itu atas budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau.Baca di sini

Adakah Mustapa Mohamed tak faham atau buat -buat tak faham bila dia kata royalti tak ada yang ada hanya bayaran tunai?

Ahli Pas Bukan Macam Gerabak Keretapi

Kata ustaz Idris dalam blog beliau;

Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.-Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat

Orang Pas memang wala' pada Pas tapi bukan wala' membuta tuli.Dalam Pas juga matlamat tidak boleh menghalalkan cara.Tang orang semua tak boleh tapi bila pemimpin buat silap jangan salahkan ahli yang pertikai apa yang pemimpin buat.Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata.Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Apakah punca berlaku pertelingkahan pendapat dalam Pas berpunca daripada ahli atau pemimpin Pas sendiri?Siapa yang mulakan senario politik bergelap dengan Umno?Siapa yang bocorkan isu bai'ah dalam Pas? Siapa yang timbulkan pergeseran dalam sesama Pakatan Rakyat? Ahli dan penyokong Pas atau pemimpin Pas sendiri.

Pemimpin Pas kena ingat naik dan jatuh bangun pemimpin Pas hingga mampu hidup senang,boleh jadi MB,Exco,adun dan wakil rakyat adalah atas sokongan orang Pas dan yang menyokong Pakatan Rakyat.Tanpa penat lelah ahli dan penyokong kamu semua tak akan merasa semua nikmat tersebut.Jadi bila ahli tegur dan berhak tegur pun sebab mereka yang angkat pemimpin atas kepercayaan yang penuh untuk Pas bukan untuk individu yang berkuasa dalam Pas.

Adakah salah ahli Pas yang menegur pemimpin yang cuba menyeleweng daripada dasar Pas dan Pakatan Rakyat.Bodoh sangatlah kalau pemimpin nak bawa Pas terjun gaung kita ahli turut nak terjun ikut sekali.Kita jadi penyokong ni bukan macam gerabak keretapi.Kepala corner gerabak corner, kepala jalan lurus gerabak ikut jalan lurus, kepala masuk gaung gerabak masuk gaung.Bodoh sangatlah kalau ada orang Pas berfikiran begitu.

Dunia dah berubah.Zaman sekarang bukan zaman tulis surat cinta baling masuk kot lubang tingkap, letak bawah pasu pokok bunga, main kirim-kirim pakai posmen tapi dunia sekarang orang pakai email, sms, facebook dan macam-macam lagi jadi kalau ada benda tak betoi orang tak simpan lama-lama terus satu dunia boleh tau.Ini hakikat yang kita kena terima.

Sebab apa kita jadi ahli Pas? Tak lain tak bukan sebab dasar Islam yang Pas bawa. Iaitu panduan Pas ialah Quran , Hadis ,Ijma' ulama dan Qias.Ini semua melibatkan akidah bukan saja-saja sokong.Kalu nak senang jangan masuk Pas.Kalu nak buat taik dalam Pas lebih baik keluar.Jangan berak sana berak sini lepas tu senang saja tak mau mengaku kata buat silap.Lepas tu bila ahli bising sikit kata tak wala'.

Kalau setakat masuk Pas macam masuk kedai kopi,tak tau apa-apa, nak hidup senang, nak cari tapak kumpul kekayaan, nak jadi glamour inilah punca Pas jadi tak ketawan hala.Mereka lupa apa dasar Pas.Pas kalau tak ada tunjang Islam Pas sama saja macam parti Umno malah lagi teruk pada Umno.

Baca juga;
Kerjasama BN-Pas tidak akan berulang-Utusan Malaysia Online
Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden Pas-Harakahdaily
Doktrin Pahala Lawan Umno Jangan Digadai-Al-Bakistani

Khalid Samad Rasmi Majlis Silat Gayong Di Seksyen 24








Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad merasmikan majlis seni mempertahankan diri Seni Silat Gayong anjuran Masjid Al Ehsan di Seksyen 24 Shah Alam hari ini.Dalam ucapannya beliau menyatakan kegiatan berbentuk seni mempertahankan diri itu sangat bagus dan memang digalakkan dalam Islam untuk mempelajarinya.