Khamis, 11 Februari 2010

Blogger Jiwo Kelate (Wan Jo) Diminta Hadir Ke IPD Shah Alam

Penulis blog Jiwo Kelate di hadapan IPD Shah Alam.

Penulis blog Jiwo Kelate atau nama penuhnya Wan Johari Wan Omar diminta hadir hari ini untuk beri keterangan di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam ,Seksyen 11 untuk disiasat rakaman percakapan di bawah Sek 112 KPJ. Wan Johari Wan Omar juga adalah Setiausaha Hal Ehwal Ahli Parlimen Pas.

Bagaimanapun kehadiran beliau untuk temu janji dengan pegawai penyiasat ASP Ahmad Fauzi Mohamed jam 11 pagi tadi tidak dapat dilakukan kerana pegawai penyiasat tersebut tidak ada di pejabat. Penulis blog tersebut telah buat laporan polis di tempat yang sama untuk mengesahkan kehadiran beliau. Bentuk siasatan atau rakaman percakapan yang hendak diambil daripada penulis blog berkenaan tidak diketahui. Turut hadir mengiringi Wan Jo ke IPD Shah Alam itu ialah penulis blog Penarik Beca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan