Jumaat, 12 Februari 2010

Lompat Si Katak Lompat!

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di kalangan PKR yang mencetuskan isu rasa tidak puas hati mengambil jalan tengah untuk keluar PKR dan dengan begitu mudah dan senang untuk istihar jadi Bebas buat sementara waktu. Itu mungkin langkah awal saja sebelum menyokong Umno pada masa akan datang. Langkah Zahrain MP Bayan Baru itu mungkin akan diikuti pula oleh MP Zulkifli Nordin dan dua tiga kerat lagi ahli PKR dan lain-lain MP PKR selepas ini.

Tindakan ini sama saja macam langkah adun Behrang,Changkat Jering dan seorang adun Dap awal tahun lepas yang turut melompat jadi Bebas dan mesra Bn hingga membawa jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Begitu juga dengan adun Pelabuhan Klang di Selangor yang jadi bebas tapi jilat pungkoq bn.Celaka sungguh! Mereka-mereka ini sebenarnya orang yang tidak bermaruah setelah menang dalam pru yang lalu atas pilihan rakyat.Mereka buat honar dan kacau bilau lepas tu istihar jadi Bebas.Banyak senang dan banyak cantik!

Di Utara sekarang ini musim kemarau hujan pun tak dak panas tak tau nak habaq dah.Bertambah-tambah hangat luar dan dalam dengan tindakan MP Bayan Baru tu lompat jadi Bebas.Ada yang sedang menyumpah-nyumpah MP Bayan Baru tu dengan kata celaka,barua,pelaq,MP tak guna macam-macam depa pakat kata kat MP yang tak bermaruah tu. Lagi baik MP Bayan Baru tu letak jawatan sebagai MP dan buat pilihanraya semula kalau beliau ada maruah dan ada telor!Sapa menang belakang kira tu baru ada maruah.

Dalam hal ini MP Pakatan Rakyat yang Islam kena belajar dengan MP-MP Pas macam Khalid Samad walaupun digantung jawatan dalam parti tetap tak keluar parti tapi lagi semangat untuk tegakkan keadilan dalam Pas dan Pakatan Rakyat.MP-MP Pakatan Rakyat yang nak lompat ni dah nampak dah perangai tak guna.Mula-mula depa pakat buat taik lepas tu lompat.Kutuk sana kutuk sini lepas tu lompat.Lompat jangan tak lompat jangan sampai masuk longkang sudahla.Lepas ni MP-MP yang lompat ni boleh bersama -sama Brahim Ali joint Perkasa yang pro Umno!

Berkaitan;
Anwar: 'Zahrain khianti penyokongnya'
-Malaysiakini
Pakatan Pulau Pinang mahu 'dedahkan' Zahrain malam ini-Malaysian Insider
Zukifli akan bincang sendiri dengan Anwar-Utusan Malaysian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan