Selasa, 9 Februari 2010

Nizar Tetap MB Pakatan Rakyat

Seperti yang telah diduga akhirnya MB Zambry tetap jadi MB Perak .Itu kata Mahkamah Persekutuan yang buat keputusan.Kita nak kata apa lagi. Zambry yang tersenyum kambing akan keputusan tersebut tentu dapat tidur lena setelah mengerahkan juak-juaknya bersolat hajat untuk menang dalam kes tersebut.

Bersabar MB Nizar ini semua ketentuan Tuhan .Hari ini hari Zambry.2-3 bulan lagi siapa tahu yang disebaliknya.Pada pandangan rakyat Nizar tetap MB Perak .Ini hanya keputusan Mahkamah bukan keputusan rakyat.

Lapor Malaysiakini;

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.Baca di sini

Berkaitan;

MB Perak:Zambry dari BN sah,kekal-Malaysian Insider.

Bertarung di 'Mahkamah rakyat'-Nizar-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
    DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak. hj jamaludin

    BalasPadam
  2. gambaq 5 barua tu + HJ jamaludin = 6 jahanam...puak makan taik umno semua....changlun

    BalasPadam