Isnin, 8 Februari 2010

Bincang dengan Umno: Depa dah mula main dah..

Haa tak ada yang lebih syok dan lebih seronok dalam Umno selain nak berbaik-baik dengan Pas,Umno dah mula nak laga-lagakan kepimpinan Pas bila Tok Guru Nik Aziz dan Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi sebut nak bincang dengan Umno.Ada pemimpin Umno kata yang layak bincang dengan Umno ialah Presiden Pas bukannya Tok Guru Nik Aziz.

Disebut pula TGNA kata hanya nak bincang pasal Islam dengan Umno dan dilapor pula TGHA nak bincang apa saja dengan Umno tak kira apa tajuk sekalipun sama ada daripada segi politik,ekonomi dan soal keselamatan Negara. Pendek cerita dua-dua pemimpin Pas itu nak bincang dengan Umno!

PM Najib kata cakap TGNA tak boleh pakai sebab selalu 'bertukar angin dan ikut cuaca' sementara mantan PM Pak Lah kata hanya Presiden Pas TGHA yang layak bincang dengan Umno bukan TGNA pulak dah! Maknanya ikut firasat Pak Lah dan Najib Umno lebih selesa nak bincang dengan Presiden Pas bukan dengan Murshidul Am Pas ,TGNA.

Dicelah-celah kemelut berlakunya rasa tak puas hati ahli-ahli dan penyokong Pas terhadap terhadap keputusan JK Disipilin Pas yang menghukum gantung 6 bulan jawatan Khalid Samad MP Shah Alam,isu kepimpinan Pas nak berbincang dengan Umno dijangka menambahkan lagi derita dan sengsara ahli Pas yang terpinga-pinga akan keputusan pemimpin Pas nak bincang dengan Umno.

Sama ada jadi bincang atau tak jadi bincang dengan Umno, pemimpin Umno akan politikkan isu ini dan akan batu api kepimpinan Pas supaya dilihat ada dua kelompok dalam Pas .Satu kelompok disukai Umno dan satu kelompok lagi Umno tak berapa selesa nak bincang apa pun.Bincang ka ta bincang ka yang untung Umno bukan Pas! Baru cuit sikit Umno dah mula batu api antara TGNA dan TGHA.

Kata MB Nizar dengan tegas sewaktu rasmi Restoran Sup Utara Power di seksyen 18 Shah Alam semalam,"Hari ni keluar kenyataan nak kerjasama dengan Umno hari yang sama juga kita cantas dan potong terus isu nak kerjasama dengan Umno.Tak payah kita nak berbalah sesama sendiri ianya hanya agenda yang boleh merosakkan Pas."

Berkaitan;
Dialog:Pak Lah gesa Hadi buat pendirian,bukan Nik Aziz-Malaysian Insider
Pas sedia kerjasama dengan Umno-Utusan Malaysia Online
Hadi:Pas sedia bincang dengan Umno-Malaysian Insider
Pas sedia dialog dengan Umno isu Islam,rakyat-Harakahdaily
Najib:Pas perlu konsisten jika nahu bincang-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. TGNA nak duit royalti ma....so kene lah blackmail UMNO supaya duduk berbicang dgn kjaan negeri. Kelantan first ma.

    BalasPadam