Jumaat, 19 Februari 2010

Yang Hancur Pas Yang Ketawa BN-Ustaz Idris Ahmad

PAS nafi keras lafaz baiah candu lalikan ahlinya

PAS menafikan kalimah “wala, taat, thiqah” yang diamalkan oleh mereka sejak enam dekad yang lalu termasuk lafaz baiah sebagai candu sehingga melalikan pengikut-pengikutnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Idris Ahmad berkata, sekiranya ada pemimpin yang tidak ikhlas mereka akan melarikan diri kerana PAS bukan sesuai untuk “orang jahat”, oleh itu kalimah “wala’, thiqah” bukan candu untuk membolehkan pemimpin-pemimpin melalikan pengikut.

“Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli PAS ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah.

“Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah PAS, yang ketawa ialah Umno BN. Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan intitusi wala, taat dan thiqah,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ahli-ahli PAS boleh melahirkan rasa tidak puas hati mereka menerusi platform-platform yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog.

Bagaimanapun beliau secara khusus tidak merujuk kepada mana-mana pihak tulisannya.

“Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

“Faedah taat, wala dan thiqah, ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti,” kata beliau.

Idris berkata sejarah telah membuktikan mereka tidak taat, wala dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai Umno.

“Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti Mohd Nor Idris, Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik PAS dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan Umno.

“Akhirnya mereka bersama dengan Umno apabila PAS berpisah dengan parti Semangat 46,” katanya.

Soal beliau, “adakah mampu PAS untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan institusi doktrin yang sudah lama dibina”.

Malaysian Insider

Baca juga;

Video detik-detik Presiden Pas selamatkan orang lemas-Harakahdaily

Pesalah Syariah insaf selepas dirotan-Bernama/Malaysiakini

Laksana hukum sebat cara Islam-Harakahdaily

Idris berkata, Umno gagal meroboh daripada luar tetapi jangan pula “kita sendiri yang hendak membantu merobohkan” parti.

“Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala, taat dan thiqah, tetapi PAS ada perkara ini,” katanya.-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Yo la tu kalau bergomol dongan umNO dalam golap apo pulak dalil tu jang...

    BalasPadam