Ahad, 7 Februari 2010

Shafie Afdal Himpun Satu Cawangan 6 Orang Untuk Hadir 'Program Umno Juara Rakyat'

Shafie Afdal ,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata sudah ada petanda-petanda awal untuk Umno -Bn kembali berkuasa di Kedah.Samada apa yang Shafie tu kata betoi atau hanya sekadar gelembong hanya rakyat Kedah saja yang dapat nilai prestasi Pakatan Rakyat perintah Kedah.Samada petanda rakyat Kedah akan kembali sokong BN atau menjadi belang petanda pula kepada Shafie Afdal orang luar yang dikatakan tidak layak untuk pimpin Umno Kedah menjadi satu beban juga kepada orang Umno Kedah nak terang kepada ahli-ahli Umno Kedah kenapa mesti benarkan orang seperti Shafie jadi 'taiko' kepada orang Umno Kedah.

Difahamkan untuk anjur program 'Umno Juara Rakyat 'di Kedah peringkat Negeri ,Shafie telah kerahkan semua cawangan Umno di Kedah untuk hantar sekurang-kurangnya 6 orang untuk sertai program tersebut.Nak bagi ramai majlis Umno kena paksa baru orang Umno di Kedah pi dengar apa dia yang dikatakan 'Umno Juara Rakyat'.'Trend' kena ajak siap dengan tambang masih jadi amalan Umno di Kedah untuk ramaikan majlis Umno.

Apa pun MB Kedah Ustaz Azizan pula telah buat satu skim baru di Kedah iaitu Skim Kifalah yang mana rakyat Kedah tak kira Melayu,Cina dan India bila mati saja akan dapat RM500 dengan syarat pendapatan RM750 ke bawah.Program ini jika berjalan lancar menjadi satu ketakutan kepada Umno Kedah untuk hadapi pilihanraya akan datang.

MB Kedah pula yang terkenal dengan cakap lepas untuk mati hujah Umno dan wartawan yang bertanya soalan jangan ambil mudah dengan persiapan Umno untuk kembali tawan Kedah jika terus mau Pakatan Rakyat perintah Kedah.Ada seorang kakitangan swasta anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah kata, "haram panah lintaq Umno tak boleh ambik balik Kedah aiih,sebab orang Umno pun dah mula suka dengan cara Ustaz Azizan perintah Kedah, cakap Shafie tu cuma gimik politik dan tong kosong untuk bagi orang Umno Kedah percaya Shafie tu buat kerja untuk Umno Kedah.

Berkaitan;
Orang Kedah dah letih berjuang?-Penarik Beca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan