Jumaat, 23 Disember 2011

PKR dan Dap lebih berani daripada Pas?

Ramai orang Pas termasuk atas pagar pakat dok hairan kenapa Pas tidak berani pecat Hasan Ali.Mereka turut pertikaikan Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu yang berdiam diri tidak bersuara untuk menyatakan pendirianannya mengenai isu Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali yang anggap golongan bukan ulama dalam Pas cuba hancurkan Pas sedangkan beliaulah kini yang mahu lihat Pas dihancurkan!Hasan Ali jawat jawatan Exco kini adalah kerana dulu beliau adalah PJ Pas Selangor kalau tidak beliau tidak akan merasa nikmat kehidupan mewah macam sekarang

Cuba lihat kebijakan Dap leraikan pertelingkahan antara dua pemimpin Dap iaitu Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang berjaya diselesaikan secara adik beradik.

Begitu juga keberanian PKR pecat Zul Noordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu daripada parti itu kerana menjadi duri dalam daging.

Hasan Ali kini guna media musuh untuk pertahankan dirinya, memperlekehkan agenda Negara Berkebajikan Pas malah beliau sendiri tak kisah jika digugurkan daripada jawatan Exco yang dipegangnya di Selangor.Sampai bila Pas mau lihat Hasan Ali menari ikut rentak dan gendang yang dipalu pihak musuh?

Dalam sejarah Pas ramai ahli Pas yang bermasalah kepada Pas telah dipecat tapi kenapa tidak Hasan Ali?Ada orang kata kat saya,"Si mamat tu pernah diselamatkan daripada bangkrap oleh Pas tapi kini terus dibiarkan burukkan Pas dan tidak dipecat.Berapa ramai ahli-ahli Pas yang kerjanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak dapat layanan istimewa macam Hasan Ali?"

Hasan Ali kini bukan lagi akan ditelan serigala politik musuh tapi dah kena telan cuma tinggal  kepala saja yang tak ditelan serigala politik musuh!

1 ulasan:

  1. Sebab UG tu ramai yang terlibat bro. Agaknya ada yang dah kena ugut dek Hasan Ali, lu lebih2 dengan gua...lu tengok apa jadi?

    Patutnya kita ni tak payah takut dengan manusia. Bukankah itu yang kita dok cerita merata? Hipokrit tahap gaban ni yang payah...

    BalasPadam