Sabtu, 31 Disember 2011

Peringatan buat pemimpin Pas yang takbur, bongkak dan sombong tak ketawan hala

Semalam dalam kuliah di masjid seorang penceramah berkata,"Salah satu punca kaum Nabi Noh A.S sesat ialah kerana mereka menjadikan orang-orang alim di kalangan mereka sebagai Tuhan mereka.Golongan yang bergelar ustaz dan para ulama boleh ditegur kerana mereka bukan maksum macam para Nabi dan Rasul." Imej di atas daripada blog Penarik beca.

Habis kuliah saya tanya ustaz tu,"Bagaimana pulak dengan parti pemerintah yang menghasut orang Melayu supaya bertuhankan mereka dengan berkata tanpa parti kami Melayu punah ranah."Kata ustaz tu ,"Jika mereka beranggapan demikian boleh bawa kepada Syirik kepada Allah SWT."-Wallahu'alam

Lepas tu ni saja nak cerita la kawan saya sms kat saya menceritakan sebelum berlangsungnya himpunan Himpun di Stadium Shah Alam ada si Mamat yang takbur dan bongkak tu datang kempen Himpun di masjid depa di Bukit Jelutung.Sms tu berbunyi begini;

"Salam..dia mai masjid kami dan kempen Himpun.Jadi saya tanya dia apa tujuan diadakan Himpun?Dia kata untuk pertahankan aqidah pasal banyak usaha2 Kristian untuk murtadkan org Islam.Saya tanya balik itu masalah dia ke atau orang Islam sendiri punca Islam tu jadi lemah?Dia kata dua2 kena buat.Saya tanya lagi mana yg lebih masalah org Islam yg tak pedulikan Islam atau usaha Kristian untuk jatuhkan Islam?Dia tak jawab.So sya bagi sebijik kat dia , kata kalau ikutkan MAIS dan JAIS di bawah dia, masalah pasal pi tangkap penceramah Islam bukan puak Kristian yg halang depa ceramah.Juga saya kata org2 yg Allah SWT beri sikit kuasa seperti dia tak jalankan tugas untuk betulkan pemimpin.Dia terus belah shj!"

2 ulasan:

  1. MM, saya sangat bersetuju bahawa umNO ni satu kaum yang pelik, mazhabnya pun pelik, mereka sensitif terhadap dakwaan kristian dakwah kat orang meLayu, tapi menghalang pendakwah islam mengajar dimasjid dan surau. Dr Asri bagi ceramah ditangkap, Bob Lokman bagi tazkirah nak ditahan, Tokguru nak ceramah di masjid tak bagi. Ngok sungguh kaum umNo ni.....

    BalasPadam
  2. maka bergelak ketawalah para iblis syaitan melihat gelagat umat Muhammad saw...

    BalasPadam