Khamis, 29 Disember 2011

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang , 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.-Malaysiakini

Parti-parti dalam gerombolan sedang berantakan.Umno yang dilanda virus lembu feedlot rugi duit rakyat RM250 juta juga semakin goyang.Tidak ada sebarang tindakan terhadap keluarga Sharizat Ketua Wanita Umno.Polis dan SPRM main sorong papan tarik papan .Mula-mula SPRM kata ini bukan kes SPRM tapi ini kes polis.Tapi kini SPRM pulak yang siasat kes NFC.Yang disiasat 'Datuk Kambing Hitam' bukan babitkan keluarga Shahrizat yang dapat projek lembu NFC.

Menteri Agama Jamil Khir Baharom pulak didakwa guna wang zakat untuk bayar kos guaman.Jangan biarkan gerombolan terus kuasai Putrajaya selepas pru 13 akan datang kalau tidak mahu lihat bala berterusan landa negara kita Malaysia.Selamatkan Malaysia daripada terus dicengkam Umno-BN!

1 ulasan:

  1. Dah elok la tu...mai kita pakat ramai2 keluar Barisan masuk bulatan..hehehehehehe...

    BalasPadam