Isnin, 3 Ogos 2009

Pewaris dan Magaran macam budak2 Tadika



Gambar di atas adalah dicopy daripada Malaysiakini.

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Mageran) ,Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengadu kepada Suhakam kononnya demontrasi anti ISA oleh GMI mencabuli hak asasi warganegara Malaysia-Malaysiakini.

Issh, awat jadi macam budak-budak tadika kalah main goli, lepas tu pi mengadu kat Cikgu kata kawannya tumbuk dia pada hal dia tak pandai main tu pasal kalah. Adakah tindakan polis dan FRU tak langgar hak asasi rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman yang dibenarkan dalam Perlembagaan Malaysia? Polis yang bertindak macam orang hilang akal menyembur gas pemedih mata , bom asap dam meriam air gatal tu kepada rakyat yang tuntut keadilan dan minta dihapuskan akta ISA tu tak langgar hak asasi ka?

Kalau nak bodek Polis , FRU dan Umno-BN pun janganlah sampai nampak macam keanak-anakkan buat malu tak bertempat ja.Muka-muka macam ni ka yang nak pertahan ISA, aku ingat kalau sumbat dalam lokap 2 hari pun dah menggeletar ketakutan.Kalau nak dibandingkan dengan Almarhum Ibrahim Libya jauh panggang dari api, lawan ISA sampai mati.

1 ulasan:

  1. Ada fulus ada kerja. Ala kullihal semua gi jahane umno.

    BalasPadam