Isnin, 3 Ogos 2009

Pasaraya Sogo, Mydin dan Semua Peniaga Saman Polis!

Kementerian Wilayah Persekutuan kata para peniaga di sekitar Kuala Lumpur rugi sampai RM 200 juta sebab demontrasi ISA anjuran GMI. Betul ka? Demontrasi BERSIH dulu kenapa tak cakap rugi sampai banyak tu? Inilah isu basi dan modal Umno setiap kali rakyat buat demo terhadap Umno-BN.

Aku syorkan supaya semua para peniaga dan taukeh pasaraya besar Sogo dan Mydin tu termasuk penjaja dan peniaga kaki lima Jalan TAR dan Jalan Masjid India pi "CLAIM" kat polis dan FRU atau saman Polis kerana mereka lah pencetus jadi kelamkabut dan hiruk pikuk. Yang tutup kedai sapa suruh, bukan penunjuk perasaan yang suruh.

Kalau tak tembak gas pemedih mata, Bom asap dan sembur 'water canonn' keadaan tak akan jadi cempera dan kelam kabut macam tu. Demontrasi GMI demontrasi aman , bukan bawa parang, pedang samurai pi samun barang dalam kedai. Tapi para perompak hari tu pun tak cerdik, kalau depa pakat pi samun pun polis tak boleh tolong sebab polis dok sibuk 'berperang' dengan rakyat yang anti ISA.

Kenapa cakap RM200 juta cakap la bagi banyak sikit RM500 juta ka baru 'sedap' dengar!

6 ulasan:

  1. Hampa nak suruh depa saman polis, baik suruh perompak saman polis sebab tutup kedai awal. Perompak pun nak demo jugak, geram kat polis dok tuduh Anwar tutuh pungkuq lagi.

    BalasPadam
  2. Seorang saudara kepada PAS bernama Ng Kam Weng menulis di Malaysia Insider, katanya:
    "Selangor state executive councillor Ronnie Liu recently described the action of the Shah Alam City Council (MBSA) which seized beer worth RM620 from a 7-Eleven outlet in Shah Alam as a serious defiance of the state government and said action would be taken against those who acted without any directive from the state."

    Lepas tu, dia boleh ambil lagi rujukan dari satu buku yang membahaskan kedunguan orang Islam ni dan dalam buku ini...org Islam dikenali sebagai Mahomedans. Well...org Christian kan pengikut Jesus Christ...so kiranya org Islam pun pengikut Mohamed la.

    Sedar lah....dgn PR pun PAS takan mampu melaksanakan undang2 Islam. Nak tegah jual arak kt 7-11 pun tak terdaya. Nak tutup pusat2 hiburan dan kesihatan pun tak terdaya. Sedar lah...PAS hanya diperlukan supaya undi Melayu kurang untuk UMNO...nothing more and nothing less.

    BalasPadam
  3. Kepada anonymous no 2 18:08,
    Arak itu ibu segala syaitan dan haram di minum dalam Islam itu jelas dan terang dalam Quran.ini bukan cerita Pas atau umno. Zaman Umno pegang selangor dulu ada berani buat rampasan kat 7-Eleven, langsung tak ada.Ini cerita penguatkuasaan MBSA dan kena faham di Selangor Pas tak perintah negeri tak boleh nak samakan dengan Kelantan.Pru-13 nanti bagi Pas pegang Selangor bukan sebagai 'penumpang' macam sekarang di Selangor.Masa tu kalau Pas Selangor tak haramkan arak dan judi mari kita sama2 maki Pas baru aku sokong hang pa.

    Umno kena sokong Pas buat Islam di Selangor dengan undi Pas bagi perintah Selangor bukan undi Umno .Dulu Almarhum Mufti Selangor, Ishak Baharum haramkan ratu cantik di Selangor sampai kena pecat dari jawatan, masa tu ada Umno bela Mufti tu? 7-Eleven tu jual arak dari zaman Umno lagi, sekarang baru nak rampas sikit hang pa dah kecoh, dulu Umno tak berani buat hang pa tak kata apa.

    Lagi satu tindakan biadap Jeff Oii Ahli Parlimen Jelutong yang hina orang Islam dengan label macam2 tu , aku sokong pendapat YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang tentang keras Jeef Oii yang kurang ajar tu. Sila baca blog Zulkifli Nordin.

    BalasPadam
  4. Hang tak mau maki PAS Kedah ka?? Ka PAS Kedah serupa bini duk dalam pantang lagi ka?

    Udahla...cakap tak serupa bikin. Duk auta macam tu la..

    BalasPadam
  5. Tokak, pas kedah setakat tu lah. Tak lih pi jauh dah, MB pun tunggu rumah kata pergi, kubur kata mari. Sanggup ka nak masuk kubur dengan amanah sebagai MB yg haru sana sini.
    Misaimerah, apa macam kita pakat minum minum destar atau astak yg halal buatan Republik Islam Iran, negara Ayatollah. Apa macam. Dua Bulat Satu Tajam.

    BalasPadam
  6. Dari anony 2:

    1. Tokak punye pukulan mmg tepat...awat PAS kt Kedah tak haramkan arak dan judi?

    2. Awat hang tak maki Jeff Oi dan Ronnie Liu kt sini? Oh yea...lupa...nak jaga persaudaraan sesama PR, walaupun PAS diperkotakatikan....

    Itu lah dia yang meyedihkan orang Melayu skrg. nak harap UMNO dah roboh...nak harap PAS...hamPAS. Melayu pecah tiga tau. Cina petik jari...terus bersatu. Tak percaya?

    BalasPadam