Isnin, 17 Ogos 2009

Kenapa Orang Umno Lari Tinggalkan Umno?


Ketika kempen prk Permatang Pasir bermula hari ini, satu kejutan berlaku dalam Umno di Pahang apabila pemimpin Umno peringkat cawangan, bekas Ketua umno Cawangan Bukit Bendera, Mentakab, Pahang keluar daripada Umno,dan masuk PKR,lapor malaysiakini.
Berikut sedutan ucapan bekas Ketua Umno tersebut, Datuk Alimudin Syawal seperti yang dilaporkan malaysiakini-
"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno.Kalau dikongkong,(maka) tidak guna jadi ahli."
"Sudah dua kali-tahun lalu dan tahun ni. Bahagian tak bagi peluang kepada ahli berucap(dalam mensyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa saja yang mereka tidak puas hati."
"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno.Nak bersuara tidak boleh, apa gunanya."
"Jentera Umno bahagian mesti memberi peluang kepada ahli memberi idea baru. Sindrom 'ANGGUK', 'KIPAS' tidak kemana."
Terdahulu pemimpin komponen BN, Dr Chua Jui Meng dan Subramaniam telah turut serta menyertai parti komponen pakatan rakyat. Umno hanya cakap mengenai pakatan rakyat retak menanti belah tapi parti Umno sendiri sedang porak poranda termasuk di Kelantan seperti Umno Bahagian di Rantau Panjang dan Tanah Merah yang berpecah belah. Apa macam Khairy, Ketua Pemuda Umno Malaysia yang suruh Pas keluar pakatan rakyat dengan apa yang berlaku dalam Umno?
Shahrizat, yang menang Ketua Wanita umno tapi kalah bertanding pilihanraya di tangan Nurul Izzah boleh jadi Menteri, tapi kamu Khairy apa jawatan pun PM Najib tak bagi walaupun menang kerusi Parlimen Rembau? Kamu tak rasa nak keluar Umno ka? Ali Rustam yang dituduh rasuah dalam rebut jawatan Timbalan Presiden Umno, tak dapat bertanding tapi kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Anak Tun Mahathir, Mukriz yang kalah di tangan Khairy tapi dapat jadi Timbalan Menteri dekat MITI, tapi Khairy apa jawatan tak dapat pegang dalam kerajaan.Khairy kena suluh dan cerminkan diri sendiri sebelum tuding jari kepada orang lain.
H1N1 yang semakin merbahaya kepada rakyat Malaysia turut 'merebak' dalam Umno-Bn tapi cuba di selindung dengan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

  1. Hangpa tak guna orang cabuk dlm umno dok bangga. Woi mereka sapu dah banyak. Jenis juga yg masuk nanti dok buat kerja yg sama. Macam skrang ni Yapari dan Rozi dah tak dak agama macam umno jugak. Aku rasa yg ni pun serupa juga.

    BalasPadam